April 29, 2011

Tambah Cawangan??

2 hari lepas, masa tengah sesak2 di jalan raya dengan JAMMED, terdengar berita pasal KFC nak bukak 25 cawangan lagi kat seluruh negara.


RISAU.............nak tambah 25 lagi??


image was googled


Risau dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia..



Ada sorang kawan aku yg blajar MEDIC dkt Mesir pernah post dkt FB.


"Tahap kesuburan wanita akan terjejas akibat terlampau banyak makan ayam KFC"....Masa tu aku buat dunno jer pasal ni. Yalah masa tu belum kawin, so x pikir sangat pasal ni.


Tapi bila dah kawin ni, terpikir balik pulak pasal benda tu. Ada betulnya jugak statement kawan aku tu. 


Cuba kita tenung dan renung skejap. Masa zaman nenek dan mak kita dulu2, senang sangat orang nak pregnant. Orang dulu2 bab2 makan ni mmg susah kan. Makan pun benda2 yang rebus jer. Dulu minyak masak orang x mampu beli. Ayam pun jarang2orang makan, apatah lagi ayam goreng kan?? . Jarang2 tu bukan sminggu skali tau..2-4 kali setahun kot. Orang makan pun masa nak raya atau kenduri kawin jer.


Cuba tanya dengan mak2 kita, pernah x makan KFC, Mekdonal, Pijja Hut?? Masa zaman2 remaja dlu, x penah sentuh kot. Masa dah kawin ada anak, baru lah pandai nak bwk anak mkn2 kat tmpt2 fast food ni.


Masa aku kecik2 dlu pun jarang sangat makan. Tapii..bila dah naik remaja-->bujang--->>kawin, lagi2 dah ada duit poket sndiri ni, hurm kalo sbulan mesti ada sekali dua pekena fast food ni.


Isk2..kesian btul kat badan kita kan. Kita tahu sedap jer, yang sakit ni badan2 ni. Sebab terima makanan yang x berkhasiat.


Aku yang TTC ni. Memang sedaya upaya akan avoid la makan fast food ni. InsyaAllah, akan menjauhkan diri sejauh-jauh mana yang boleh. Jauh ker? Padahal esok, cousin husband aku buat birthday party anak dia kat KFC.. sEE?? X habis2 fast food kan?


Tapi..sebanyak mana pun KfC, MekDonald, Pizza Hut dibukak. X kisah la stiap ceruk mana fast food ni nak bukak cawangan dorang, cumaaaa SENDIRI MAU INGAT LA KAN?? X kan bergoyang pokok kalo x ada anginnya..X kan bukak banyak mana fast food ni kalo x ada orang nak makan. Kan?? Jangan heran nnt masa zaman 2020, akan ada KfC, MekDonel, Pizza disetiap kampung. hehehe..x mustahil kan?


p/s: ni untuk renungan kita bersama. renung2kan DAN selamat beramal..:)


this one was googled too

April 18, 2011

Period tak Lawas

Salam..

image from google

Dulu aku ingt, kencing sahaja yang pandai x lawas..rupa-rupanya period pun pandai jugak x lawas..

Aku start tahu yang period jugak boleh jadi x lawas masa berurut hari tu. Mama aku yang jumpa mak cik dpn umah yg pndai mengurut tu yang bgtau. Tahap ke”terrer”an beliau tentang mengurut ni, jangan ditanya, kurang pulak aku tahu. Hehe.

Berbalik kepada crita masa mama aku jmpa ma cik tu, mama aku pun crita la perihal ke”tunggang-langgang”an period aku semenjak berkahwin ni. Then dia ckp, maybe period aku keluar x habis sgt, that’s Y belum smpi masa period aku yang betul, sudah ada darah yang kuar sikit2.

Tapi ma cik tu x ada pulak bgtau cara untuk lawaskan period. Dia just bgtau, maybe darah aku yang malu2 sbb tu kluar sikit2 tu disebabkan period x lawas.

So I’ve done some research from internet, n aku ada jumpa satu jer petua untuk lawaskan period. Aku jumpa petua tu pun dari satu forum. Ala, sori la,,aku pun x smpt copy paste dr forum tu. Hamba Allah tu bg skali jer comment kat sana. Dia bgtau cara nak lawaskan period tu cam ni:

1) Tumbuk kunyit.
2) Campurkan kunyit dengan air masak. Then kacau.
3) Pastu tapis air tu.
4) Minum air tapisan kunyit tu.

Itu jer yg dia bgtau. Memang ringkas. Smpi aku pun x tau bila masa minum, berapa ml/liter air yang nak cmpur tu...tapi at least dia bgtau la kan cara.

Aku ingt aku nak try. Lagipun mmg mudah n ringkas kan. X payah aku meredah hutan untuk cari herba2 untuk lawaskan period aku. So why don’t I just try kan? X de harm pun.

Kalo korang ada any petua untuk lawaskan or lancarkan period, tolongla share dengan aku eh...? Please....

Atau kalo korang ada kenal dengan mana2 produk yang baik untuk melancarkan period, menetapkan kitaran period serta bagus untuk menguatkan rahim/hormone..tolong2 lah share n comment dkt bwh ni k. kalo x pun, tlg la share dkt chat box aku..

Allah sahaja boleh balas jasa korang n aku memang hargai sangat2...

Terima kasih dear readers....

April 17, 2011

Korang suka tengok Maharaja Lawak??..Aku suka..

Sebenarnya post ni mmg dah masuk draft, tb2 plak aku tertekan button undo..habis smua post aku terdelete, naya la aku menaip balik. Tapi x apa, aku mmg mahu crita benda ni pun.

Sebelum tu,

Assalamualaikum..

Kabare? Waras? Hehe..bapa aku kan org “jowo”..so boleh la tnya mcm ni.. tapi sebenarnya bahasa jawa yang aku tahu hanya dua perkataan ini jer..hahaha..

So mcm mana weekend? Enjoy ka x? Bagi aku weekend kali ni, mmg aku x mau ambik port sgt pasal stress2 ni... aku betul2 nak me”rilek” kan kepala hotak aku,,so jawabnya mmg banyak tido..bnyk makan..main game sepuas hati dan ketawa terbahak2 smpi x hengat dunia..heeee~~

Kalo crita pasal ketawa ni, of koz la teringat dengan “MAHARAJA LAWAK”..Persembahan kali ni yang aku rasa paling meletooppp adalah kumpulan........SEPAH....(sila berikan tepukan..clap* clap**)

pic credited to google 
Aku suka punch line dorang kali ni..Memang melekats..di hati..lagi2 bila shuib jadi pompuan mmg lawak gila muka dia..

Antara punch line dia yang meletopps:

1) Bila jeff dah sarung cincin kat tangan shuib;

Jeff:  Suka tak suka tak?
Shuib: Suka sangat...cantik la ni...
Jeff: Cuba teka batu apa tu? Cuba teka...
Shuib: Ini?..Ini kalo tengok bukan batu biasa ni..Ini batu Caves ni...(Hahaha)
Jeff: Apa bangang awak ni? ( Hahahahah)

2) Bila dorang dah nak order makanan n jeff cadang nak mkn nasi...

Shuib: Ala, jangan la makan nasi.
Jeff: Habis tu..??
Shuib: Abg tau x nasi tu boleh buat abg gemuk..?
Jeff:  Ye ke?
Shuib: A’ah..mcm member saya, dia 6 bulan x makan nasi, dia diet, kurus smpi sekarang.
Jeff: Ye ke? X percaya la abg,,itu baru 6 bulan kan? Habis mcm mana dengan gajah tu? Bertahun-tahun x makan nasi, gemuk jugak... (Hahahahahah)

3) Bila shuib suruh “Abang Sayang” dia tu makan sandwich je untuk diet...

Shuib: Sehari 3 kali. Pagi sekali, petang sekali, malam sekali....
Jeff: Aaa..ok.ok..tapi lepas makan ke sebelum makan? (Hahahha)
Shuib: Aaapaaa ni? Abg ingat ubat ke apa?

4) Bila Mamat dah masuk pastu marah2..

Jeff: Hey..hei..Sabar..awak sapa ni?
Mamat: Kau Tanya aku sapa? Aku laki dia. Aaa sekarang ko Tanya plak dia sapa??.
Jeff: Bermakna..dia bini awak.
Mamat: Ye tak ye jugak. Pandai..ko. (hahahaha)

Dah..dah...penat aku nak taip satu2..baik korang tgk jer balik dkt bawah ni...


~~Enjoy...


April 14, 2011

Kisah semalam

Salam...


Nak story psl g ultrasound @ scan smlm tu...


image dr google jek,,lupa nak ambik gmbr..sbb takut..


Tipu kalo aku cakap aku lgsg x takut smlm tu. Mmg takut. Takut dengan kemungkinan yang menakutkan. Aku cuba untuk mem"Positif" kan diri sebanyak yang mungkin..


Appointment aku pkul 2.30. Pagi tu aku mmg masih keja. Mintak cuti half day. Malas la asik2 cuti kan. Bajet nak cuti lama2 masa raya nanti..hehe..


So my asben mmg cuti satu hari semata-mata untuk temankan aku g buat ultrasound tu. Lagi pun Klinik Kissey tu aku mmg x tau d mana so kena la bawak dia spya kalo i sesat, x la sesat sorang2..hehe


So ktorang awal smpi kat Klinik tu, pkul 2 suda smpi wlpun appointment pkul 2.30 Pesan nurse dkt Klinik Panel kami tu, dia suruh aku minum sebotol air mineral yg 500ml tu. So sambil tunggu tu, aku pun minum la air tu smpi habis. Pasal dah habiskan sebotol air mineral tu, aku mmg btul2 dah x tahan nak terkencing. Nasib baik nurse tu pesan jangan kencing. Dia ckp spya senang nak nmpk masa doctor buat ultrasound tu.


Nasib baik turn aku x lama, tapi mmg btul2 nak terkencing la..berdebar jugak aku masuk bilik tu. Sib baik nurse tu tnya samada nak bwk husband ke x..mulanya aku mls nak bwk dia. tapi memikirkan doctor tu lelaki, baik bwk msuk jer my asben.


Azab jugak la aku menunggu dkt dlm bilik tu. Bukan azab apa, azab menahan kencing. Dah la bilik tu mcm bilik ais. Sejuk Bangeet...


Bila doc tu dah mulakan proses menye"can" ni..aku dah mula seram sejuk..Takut la kalo tb2 ternmpk ketulan ke tersekat ke..Nauzubillah. Mintak dijauhkan sgt2.


Mula2 tu doctor tu diam jek. Smpi aku pulak yg bertanya dlu.." So doc, mcm mana kandungan sy?" Ayat bukan main kan?? hihik...perasan lebih..itu ayat AUTA..ni ayat yang betul...


"So doctor, mcm mana sy? Ada apa2 masalah ke?..Mula2 dia diam..aku rasa mcm nak pengsan dia "Pause" mcm tu...


Then dia ckp " U ok.. i tgk x de mslah..so ni ovari u..kelihatan normal, left n right, x ada apa2 dlm rahim..rahim u pun normal"...Alhamdulillah...Terima kasih sgt Ya Allah... Aku takut jer something bad inside..


 Doctor tu smbung..'But i can see that maybe u r stress thats y ur period is irregular".. Untuk dapat baby, u kena relax,,jgn stress2..kalo stress tambah susah nak dpt. n kena excercise n kena maintain body weight..bla..bla.bla"..


Banyak jugak doctor tu nasihat. Antaranya;
1) Jangan stress. Be positive. Jangan terlampau pikir nak anak sahaja. itu yang membuatkan lagi stress.
2) Kena excercise slalu untuk hilangkan stress.
3) Bila stress, jangan jadikan 'Makan" sebagai aktiviti untuk hilangkan stress. Becuz, bila dah mkn bnyk2,,nnt badan makin naik dan itu akan mengurangkan chances untuk conceive.
4) Kena mkn benda2 berkhasiat. Elakkan mknn fast food.


Itu antara nasihat doctor tu. Doctor tu crita jugak dkt ktorang yg adik dia dah 10 tahun mencuba dan akhirnya baru dapat seorang anak. Kedua-dua dorang masing2 sudah cek sekiranya ada masalah tapi 2-2 pun ok. Cuma mungkin belum masanya. So orang2 yang kdg2 x phm dengan perihal rezeki dan cahaya mata ni HARUS dielakkan untuk mengelakkan berlakunya ke"stress"an..


Doctor tu siap pesan lagi, sekiranya bakal terserempak dengan orang2 yg dok tnya x henti2 ini, silalah memilih jalan lain agar dapat mengelakkan daripada bertembung dengan orang sebegini. hehehe..lucu jugak doctor ni. n dia jugak pesan spya jangan biarkan orang yang MULA BERTANYA tentang kita. Biar KITA YANG MULA BERTANYA perihal diri diaorang spya tidak timbul pertanyaan seperti " dah ada isi ke belum?..merancang ke?..Bila lagi??..dan sebagainya (WTH Question tu)..huhuhu.


Balik je rumah, mak aku pulak dok nasihat x henti2. Dah mula dah...dia ckp jangan dengar crita2 orang2 yang baru kawin dan suda mengandung tu...Rezeki orang lain2. sama macam jodoh, ada yg kawin awal ada yang lambat.. Dan yang paling dia highlight kan...Buang segala yang negatif dalam fikiran untuk menghilangkan stress tu. Lapangkan dan sucikan hati tu.. Jangan lagi ada perasaan, btul ke tidak tindakan aku untuk kawin awal tu. (aku mmg antara orang2 yang awal kahwin berbanding kawan2 aku yg lain)..Sila redha dengan jodoh dan ketentuan ini.


ok lah mak. Lepas ni saya akan sedaya upaya untuk mem"positif" kan dan me"nyah"kan ke"stress"an dalam diri sy. Smoga dengan itu, chance untuk menyeimbangkan kembali hormon2 dalam badan ini dan chances untuk mengandung amat tinggi. Sesungguhnya saya ini insan yang serba kekurangan dan lemah. Mmg saya tidak cukup kuat untuk melalui ujian sebegini. Cuma dengan harapan dan doa mak,bapak, family dan kawan2 yang boleh membuatkan saya terus kuat untuk melaluinya.


oo ya,,sbelum aku kluar dr bilik scan tu,,doc tu ada cakap " Saya doakan kamu akan dapat baby dalam tahun ini" Aaminnn..terima kasih doctor atas doanya.,,Smoga pintu langit terbuka semasa doc tu bercakap mcm tu.


Kawan2 yang baca, tlg doakan saya jugak yer...Aamiinn..


Bye~~

April 10, 2011

Takut la..

Salam..


Lama x update blog. Kalau blog ni bilik, mesti suda lama bersawang. hehe..Ada benda aku nk story ni.


Sejak2 berkawin ni, period aku jadi x betul sangat. Contoh lepas kawin 12.12.2010 haritu, period aku datang 25.12.2010. Pastu masuk ke bulan januari 11.1.2011 aku dah period balik. Tapi darah x banyak, mcm spotting jer. Lama jugak la period a.k.a spotting ni dlm 10 hari mcm tu. Period ni x payah pun pakai pad. Cukup pakai panti liner shaja.


Then masuk bln februari, period aku datang blk 13.2.2011. Haa.. yang kali ni period yang datang memang betul2 darah period. Ada la dalam seminggu aku period. Pastu masuk bulan Mac, 3.3.2011, period a.k.a spotting aku tu datang balik. Spotting tu bertahan dalam masa 3 hari jer itu pun siang jer. Malam x hado langsung darah. Pastu period aku datang btul2 dalam 23.3.2011. Dan ianya bertahan selama 6 hari.


Pastu masuk bulan April ni, hari sabtu yang lalu iaitu pada 9.4.2011 aku ada spotting balik. Tapi mlm dah x ada.


Konpius pun ada kenapa period aku jadi tunggang langgang ni.Lepas kawin pulak tu. Then kerana kekonpiusan aku ni, aku pun p la jumpa doctor. Masa 5.3.2011 aku bertekad jumpa doc, siap puasa lagi sebab ingat nak suruh dia cek darah. Becoz daripada research aku dekat intenet, simptom2 tiroid pun boleh buat period jadi irregular.


Aku pun explain dekat doctor hasliza tu. Doctor ni sgt bagus. Ngam2 pulak mmg doc ni doc panel company bapak aku. So mmg sebelum kawin, aku mmg dah biasa dgn dia. So explain punya explain dia pun suruh aku balik n catat period aku dkt kalendar supaya dia leh nmpk mcm mana pola period aku ni. Penat jer aku posa, dia cakap maybe bukan tiroid sebab tanda2 tiroid yang lain x ada seperti susah nak tido, slera makan membuak2 n berat badan turun. Bab berat badan turun walau selera makan mencanak2 tu mmg x hado la kan..berat badan naik ada la.


So, next appointment aku dengan dia is 02.04.2011. Aku siap bawak kalendar aku spaya senang nak tunjuk dengan dia smua tarikh2 tu. Then after dia analysis skit, then dia cakap, spotting (darah yg kluar sikit2 tu) mungkin berpunca daripada telur aku yang nak kluar tu. Dia cakap, mmg ada prempuan yang akan kuar darah skit2 bila masa telur dia tu nak kluar. itu kesimpulan awal dia la. WALAU BAGAIMANA PUN,, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku disuruh untuk me "ULTRASOUND kan perut aku or SCAN perut aku untuk tengok keadaan rahim mcm mana.


Tu sebab la aku takut sekarang ni. Sebabnya, Klinik dkt Dr. Hasliza tu dah buat appointment dengan Klinik Kissey dkt area penampang untuk buat Ultrasound/Scan sebab dkt klinik Dr. Haslina mmg x ada service scan2 ni. So dia dah arrange masa n suruh aku pegi 12.4.2011 which is ESOKKK...


Aku takut la.. Takut nak tgk rahim aku sendiri. Paling aku takut sekiranya rahim aku ada blocking ke atau ada ketumbuhan ke..Nauzubillah.. Minta dijauhkan sangat2.


Tolong doakan aku yer kawan2. Tolong doakan rahim aku dalam keadaan sihat dan boleh mengandung. Skrang ni aku mmg takut, ntahla malam ni boleh tido atau x. Aku berdoa rahim aku dalam keadaan yang bagus2 sahaja.Aaaminnn...


Tolong doakan kesihatan saya. Thank u...

March 25, 2011

Mulut Orang & Nasib Perempuan

Semalam g kenduri rumah mak cik aku. Kenduri Kesyukuran bersempena dia selamat dioperation dan keputusan SPM  anaknya.


Sejak dua menjak ni, kalo aku diajak ke kenduri mana2 lah mesti aku rasa *humphhhh~~ malas sgt nak pegi..


Kenapa aku malas nak pegi?? Sebab...........mesti....orang...akan..tanya...."dah ada isi ke blum? bila lagi? Maw enjoy dulu ke?"


Ya Allah, aku cukup malas la orng asik tnya benda ni jer.. Tipikal soalan orang Melayu. Bkn aku malas ditnya sbb aku x nak..bukan..Mmg aku nak sgt2..tapi blum lagi diberikan rezeki.


Allah knows the best. Mungkin aku rasa aku dah ready. tp DIA rasa aku belum ready. Not just physically but mentally also. Thats y this isn't the time yet.


Tapi...Orang2 x paham dan x ingin memahami keadaan tu.. asik tnya smpi mengecilkan dan menyakitkan hati.. X habis2 nak pertikaikan nasib orang.


Nasib perempuan mcm tu lah.


Bila dlu masa blajar, orang asik2 tnya "Dah ada bf ke?"


Pas tu bila dah ada bf.."Bila nak tunang/kawin??
Mcm cousin aku, sangat menyampah okeyh dgn soalan2 ni. Cousin aku tu tua setahun jer dr aku. Thats y nenek dia asik bising2 napa dia blum kawin atau dirisik orang, sedangkan aku yang muda dari dia dah kawin dlu. Nenek dia tu siap suruh dia mandi bunga. Mandi Bunga supaya naik seri. Ya Allah, buat apa nak naikkan seri, cousin aku tu dah cukup berseri2. Cousin aku tu cantik, cuma itu smua ketentuan Allah. Jodoh aku dtg dlu, mungkin jodoh dia kemudian. Jodoh ni bukan nyer berdasarkan umur. Sape yg tua kahwin dlu. No Such Things like that dear...


Yang aku heran, kalo lelaki lmbt kawin, x de pun orang nak heboh kan sgt2. Ye, aku tau, lelaki lambat kawin pun bkn ada effect kat dia..mksd aku, kalo mcm org pmpuan, kalo mengandung masa umur dah tua skit, kan ada complication masa dia mengandung...tapi x yah la HIPERBOLA sgt kat pmpuan. Kalo lah perempuan ni ada kuasa untuk merisik, x de nyer la Anak Dara Tua kot..Ingt kami2 yang perempuan ni suka sgt ke x kawin?? cuma dah nasib perempuan, tunggu untuk dirisik, ditunangi dan dikahwini. x gitu??


Pas tu bila dah kawin pulak.soalan2 bonus ni lak ditanya..."Dah ada isi ke Belum? Merancang ke?? Nak Enjoy dulu eh?" Please la..walaupun aku baru 3 bulan kawin dah naik muak ngan soalan ni. Kalo lah kita ada kuasa untuk tgk kat rahim kita n tampal benih kat rahim kita tu..of course i will do it. Tapi itu sangatlah mustahil...kita ini hanya hambaNYA yang x upaya..Smua rezeki adalah dari Allah. Kita hanya mampu menadah tangan dan berdoa sahaja.


Pastu bila dah anak sorang..."Bila nak tambah? Bila nak bg adik kat c "senah/bedah/harun/ismail' ni?....sgt x habiskan? Bila lagi nak stop tnya peribadi orang lain. suka hati dia la nak tmbah ke nak rancang ke? Soalan ni bukan ditanya kat LELAKI tau..mesti dkt perempuan...


Pastu bila dah anak banyak sgt.."Dia tu asik beranak jer. Kesian jugak aku tgk kat anak2 dia yg lain. Mcm x terjaga dah. Tulah x merancang. X pndai nak mkn pil Perancang la tu..Ala bukan mahal pun pil perancang tu..Skrang pun dah berlambak2 farmasi."........................Tgk, x habis2 kan? Td x de anak nak suruh ada anak. Sekarang dah ada anak sorang, nak suruh ditambah lagi. Bila dah ada bnyk, sibok dok cakap dia x pndai nak jaga anak.


Aduh...kesian kan nasib kaum hawa ni. X henti2 orang dok cakap...Buat ini salah..buat itu salah..


So disebabkan ini, aku akan cuba jauhkan diri atau x nak ckp2 pasal hal orang. Cuba hormati dan doakan yang terbaik atas apa pun keputusan dan nasib yang telah ditakdirkan untuk dia.


Ok tu je untuk kali ni. nasib baik ada blog, leh ada tmpt untuk aku meluah.


Terima kasih encik blogspot....


bye~~

March 24, 2011

Kisah aku dan berat badan...

Bermula daripada awal, aku dilahirkan dengan saiz yang kecik. Kalo aku x silap, mak bgtau berat aku masa lahir dalam 2.2 kg jer. Orang yang dia rasa dia manusia sempurna asik komplen, apa pasal anak ko kecik sangat, x bg susu ke x bg mkn ke? Mak aku pun apa lagi, smua petua2 org untuk besarkan badan atau naikkan selera mkn, smua dia palun kat aku.


Kalo satu x menjadi, cuba satu pulak,,kalo ini x menjadi, cuba tanya kat orang lain pulak. Itulah mak aku. X pernah putus asa. Until lah aku umur dalam 4 tahun, badan aku menjadi2 besarnya.. Dan dari sanalah bermula titik mula obesiti dalam hidup aku.


Tuhan jer tahu perasaan aku. Dulu orang asik persoalkan kenapa aku kecik sgt. Mcam x cukup zat. Pastu bila aku dah besar gemook la tu  pun orang masih mempersoalkan. Kadang2 aku rasa nak jer ckp kat dorang, "kalo aku gemuk, ko apa susah? Bkn aku nak minta mkn dari korang pun"..hish sakit hati tau..


Dulu keputusan UPSR aku agak cemerlang la.. then aku ditawarkan masuk ke Sekolah berasrama penuh. Pada awalnya aku mmg x nak masuk, tapi sebab bapa aku suruh jugak masuk, then aku pun masuk lah jugak dengan berat hati. Aku berat hati sebab mulut2 orang ni bercakap 'asrama ni menakutkan la, asrama ni boleh kena buli la dan macam2 la aku dengar"...tapi disebabkan aku ni suka dgr ckp mak bapak aku,, so aku pun turutkan jugak la kemahuan mereka tu.


Cabaran dan dugaan dkt asrama ni mmg tinggi. Masa tu fasa2 permulaan kita meningkat usia ke remaja. Mmg susah nak menyesuaikan diri dengan keadaan asrama dengan badan yang makin meningkat remaja, berdikari dalam segala hal, mencari rakan/kwn yang kamceng ngan kita mmg susah.


Dan cabaran terbesar bagi aku ialah dibuli secara mental dengan senior. Bkn senior perempuan tau..senior lelaki yang tua setahun dari aku. dorang asik buli n ejek aku.. ejek aku gemuk la..muka besar la..aku diam kan jer dalam hati. x pernah aku bgtau benda ni dengan mak bapak aku. Bkn apa, takut dorang risau. Aku x nak dorang dibebani masalah aku dan dan lagi aku jauh daripada diorang.


Kehidupan di asrama mmg agak meletihkan dan menduga fizikal aku. Kehidupan berjadual begitu memang memerlukan pengurusan masa yang baik. Mungkin masa form 1 n 2, aku x pndai lagi urus masa dengan baik. Oleh kerana itu, aku mmg slalu x berkesempatan untuk makan dkt dewan mkn skolah.


Slalu jugak gastrik aku dtg. Hampir tiap kali gastrik aku dtang, kawan baik aku, Daiyanni slalu menemani aku. Dia lah yang akan cepat2 ke kantin skolah untuk belikan aku horlicks atau buatkan aku susu. Trima kasih dai. Aku x penah lupa dgn jasa baik ko ni.


Dan disebabkan ketidak sempatan aku makan itulah berat badan aku susut sangat2. Seingat aku dlu, semasa darjah 6, berat aku pernah hinggap ke angka 80kg. Masya Allah..berat sgt kan..patutlah dorang asik ejek aku. Agaknya muka aku dah sebijik mcm bola. Dan berat aku yang susut tu...susut ke 54kg,, Meh buat calculation 80kg - 54kg = 26kg...26kg????.Kalo masuk biggest loser versi kanak2 mmg aku lah juara nya..hehe..


Pas daripada tu, hidup aku dah boleh jadi normal blk la..smua orang yg dah lama x nmpak aku smua tegur aku kurus..yang terkejut smpi terduduk pun ada tau..tu kawan aku eppy, terkejut sgt smpi x brani nak ckp ngan aku, terlopong jer dia.. Dia takut salah orang.


Tapi...Tapi...Tapi...masa tunggu keputusan SPM aku. Hampeh...berat aku naik blk ke 64kg..hehe..dok terperap kat rumah, itulah hasilnya..


Then after masuk matriks, then masuk UiTM..berat aku mesti statik dalam area 64-67kg...Until lah masa ambik Industrial Training dlu..berat aku naik ke 72kg...hurm...malas la nak crita kan..apa yang terjadi masa berat naik 72kg tu kan.??? Aku buat praktikal kat tmpt aku. bkn kat shah alam..so confirm2 la mmg tinggal dkt umah. kalo dah dkt umah, mmg sinonim la dengan makan..makan..makan.


oh..mesti tertanya2 kan berat bdan aku skrg berapa..hurm..malas la nak ckp..mestilah dah lebih dari 72kg tu..Dan dan lagi skrang ni dah ada duit sendiri..so kdg2 tu mkn x henggat la..


mcm mana la nak trun kan blk 26kg mcm dlu tu??....x kan la nak ambik paper julai untuk UPSR.tapi ada ke paper julai untuk UPSR..hehehe...then apply balik Sekolah Asrama Penuh tu...hehehe...mengarut jer aku kan.. kalau la boleh..mmg aku nak....


k lah tu jer nak share dengan korang smua...ceh, perasan...mcm ada jer org baca entry ni kan..kalo ada yg baca..sy ucap trima kasih sgt2..


bye2...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers