February 27, 2011

Sudah mahu hilang da~~~~

sekejap sgt masa berlalu..

trasa baru smlm berlaku..

sekarang sudah mahu hilang..

sedih pun ada,,

haritu ada wish n ckp dkt husband..

mudah2an sy leh peknen sblum " dia" ni hilang..

tapi apakan daya..

kita hanya merancang DIA yang menentukan..

sob..sob..sob

hanya mampu menadah tangan dan berdoa..

smoga DIA sntiasa mendengarnya dan akan menunaikannya..Amin..

tgk la dkt bwh ni...

/
/
/
/


k lah..

tu jer nak ckp..

smpi jumpa lagi..

tata titi tutu~~~

February 21, 2011

Jatuh Cinta lagi..

Dedicated to my hubby,

This song is for u..


Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar...

Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar...

Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau

Jika kau tak percaya padaku
Sakitnya aku...
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku...

Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau


Best sgt lagu Bunga Citra Lestari ni...jatuh cinta bila dgr lagu ni.................

D.I.E.T

Masuk kali ni dah 2 kali aku g klinik.


Pertama kali tu sebab aku pening sgt. Bkn stakat 1 hari pening, dah berhari2 pening. At first aku mmg ingt aku peknen. Siap beli UPT untuk cek. TAPI..-ve..Kecewa sbb -ve? of coz la..aku x kan berharap kalo simptom2 tu x menganggu aku. Pening, rasa mual, selera mkn membuak2, cepat letih. Smua pun simptom2 org mengandung. Tp ada kawan aku ckp, simptom2 tu pun akan ada if hormon dlm bdn brubah. Yalah kot. Sebab selalunya, tiap hujung tahun atau awal tahun, peredaran period aku jadi x btul. Last month period aku dtg skit2 jer. X pyh pun pkai pad, cukup pkai panti liner jer.


Tp Kesian kat my hubby, dia pun sbnrnya excited ngan simptom2 aku tu. Tp x pe la yer,,rezeki blum smpi lagi. kita cuba lain kali yer syg. bkn stkat my hubby yg excited, smpi mama aku skali truja dan risau dgn perubahan aku. Malas menjadi2,,hehehe,,Aku berdoa sgt2 dipermudahkan untuk aku dpt zuriat. AMIN..


Kali kedua aku p klinik sbb demam, selesema n btuk yang agak teruk. Terpaksa ambik MC 2 hari. Nasib baik la hari ni dah ok skit.


Lepas dari kejadian -ve aritu. Aku ingt aku kena tenangkan diri dlu la. Mmg la agak excited nak ada baby cpt2. Tp tu smua kan rezeki dari Allah S.W.T. Mungkin belum masanya lagi.


Aku sebenarnya sgt kagum n berbangga bila dapat tahu  Ida dah peknen. Blog Ida ni aku jumpa dkt blog Kak Zel. Sgt hepi sbb slama lebih 3 tahun menunggu akhirnya dia dah disahkan mengandung. Hepi sgt untuk dia. Alhamdulillah..Suka baca blog Ida sbb before dia disahkan mengandung, dia mmg jadikan blog dia ni as monitor untuk kawal apa yg dia mkn hari2. Maybe sbb 99HTN tu la. 99HTN tu adalah 99 Hari Tanpa Nasi. Contest ni dicipta oleh Kak Zel. Maybe sbb diet tu (99HTN) berkesan untuk menurunkan berat bdn dan menyehatkan bdn, thats y diantara contestant2 dlm contest tu, ada yang berjaya mengandung setelah sekian lama menunggu. Termasuk la Ida n Kak Zel jugak.


So i think its the time for me to DIET again!! Yeah.. i love diet. (ya ka ni??) Love the feel of satisfied of ur body when u r dieting. rasa puas. lgpun aku kan nak cpt ada anak. InsyaAllah. Berat bdn n BMI kena normal untuk menyihatkan dan memudahkan proses pelekatan baby.


yes, dlu mmg pernah DIET. diet x mkn nasi slama sbulan lebih. mmg agak hebat la pada masa tu. tiba2 tringt dkt exbf. ceritera diet ni dimulakan apabila aku dicabar oleh exbf aku untuk tidak mkn nasi sbulan. masa tu agak kurang yakin jugak sbb x lama lagi dah nk dkt posa. Mampu kah aku?? tp disebabkan sayangnya aku terhadap exbf aku yang telah curang padaku itu, aku pun dengan semangat yang berkobar2 menyahut cabaran dia tu.


dan hasilnya, aku mmg boleh turun kan berat bdn dgn cpt. Mmg best rasa masa tu, smua org puji sbb dah kurus skit..skit ker? bnyak kot. hehehe.. perasaan.. tp yg kantoinya, pas dah habis blaja n buat praktikal, aku dah stat mkn nasi blk. tu yang bdn dah mcm dipam2 smula ni. aritu masa kawin pun x smpt nak diet. x ada masa plus bnyk sgt benda nak kena pkir.


so aku rasa nilah masanya, aku x nak la buat secara drastik. kena buat step by step la..aku plan skrg ni nak:


1) Stopkan mkn segala jenis Mee yang ada. Ni sebab aku slalu ambik Mee sbg menu BF aku.
2) Kurangkan mkn fast food seperti KFC, Mcd dll.
3) Kurangkan mknn bergoreng trutama nugget, burger and all process food.
4) Kurangkan mkn NASI..sebenarnya aku mmg x nak ambik nasi at all. tp i ni kan dah berkahwin, so kalo kat rumah mentua, kalo x mkn lgsg mesti mak mentua aku akan tnya knapa x mkn nasi. so kalo dlm keadaan terdesak maybe aku mkn la kot. huhuhu..


dah la tu..kata step by step..so 4 benda ni aku nak praktis kan dlu. n aku nak try Detox yang Ida bgtau tu jugak kalo berkesempatan..


doakan aku yer.

February 16, 2011

rasa bersalahnyer..

assalamualaikum..


baru2 ni ada terjumpa dengan blog seorang ustaz. best blog ustaz ni sebab bnyk bagi information yang sebelum ni kita x tau sgt. belek punya belek blog ustaz ni, aku tertarik sgt dgn crita ni. o ya sblum tu nak bgtau nama ustaz tu dlu. nama ustaz tu Ustaz Mohd Syauqi Arshad. sapa2 nak baca blog dia, bleh la pegi laman web ni -->> http://sobahicairo.blogspot.com/


berbalik kepada tertariknya aku terhadap salah satu post ustaz tu. tajuk post tu ialah "ha !! zina lagi? mesti korang nak tau kan ape yg bestnya pasal post ni. jom, baca sama2.

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...
HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN BERTERUSAN DALAM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya diambil sekiranya seorang gadis yang belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. 

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslimah (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara-mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat... .

Ini merupakan satu perkara yang serius. Oleh itu, fahami dan dalami betul-betul serta berbincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. 

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ.
" Islam Tercinta "



dah habis baca?? mesti dah kan..sebenarnya artikel ni diilhamkan dari Ustaz Rosli AlHafiz. mungkin Ustaz Mohd Syauqi Arshad ingin berkongsi pengetahuan ni bersama muslimin yg lain. sebab benda ni dipandang remeh dan sinis oleh masyarakat sekarang seolah2 shortcut yang terbaik untuk mengatasi masalah ni ialah berkahwin (bernikah secara tepatnya). 


memang aku x nafikan, aku mengenali hamba2 Allah yang telah berkahwin disebabkan mengandung. maksud aku mengandung dlu baru berkahwin. dari sudut pandangan keluarga, mmg kahwin lah jalan yang terbaik. di samping juga untuk menutup malu keluarga kedua2 belah pihak terutama pihak perempuan. tp kadang2 dek kerana ceteknya pengetahuan kita terhadap perihal keISLAMan ni membuatkan kita x meneliti ketepatan tindakan kita itu.


sebaik sahaja habis baca post tersebut, tiba2 aku merasakan takut yang teramat. dek kerana kealphaan kita dan kejahilan kita, kita x tau pun sebenarnya kita telah menambahkan lagi dosa kita. apa yang harus aku lakukan untuk berkongsi cerita ini dengan "org" tersebut. aku tidak ingin di akhirat kelak, aku akan dipersoalkan benda ni kerana mendiamkan sahaja perkara ni.


walau bagaimanapun, my hubby dah buat sikit research pasal benda ni dkt intenet. dan dia ada terbaca, sekiranya "org" tersebut menginsafi dan melakukan taubat nasuha yang sebenar2nya, InsyaAllah, Allah pasti akan mengampunkan dosanya. Allah itu kan MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI.


So, jalan yg terbaik bagi aku, kita bersama2lah menambahkan pengetahuan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T agar kita tergolong dalam golongan yang beriman. dan bagi aku saling ingt mengingati dan berkongsi pengetahuan yang kita ada satu dengan yang lain akan mengangkat kita dari kejahilan dalam perkara sebegini.


minta ampun dan maaf sekiranya ada yg terganggu dan terkecil hati disebabkan perbincangan ni. bukan niat dihati untuk mencaci dan menghina, cuma sekadar untuk peringatan bersama dan sebaik2nya kita mohon dijauhkan benda yang x baik seperti ni berlaku dalam kehidupan kita. 


~sekadar untuk berkongsi dan memperingati sesama Islam~

February 10, 2011

kadang-kadang

kadang-kadang dalam hidup, kita selalu dibelenggu permasalahan. Malah permasalahan ini selalu mengundang kekecewaan..

cukuplah.

kadang2 terpikir, apa lagi dosa ku terhadap MU sehingga Kau menghukum ku begini. tp ramai yang mengatakan SABAR.. di sebalik kejadian ADA hikmahnya. tp sehingga bila tahap kesabaran itu harus di tunggu.

kadang2 MALU untuk menadah tangan untuk memohon. kerana masih banyak lagi DOSA dan x cukup AMALAN terhadap MU Ya Allah.

kadang2, aku juga hambaMU yang tidak lari dari membuat kesilapan. sejujurnya kesilapan itu, sudah dikesali dan mohon diampuni ya Allah.

namun aku,, masih tidak akan penat bermohon kepada MU Ya Allah.

Perkenankan lah Ya Allah. Semoga pertanyaan ku terjawab oleh MU. aku masih akan tetap menunggu dan bersabar.

Mode: ;(

February 6, 2011

Muni Dah kawen....

coursemate aku dah kawin...wan munirah namanyer..dia dah selamat diijabkabulkan bersama Encik Ahmad Sanusi pada 4-6 Februari aritu..aku doakan smoga muni berbahagia slalu bersama chenta hatinya,,dan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ni..dah kawin kenalah tolak ansur ye,,almaklumla..puan muni kita ni dlu masa kat UiTM seorang anggota Palapes..tp x ganas pown..sentiasa ayu jer..meh kita tgk gmbr kawin dia..tp gmbr ni ehsan daripada cik wawa la sbb aku x dpt pegi muni kawin..jauh tu kat pahang..tumpang meng"upload yer cik kikilala...




serieous aku rindu ngan budak2 coursemate aku ni..tu ker encik2 dan cik2 yang dah berumur 24 tahun. ops naim dah 25 thun pulok...hehe..sedih jugak at first bila tgk gmbr ni..yalah,,masa aku kawin aritu drg bkn nyer dpt dtg..tp aku phm..tiket air asia bkn nyer rm2.50.huhuhu..


pas ni turn dezeq plak..tp date x confirm lagi..x tau pulok samada dia nak tunang dlu ke atau trus kawin..tp rasanya kawin trus kot..dia siap dah bgtau aku org pertama supya aku leh booked tiket awal2..tp tgk la dlu..kalo ada rezeki..InsyaAllah aku dtg..kan best kalo ada helikopter sendiri...


oklah setakat ini sahaja untuk kali ni..nnt akan post lagi pasal " GONG XI FA CAI"


tata titi tutu

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers