May 25, 2011

Berita baik dan Berita buruk

Salam semua....

Korang Sihat? Hepi? Alhamdulillah...kalo korang sihat n hepi.

Smlm aku g klinik untuk ambik result pap smear n trus nak consult doctor pasal spotting aku yang x henti2 ni.

Berdebar jugak aku bila g klinik. So I got 1 good news and 1 bad news.

Berita baiknya adalah result pap smear aku normal. First Class. Bukan setakat kapal terbang jer ada first class, result pap smear pun ada jugak class2 nya. So, Alhamdulillah result aku First Class. Mksd first class disini adalah sel2 kanser or any harmful bacteria or infection mmg x ada kat serviks aku. Cuma doctor kata ada just mild bacilli..kira bakteria yang lembut la..

Berita buruknya adalah aku telah di”referkan ke O&G Klinik kat Hospital Likas. Ini adalah disebabkan spotting aku yang x henti2 since 11.5.2011 sehinggalah skrg..Ayoyo..ce korang kira sendiri la yer..

Maka, aku pun terus ke klinik O&G di hospital Likas tu. Mula2 blur jugak sbb x tau mcm mana flow kat hospital ni. Yalah kan kalo kat klinik tu, trus jer dtg dkt reception counter, kata nak jumpa doctor. Selesai..

Nama pun government hospital, confirm la ramai orang. Yang peritnya, Hospital Likas ni memang dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak sahaja. So paham2 la kalo wanita, of koz kes-kes nak beranak, nak buat monthly cek up untuk preknen, dan juga untuk kanak2.

Berbulu jugak la mata tgk derang2, orang yang buncit2 preknen ni. Hepi je rasa. Kalo aku lah jadi dorang, confirm senyum smpi ke belakang kepala. Hehehe..Sabar2, blum masanya lagi. Nnt sampai jugak turn aku. InsyaAllah..

Nurse dkt Klinik Dr. Hasliza tu ckp, better jumpa sekarang sebab jumpa hari ni pun bukan boleh trus jumpa doctor pakar tu, just datang untuk buat appointment. Makin lama tangguh nak ke sana, makin lambat la lagi tarikh appointment ko tu nnt.

Aku bukan familiar sangat dengan Hospital Likas ni. Takat datang tgk orang bersalin tu pernah la. So, dengan pelbagai tanda tanya, aku pun terus g dkt kaunter pertanyaan derang ni n bgtau yang aku direferkan Klinik Malaysia untuk datang ke sini. Aku malas nak cerita lebih, terus tunjuk referral form dr Klinik Malaysia tuh.

So cik adik manis tu pun tunjukkan aku Klinik O&G. So aku pun terus tanya nurse yang ada kat sana n tunjuk referral form tu. X lama lepas tu, aku dipanggil ke satu bilik. Ingatkan dah bleh jumpa doctor, rupanya jumpa ngan staff nurse tu dan dia bgtau appointment date aku 15 Jun 2011 Pukul 10.00 pagi. Masa tu jugak dia tanya aku, nombor telefon n mana aku tinggal. Dia bgtau suruh datang nnt, daftar dulu dkt Unit Hasil, pastu baru daftar dkt reception counter dalam Klinik O&G ni. Dan selesai.

Aku ingtkan lama sangat, rupanya mcm tu punya kejap jer.

Smlman aku terpikir dan x sangka sampi begini serius permasalahan Cik Spotting aku ni. Dah la kena jumpa doctor pakar. Padahal smua doctor kat sana aku tgk smua ada doctor pakar. Huish..mcm berat jek kes aku ni. Tapi x apa lah, aku anggapkan ni smua takdir Allah. Takdir Allah yang uji keimanan aku. Kadang aku terpikir kenapa Allah mahu menjatuhkan semua ni dengan aku. Kenapa DIA turunkan sekarang sewaktu aku sudah berkahwin dan bukan sebelum aku berkahwin.

Kenapa..kenapa..kenapa? Aku, famili aku dan korang smua tak ada jawapan nya melainkan Allah S.W.T. Aku bukanlah insan yang tabah. Kalau ada problem kecik pun, aku dah mula menggelabah tak tentu pasal dan boleh nanges, ni kan pulak soal penyakit ni. Ya Allah, aku Cuma minta Engkau Kuatkan dan Tabahkan la diriku yang lemah ini. Sesungguhnya aku tahu bahawa Engkau tidak menguji hambaMU di luar kemampuan mereka.

Tapi aku sangat bersyukur kerana Engkau kurniakan aku seorang suami yang setia, sabar dan sanggup menghadapi kesusahan yang aku hadapi bersama-sama. Alhamdulillah. Semoga dia sentiasa berada disisiku sehingga ke syurga. InsyaAllah.

So, aku pun x nak sedih2 lagi. Aku torai untuk positif kan diri sebanyak yang mungkin. Sebenarnya, aku pun hepi jugak sbb dah direfer untuk ke doctor gynae ni. At least boleh tahu apa sebenarnya masalah aku ni. Kan..kan..kan??

So, x sabar nak tunggu 15 Jun 2011..Doakan sy yer kawan2..
Go to fullsize image
credit to Yahoo

Bye...

May 24, 2011

Result PAP SMEAR

Salam...

Kali ni memang nak buat entry paling pendek..

Tomolow sy akan jumpa doctor untuk ambik result Pap Smear. Td nurse dah kol suruh ambik result tu..

Saya kan penakut. So, sy memang takut ngan result tu nanti..


Tolong doakan result sy normal yer..

Tima Kaceh..

May 22, 2011

Mimpi 2 Malam

Salam semua...


Mcm mana weekend? Ada best? Weekend aku kali ni biasa2 sahaja..More or Less its the same mcm minggu lepas. Cuma bezanya weekend kali ni, mimpi aku jadi pelik2. Dah 2 malam aku mimpi pasal anak, pasal mengandung. Kalo mahu kata terlampau bnyk fikir pasal benda ni pun tidak juga. Tipu la kalo ckp langsung x terpikir pasal benda ni tapi x la bnyk sgt.


Malam yang pertama tu, aku mimpi aku dah ada anak. Anak aku tu mirip ngan anak mak cik aku yang paling bongsu. Anak mak cik aku tu baru nak msuk 10 bulan. Muka lebih kurang macam "sazrin" tu lah..(sazrin = anak mak cik bongsu aku). Anak aku tu langsung x nak berenggang pun dari aku. Sampaikan terpaksa dukung dia n drive, dia x nak langsung duduk dkt baby chair tu.


Malam kedua, mula2 aku mimpi aku terbagitau mentua aku yang aku dah mengandung. Bukan nak menipu, tapi dia tersalah anggap dan ingatkan aku dah mengandung. Langsung tak disuruhnya aku ni membuat kerja rumah. Dilayan macam puteri. Tapi feeling x best la sebab benda x betulkan. Rasa besalah nak bgtau benda sebnar. Sebabnya dia memang nak sgt aku mengandung. Then aku terbangun. Masa tu baru pkul 2.15 kot. Naseb baik mimpi. kalo x...huh..habis aku.


Pastu sambung tido balik, hah yang mimpi kali ni mmg agak pelik. Tau la mimpi ni kan, mcm x betul sgt susunannya. Seingat aku, masa tu aku dihospital, nak tunggu segala urusan discharge selesai (kononya masa tu baru lepas bersalin). Masa tu siap pikir masa berpantang mcm mana la agaknya. Masa tu baby aku tu dah dibw balik ke rumah oleh bapa aku. Ktorang namakan dia NUR CAHAYA.. hehehe..agaknya terbw2 pasal NUR KASIH THE MOVIE..walaupun aku belum pernah tgk cerita ni even masa drama dulu apatah lagi sekarang dah ada "the movie"..


Bila dah lepas discharge tu, yang peliknya ada bnyk ubat yang doctor kasi. Masa dalam keta on the way nak balik rumah, aku tnya husband aku, dia kata smua ubat ni kena minum habis untuk kuatkan kandungan..Kandungan?? Mana ada lagi kandungan, kan baru jer keluar. Husband aku pun bgtau, bukan ka sayang tu mengandung sbb tu doctor bg ubat semua2 tu. Then tb2 aku rasa aku baru jer disahkan mengandung. yes, dalam mimpi susunan cerita mengarut2 kan..Menurut doctor kandungan aku dah msuk 10 minggu. Masa tu jugak aku rasa ada something yang berdenyut2 kat perut aku.. Then masa tu aku hepi sangat sampai nangis2. Rasa syukur yang sangat2 kat Allah. Alhamdulillah..Aku dapat nampak muka husband aku pun selupa itu olang ada manyak heppi woo..
ini macam woo manyak heppi...credit to google


TIBA2...aku terbangun...pastu cepat2 tgk jam..Masa tu dah pukul 4.30...Adesss...MIMPI lagi rupanya..


Ada orang kata kalo kita mimpi pasal baby ni x bagus sgt. Ye ke? WaullahuAllam. Harap2 orang kata tu bukan semuanya betul. Allah Maha Mengetahui. Aku harapkan ni semua petanda yang baik. InsyaAllah.


p/s: Berperasangka baik dengan Allah itu lebih baik. InsyaAllah.

May 17, 2011

Cik P itu sebenarnya bukan Cik P...

Salam Semua...

Macam mana ngan blog korang? Mesti comment2 bnyk yg hilang kan? X pa, jgn risau. Aku pun ada banyak comment yg hilang.

Ooo. ya berbalik kepada tajuk yg tertera di atas ini. Sebenarnya surat kepada Cik P itu sebenarnya sudah tersalah hantar kerana Cik P yang dimaksudkan itu adalah Cik S.


X tau ka siapa tu Cik S? Cik S ini nama panjangnya adalah Cik Spotting. Cik Spotting ini slalu menjadi orang ketiga dalam perkahwinan aku. Setat je aku kawin, dia pon sibuk2 nak menjadi orang ketiga antara kami berdua. Isk, jeles la tu. Menyampah..

Hari ni betarikh 18 Mei pun dia masih datang tanpa segan silu. Kalo diikutkan, dah 8 hari dia bertandang.

Aku pun dah malas nak pikir. Suka hati ko la Cik S, nak datang pon datang la. X ada daya nak halang ko datang. Aku sebenarnya nak tahu apa sebenarnya yang mengundang ko datang? Adaka disebabkan hormon dalam badan aku ni yang x stabil atau ada benda lain yang ko nak tunjuk kat aku, sbb tu ko kluar?? Tapi sampai bila ko nak bg aku tahu benda sebenar.

Kadang2, aku rasa aku lah antara orang terlemah. But still, Allah nak duga aku dengan dugaan berat. Bukan aku nak mempersoalkan semua ini, tapi disebabkan aku lemah untuk menghadapi semua ni, aku terpkir pasal ni. Complicated jugak ayat aku kan? Tapi aku percaya pada qada dan qadar, ni smua ketentuan Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Yang itu aku benar2 pasti.

Cuma aku Mohon, Smoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesabaran untuk melalui semua ini dan apa pun yang bakal terjadi di masa depan. Kerana DIA lah yang MAHA mengetahui perasaan ini.

p/s: entah bila cik S nak stop dan berfikir apa effect bidadari kat peranakan/puan rahim aku?? Macam x hado..

May 11, 2011

Belum ada rezeki lagi nampaknya...

Kehadapan Cik P,

PENGHARGAAN TERIMA KASIH
Merujuk kepada perkara di atas.

02.      Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Cik P kerana datang lebih awal (7 hari lebih awal) daripada masa yang selalu ditetapkan. Saya juga ingin berterima kasih kerana memberi saya peluang untuk merasai sakit pinggang dan sakit perut yang teruk selama 3 hari. Saya ingin meminta maaf kepada Cik P kerana telah menyangka simptom PMS itu adalah simptom Puan P disebabkan sebelum ini tidak pernah sesakit dan seteruk begitu sakit pinggang saya sehinggakan ingin pergi berurut kerana menyangka pinggang saya terseliuh.

03.      Saya juga berharap agar Cik P memberi peluang kepada Puan P untuk datang bulan hadapan sekiranya diizinkan Allah S.W.T. Kesudian Cik P untuk berundur diri dan memberi peluang kepada Puan P untuk berkunjung pula bulan hadapan amatlah saya hargai. Saya ucapkan jutaan terima kasih dan memohon pertimbangan jasa baik Cik P untuk mempertimbangkan permohonon saya ini.

Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,
Puan TTC @ Tinie..

P/S: Belum ada rezeki lagi bulan ni. Cik P dah maaiii dah...sob..sob

Go to fullsize image

May 8, 2011

Apa hal ni??

Since last friday, aku kena sakit kencing x lawas.. Sakit oo..Hari tu 6 April pun kena jugak, alih2 6 Mei kena balik pulak..Sakit n penat g toilet balik2.


Until sekarang, aku masih lagi kerap ke toilet. Malam pun sampai terbangun 2 kali untuk ke toilet. 


hah yg ni kompom bukan aku la kan..tapi reaksi aku lebey kurang cam ni la..tp x la smpi x pkai sluar mcm tu..


Masa jumaat haritu, mmg serius sgt sakit bila nak kencing tu. Masa kencing pon sakit bila nak habis tu. Start sakit masa tengahari, tp bila dah pkul 5 macam tu, sakit dia dah x brapa sgt.Cuma kerap g toilet lagi tu masih ada la.


O ya lupa nak bgtau. Aku bukan setakat sakit masa kencing n kencing banyak kali tau. Aku jugak sakit perut macam senggugut. Macam cramp pon ada jugak aku rasa. Memang sangat x selesa.


Bila masuk ahad, memang x sakit, cuma kekerapan g toilet tu masih ada. Until la skrang ni, sekarang ni jam menunjukkan 11:17 am bertarikh 09 Mei 2011 pun masih nak ke toilet after dah balik2 ke toilet..Sakit perut memang masih ada dan sekarang aku sakit pinggang yg amat.


FYI, aku memang malas nak ke klinik. Sebabnya, aku memang dah ada ubat untuk cuci salur kencing tu (sebab ubat haritu pon x habis lagi)..


Korang rasa kenapa aku sakit cam ni eh? Aku dah mula imagine yg bukan2. Takut terkena batu karang. Aku ada jugak cari2 info pasal penyakit batu karang ni. Tapi info dia cam x banyak n bila baca aku cam susah nak relate ngan kes aku ni.


Solution aku, just tunggu jer dlu. Smpi brapa hari dia cam ni. Kalo x jugak, terpaksa la aku g jumpa Doctor Hasliza dengan kadar segera. Kalo rasa ok dan boleh tahan, tunggu jer masa aku jumpa Doctor Hasliza untuk ambik result pap smear haritu..Kann??



May 3, 2011

Pap Smear

Salam Semua,


Lepas jer pegi scan haritu, dalam sminggu lebih aku x terus jumpa Dr. Hasliza. Then aku pun kol Klinik n set kan appointment date untuk review result scan haritu. 


So masa jumpa Dr. aku mmg tgh period. Actually seblum aku period 22hb.April tu, mmg ada like vaginal discharge yg warna coklat pekat sgt. So aku pun risau jugak, before this spotting yang keluar tu, x ada la coklat pekat mcm ni. Pastu yang herannya, mmg siang malam ada discharge tu kluar. Seingat aku, discharge tu stat kluar from 13hb April lagi sehinggala 21hb April..Masuk 22hb April baru darah period aku yg betul2 kluar. So aku jumpa Dr. on 25th.April, then bagitau dia mcm mana perkembangan bayi period aku..hehe


Dia pun dengan seriusnya tanya, warna vaginal discharge tu mcm mana n bila stat n bla..bla..bla..(soalan yang biasa dia tanya)..Then dia kata kalau yg kluar tu coklat pekat n agak sticky2..Itu bukan Spotting. Itu like Mcm ada Infection...Then, baru aku teringat, Opss...Alamak, terlupa nak bgtau DR. pasal aku kena kencing x lawas haritu.


Mungkin kat blog aku x ada cerita kot kan?? OK, Sebenarnya lebih kurang 6 ke 5hb. April haritu, aku terkena kencing tak lawas. Itu kalau orang Melayu panggil la..but kalo refer dekat DR. dia akan kata saluran/pundi kencing kotor. Tak tau la kalo korang pernah ke x kena sakit camni. Memang azab jugak la kalo kena ni. Mana taknya, rasa nak terkencing yang amat dan pas dah membuang tu ingatkan dah lega rupanya masih lagi rasa nak kencing lagi dan lagi... Memang sakit. Sampai berpeluh2 aku dibuatnya. Dah la tandas opis tu jauh..Naik lemah kaki aku berjalan.


Aku memang dah sangat tak tahan, aku pun terus jumpa DR. dkt klinik yang berdekatan opis aku. Aku mmg bab2 klinik ni, mmg suka ngan Klinik Malaysia. So far, kebanyakkan DR. dkt klinik ni boleh aku percaya n if dorang bg explanation mmg btul2 explain pnya. Thats y aku suka. Lagipun since kecik, mmg slalu p klinik Malaysia coz Klinik ni la klinik panel untuk company bapa aku keja.


So dipendekkan cerita, DR. Elizabeth yang kat Klinik Malaysia yg dkt ngan opis aku ni bg antibiotic n ubat minum untuk cuci salur/pundi kencing aku dan bunuh kuman2 yang menyerang tu. Infection la tu nama scientificnya..DR. tu pun terus bagi aku MC sbb dia mmg tahu kalo sakit mcm ni kompom nak ke tandas lagi dan lagi.


Lepas aku cerita ngan DR. Hasliza pasal benda ni. So dia pun conclude kan, maybe sbb aku ambil antibiotic = untuk bunuh kuman n protection body dan ubat minum = untuk cuci salur/pundi kencing tu menyebabkan fungus2 or any bacteria yang ada gatal melekat kat sana di "discharge" kan keluar. Thats y ada Discharge yg kluar since 13-21hb.April tu. n itu bukan spotting yer. So Nothing to worry about pasal tu.


So after that dia nasihatkan aku untuk buat pap smear dalam 3 hari selepas betul2 habis period. So Jumaat lepas aku dah habis period, aku pun buat appointment untuk buat pap smear seperti yang diarahkan.


THEN...FINALLY, HARI YANG DITUNGGUKAN SUDAH TIBA, iaitu hari ni 4hb.Mei aku pertama kalinya mendapat pengalaman Pap Smear..waaaaaaaaa..sungguh takut tau..


Pap smear ini macham..


Serius mmg aku takut. Aku bukan takut pasal Dr. Hasliza nak *tuut* kan kat bwh tu.. Aku takut ngan resultnya..Minta2 dijauhkan benda2 yang x elok. Nauzubillah.


Pengalaman pap smear ni oklah jugak. X da la sakit sangat pun. Cuma agak malu la bila DR. masukkan alat mcm Mulut Itik kat bwh tu lagi2 dia nampak kita pnya yg kat bawah tu..segan aiiiiii....n then msukkan alat untuk ambik sikit sampel sel dkt serviks tu..Bagi aku x sakit sangat. Rasa senak2 je kat sana n kat perut...hehe..


So skarang aku kena tunggu seminggu untuk dapat result pap smear tu. Korang tolong la doakan eh keputusan pap smear tu normal. Minta2 dijauhkan benda2 yang x bagus kat dalam tu..Nauzubillah..Aku pun berharap agar sel-sel kat sana smuanya normal. Aamiin.. Ya Allah berikanlah peluang untuk hamba Mu ini merasai pengalaman menjadi seorang ibu..Aamiiin..


soon to be. InsyaAllah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers