July 29, 2011

Tanda Pregnant yang aku rasa

Sebelum aku terlupa simptom apa yg aku rasa before buat upt dlu, meh aku cerita dkt korang yer...Kut2 korang pun ada tnda yang sama, g cepat2 la cek k. Dont worry i will always pray for u guys..:)

1) Breast sakit.
    Slalu kalo before nak period, mmg breast agak sakit jugak bila disentuh atau x disentuh langsung pun kan?? Tapi apa yang aku rasa sakit dia tu datang selepas habis period dlm 3 minggu lepas habis tu. Slalu kalo nak dtg period, 2-3 hari nak dtg baru stat rasa sakit kan. Ni x, aku rasa dah 3 minggu aku rasa sakit mcm tu.

Sakit dia memang sakit la tahap kalo mandi rasa x nak sentuh dan bila masa tido terpaksa cover bantal kecik depan tu sebab nanti tergesel dgn mana2 objek yang tidak dikehendaki. And then bila pkai bra pun kena hati2 sebab takut2 terkasar boleh membuatkan ada suara2 jeritan kesakitan yang akan kedengaran hehehe.

2) Mengidam
Memang terasa ganjil sebab tiba2 teringat akan satu makanan yang btul2 terasa naaaaaaaaaaaaakkkkkk sgt makan. Nasib korang la kalo keinginan tu untuk makanan yang susah nak cari. Macam kes aku, aku mengidam nak makan mee goreng yang dibungkus dengan surat khabar. Nak jugak yang dalam surat khabar, x nak yang dalam kertas minyak tu ke, dalam polistrin tu ke atau dalam plastik biasa..

Berpusing jugak la husband aku g carik mee tuh area kk and kb. Susah woo nak carik orang yang jual mee bungkus ngan surat khabar. Last2 sekali, minggu lepas adik aku dapat beli dari Keningau (keningau ni jauh 2 jam lebih dari kk). Sib baik dia balik rumah. So sebelum dia balik, dia singgah jap pasar malam kat Keningau tu n belikan aku mee yang dibungkus ngan surat khabar tu. Lepas dapat cium bau mee tu n makan skit, dah cukup. x dapat pun habis kan sebungkus tu. hehehe

p/s: Korang dpt bygkan x mee yang dibungkus ngan surat khbar tu? Dia bukan la mee yang diletak disurat khabar semata2, ada jugak plastik untuk cover mee tu, kalo x lencun jugak surat khabar tu ngan minyak mee tu..

3) Rasa pening n mual
Aku slalu rasa mual ni bila lepas makan. Trutama lepas makan banyak sgt. Rasa mual je la kadang2 x muntah pun. Pernah 2 kali jer muntah. Sekali sebelum tahu aku mengandung kedua selepas tau mengandung.

4) Perut rasa berangin n sebu semacam
Pantang lambat skit makan, perut pun mula la berhangin semacam. Kalo yang ada gastrik macam aku, patut merasa sakit perut gastrik yang amat. Perut rasa berat mcam nak dtg period tp period x muncul2.

5) Implantation Bleeding
Masa2 period nak dtg, tb2 ada darah skit lepas kencing. Masa tu aku ingt memang dah period, so aku pun terus pakai pad. Tapi darah lepas tu x kuar dah. Aku mmg ingt masa tu spotting. Aku kan dah pernah mcm tu so rileks je la lepas tu, x yakin pun itu implantation bleeding.

6) Mood swing
Slalu jer merajuk ngan husband. Merajuk pasal benda2 x penting. Cthnya dia terlupa masukkan stokin dia yang aku rendam kat dalam washing machine. Pasal tu jer, aku leh mengamuk sebelum nak tdo smpai la ke pagi. Pagi baru ok..hehehe. Minta maaf syg..blame the hormon yer..masa tu x tau lagi sy mengandung..

7) Kepenatan dan suka tido
Ni lagi satu hal, lepas balik keja benda pertama aku carik katil. Ngan x mandi nyer ngan x bukak baju kerja trus tdo terlentang macam bajet x tdo smalaman. Lepas tido sejam lebih baru terhegeh2 nak mandi..hehe..mak aku la org yng slalu bising masa ni. Nak buat cmana, aku rasa penat n ngantuk sgt2. Bkn stakat itu sahaja, aku lebih rela tdo masa lunch berbanding kuar makan.hehehe.

8) Period Lewat
Period aku dah lewat sngt n slalunya aku ada spotting kan? tapi bulan jun tu, Alhamdulillah spotting pun dah x ada lagi. Period dah lewat dlm 14 hari lebih..

Lepas jer aku rasa smua benda ni, tergerak hati nak cek masa besday husband. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah telah perkenankan doa kami selama ni. Alhamdulillah.

So, kawan2 ttc yang lain. jgn sesekali give up (walaupun kdg2 kita rasa dah give up, aku pun mcm tu dlu), jgn pernah putus harapan terhadap doa2 kita selama ini, try to be positive all the time, yakini Allah akan beri peluang kita pregnant and kalo boleh jangan lokek untuk doakan orang lain yg nak pregnant jugak paling bagus sebut nama penuh dorang (aku stat buat ni sebelum aku pregnant lagi) and lastly minta orang tua kita doakan kita boleh pregnant, aku slalu minta mak aku doakan untuk aku..sob..sob..sedih n terharu pulak. Trima kasih mak dan bapa..Alhamdulillah syukur..

Doakan sgala urusan aku dipermudahkan yer. Perjalanan aku masih baru, masih perlukan tunjuk ajar korang, masih perlukan doa korang. Mudah2an dipermudah Allah S.W.T lagi2 kandungan belum lepas first trimester. Aku mohon dan doa smoga kandungan aku sentiasa membesar dengan sihat sebelum atau selepas lahir nanti. Aamiiin..Perkenankan lah Ya Allah..

p/s: Nanti aku citer apa yang aku usaha/ikhtiharkan untuk get pregnant yer..apa yang aku makan, apa yang aku amalkan yer..tungguuuu...

July 21, 2011

Worried

Salam semua..

This is short entry. Mood for blogging is up and down.

Last 2 days i was in KL for seminar PTPTN.

It was tiring and exhausting day especially first day.

Blame the airasia. They like the customer to excercise to have better and healthy life. Thats y they make u walked all the way.

  O ya forgot to mention, my flight was 7.25am so thats mean i have to be there as early as 5.25am for check in. so u just imagine how early i have to get up.

Waited my friend in klsentral becuz we have different flight. so i have to wait for her until 4.00pm..Luckily, my friend wawa got mc on that day. So we have the chance to meet after last meet 2 years ago.

Then after settled down at 7.00pm, got the hotel to stay and went to bath i got 1 surprised. There's spotting in my panty. It was 2 tiny dot but still make me worried 200%.

Before i went to bed, i checked again n there's light spotting, this time 3 tiny dots in my panty but this time the color is lighter than before. When i woke up and checked, theres no more spotting. Alhamdulillah. I pray it will never went to see me again.

To cut the story short, yesterday i'm on mc and asked my doctor about my condition. She told me to get not to active and shouldn't lift anything heavy and try to get rest as much as i can.

I still worry. I never failed to pray for my baby safety before or after delivered. Hope Allah will listen to my prayer.Aamiiinn..

p/s: Please pray for us..thanks..

July 13, 2011

Alhamdulillah....

Semalam befday husband.

Tergerak hati nak cek UPT. 

Bila tnya nak hadiah apa. Dia cuma minta belanja makan.

Rasa bersalah sebab masa aku harijadi haritu, bukan main banyak lagi dia bagi aku. Macam-macam pulak tu.

Dalam hati aku, alangkah bestnya kalo aku dapat bagi hadiah yang paling berharga dalam hidup untuk dia sempena Hari Jadi dia kali ni.. 

Bohong la kalo aku cakap langsung tidak takut untuk cek UPT.

Siap mimpi, buat 2 test dan 2-2 negative.

Ya Allah, apakah maksudnya??

Bangun2 jer, trus senyap2 g buat upt tanpa pengetahuan husband. Dia masa tu tido lagi kot mana tahu yang aku nak buat upt. lagipun dia bukan tahu aku senyap2 beli upt.


Kuatkan hati untuk cek. Minta ditabahkan hati stelah tahu result upt tu.

Beli upt jenama watson jek. murah. Jenis stick dan bukan jenis pendrive.Dalam kotak tu ada bekas kecik untuk urine dan stick tu. So senang la kan, dah ada tempat.

Dengan lafaz Bismillah, aku pun rendam la stick tu smpi ke garisan max tu..lebih kurang cam ni lah,,
image from google. aku x smpt nak ambik gmbr.


Lepas rendam, aku pun baringkanlah stick tu. Zup...dlm test line tu ada mcm nak terbentuk garis. Dalam hati aku x putus2, ucap Alhamdulillah..banyak kali.

Pastu tgk dah 2 line... Alhamdulillah..Ya Allah. Alhamdulillah.. aku rasa mcm aku mimpi.

Trus tunjuk kat Mak aku. Mak aku dah la x pandai sgt bab2 upt ni. Blur2 lagik baru bangun tido. 2 line tu maksud nya apa?? Positif ke? Aku pun terangkan lah kat mak aku. Dia pun rasa syukur sgt2. Dia pun pesan masih awal, kena hati2. Jangan gembira sgt.

Aku pun trus bangunkan husband and tnjuk kat dia. Mata dia terkebil2 mcm x percaya. Btul ka ni?? Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Engkau telah perkenankan doa aku di hari kelahiran suami ku. Alhamdulillah..

Memang semalam ktorang berdua minta cuti sebab haritu kan hari jadi husband. trus ajak husband g confirmkan kat klinik. kot2 aku tersalah wat upt. risau jugak.

Aku g klinik yang biasa aku pegi. Klinik Dr. Hasliza yg aku penah citer tu. Doctor pun heran knapa aku dtg lagi kat dia sdgkan aku kan dah direfer ke klinik gomen O&G..

So aku pun citerkan la kat dia. Then dia kata nak scan dlu.

Ala,,aku baru jer buang air. Bukan ke kalo nak wat scan kena tahan kencing supaya lebih nmpk n jelas. Aku pun cakap la kat dia. Dia kata sptutnya kamu kena tahan kencing. Aku mmg tahu pasal tu, kan before ni pernah scan, so tahu la prosedur dia cmana. So dia tnya lagi, lepas kencing aku ada minum air tak. So aku kata la ada tapi aku still x rasa nak kencing lagi. Sebab baru je lepas kencing baru sgt..

Dia nak jugak scan, dia kata kalo x nmpk jugak baru kita wat upt skali lagi. Alamak, risau lak aku dia kata mcm tu.

So dia scan la kat aku. Dia tekan2 alat scan tu kat perut aku. Macam tercari2, aku pandang screen tu pun mcm x de je apa..Pastu dia tekan kuat2 lagi, then aku tgk kat screen macam ada bulatan kecik.

Aku pun terus tnya. Jumpa x doctor? Dia kata susah nak nmpk la..Masih sgt kecik..

Risau nyer aku..Kalo aku tahu td, aku sanggup tahan kencing aku.

So dia suh wat upt lagi skali. Aku mmg dah bgtau nurse kat klinik tu. Aku tnya boleh ke tidak aku just simpan urine aku kat botol sbb nnt mesti doctor nak cek urine kan.. so dia kata ok, just simpan kat toilet tu je botol tu.

So nurse pun disruh untuk test upt tu lagi. So aku pun tunggu nurse tu dtg balik. Risau jugak kut2 upt kat rumah positif then kat c ni negative.. isk, risau2..

Then nurse tu dtg balik n letak upt tu kat meja doctor. Masa tu doctor x ade sbb amik asid folic untuk aku. Aku sempat tgk upt kit tu. Alhamdulillah 2 line..

So doctor pun kata kandungan awak masih baru lagi. So u have to really take care of urself. Watch ur eat. Jangan makan sembarangan ubat, kena minta nasihat from clinic. dont simply buy from pharmacy n eat without any consultation.

Then aku pun tnya lagi, so doctor, kandungan sy brapa minggu? So dia pun kerutkan dahi..alamak, apahal ni..

Dia kata i cant tell becuz blum brapa nmpk sgt n susah nak nmpk td. Tp biasanya UPT  x akan positif kalo kandungan x smpi 5 minggu. and also Ultrasound scan x akan nmpk jelas sebelum 8 minggu..So maybe kandungan aku around 5-7 weeks.

So dia suh aku datang lagi after 2 weeks untuk scan n dia suh aku discuss with hubby nnt nak wat pemeriksaan either d gomen hospital or swasta..

Begitulah ceritanya..

Langsung tiada niat aku untuk riak atau bermegah dengan bercerita mengenai pemberian rezeki ni dalam blog. Anak ini pemberian Allah, rezeki dari Allah. Aku hanya ingin berkongsi cerita bersama kwn2 especially geng2 ttc. Ini telah membuktikan bahawa kita juga ada peluang untuk mengandung seperti orang lain.

Dengan usaha, doa yang tak putus2, dorongan dan support dr orang sekeliling akan membuat kita lebih berkeyakinan untuk mengandung. When the RIGHT TIME comes, kita akan mengandung juga dengan izin Allah S.W.T..Percayalah kawan2..

Dengan rezeki ini, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak berpenghujung kepadamu Ya Allah.Alhamdulillah ya Allah. Sungguh besar kuasaMU..Aku pohon Engkau kuatkanlah rahim ku, sihatkanlah kandungan ku dan juga diri ku agar pemberian mu ini selamat hinggalah lahir ke dunia ini. Aamiiin.. 

Kepada kwn2 jugak, terima kasih atas doa dan support dari korang. Aku mmg sgt2 hargainya. Jangan risau, aku akan sentiasa doakan korang jugak yer. Aku mmg nak korang rasai jugak saat seperti ini. InsyaAllah..Kandungan aku pulak masih baru, korang doakan ye DIA selamat dan sihat sehingga dilahirkan. Korangkan tahu aku ada pcos, apa yang aku dgr pcos ni mudah gugur. Nauzubillah. Minta dijauhkan dariku Ya ALLAH. berilah aku peluang ini dan jugak rakan2 ku yang terlalu menginginkannya..Aaminn..


p/s: Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi Hadiah yang terbaik untuk Suamiku. Alhamdulillah..




July 4, 2011

TIDAK SAH

Entah apa motif aku letak tajuk entry kali ni tidak sah atau tak sah..hehe..(sama lah tue)

ooo...baru aku teringat..tidak sah kalo tidak bercerita dalam blog pasal benda ni..tu pasal la tajuk aku "Tidak Sah'..

Baru jer lepas BW blog Anie..tiba2 aku pulak risau..risau sbb period blum datang lagi. Kalo orang lain mesti happy kalo period lambat kan?? tu sebab dorang pnya period tu cun..cun la sbb datang on-time. Maknanya, ada berita gembira la pas ni..

Kalo jenis aku yang period slalu datang dan pergi sesuka hati..of koz la patut risau kan..?? Lagi2 baru2 ni didiagnosed ada PCOS..lagilah bertambah risau..kan selalu org yang PCOS ni period x datang berbulan2..alamak..x kan la period aku nak jadi mcm tu pulak..dugaan-dugaan..

Aku tnya jugak org yg penah x dtg period. Aku tnya if dorang x datang period, tanda2 nak period tu ada ke idak?..Dorang kata 'Tanda tu mmg ada, Tapi Period tu yang x datang2"..

Hurm..........risau lak aku..mmg tanda2 tu dah ada..seperti sakit breast n ada jerawat tp smpi skarang blum kuar2 lagi..

Tapi memang kali ni sakit breast sangat sakit i tell u..Sampai nak tido pun sakit..terpaksa cover ngan bantal. Masa mandi lak, terpksa sentuh slow2..sakit woo X tipu punya..hehehe.

Slalu mmg ada tnda sakit2/sengal2 kat breast..tapi x la sesakit ini. Hurm..Aku cuma mengharapkan yang terbaik jer dari Allah. Andai tanda2 ini bawak rezeki untuk aku. tapi seperti biasa jugak aku x nak mengharap lebih2..aku kan ada pcos. pastu x de lak diberi ubat subur ke apa ke..cmane telur nak matang n kluar kan??. Tapi Allah itu Maha berkuasa. Sekiranya DIA inginkan SESUATU itu terjadi, MAKA TERJADILAH JUGAK IA WALAUBAGAIMANAPUN..Aku sangat yakin dengan itu.

0o ya..seperkara lagi..masa sbtu yang lalu, masa nak basuh tooottt selepas buang air kecik..(hehehe..jgn marah sbb citer benda ni) tiba2 ada ketul darah yg kecik. Aku pun bajet, ala,,mesti dah period ni. (masa tu pun dah ada tanda2 so x la surprise sgt if period pun..) So aku pun pakai la pad...

Alih2 pastu, lgsg secalit pun x ada darah dah smpi la skarang. Apakah maksudnya???

Jujurnya,ada 2 perasaan aku sekarang.. Pertama, timbul secalit perasaan gembira sekiranya ketul darah kecik itu implantation bleeding..Kedua, timbul segunung kerisauan sekiranya period aku x muncul bulan ni..Adakah aku jugak suda mulai tidak didatangi cik P disebabkan PCOS.?? Wallahualam..Allah sahaja Maha Mengetahui..

Aku berdoa pada Allah, sekiranya masih belum ada rezeki untuk aku dan husband ku kali ni..datangkan lah period aku bulan ni. Tetapi sekiranya ada rezeki, Alhamdulillah, syukur kepadaMU ya Allah atas rezeki ini.

p/s: Alhamdulillah, bulan ni spotting2 dah x ada..cuma masih tertunggu2 Cik P ni. Kalo nak cek pun, its too early, aku dlu pernah jer lewat period 2 weeks, so apa nak digusarkan ye x?? hehehe. Cuma mohon doa2 kawan2, mane tahu ada rezeki. Bersangka Baik ngan Allah itu Wajib kan?? InsyaAllah..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers