October 4, 2011

Update..update..

Lama betul aku tidak mengupdate kan..bukan melupakan dunia blog, sesungguhnya masih lagi mengikuti perkembangan kwn2 blogger smua..cuma skrg ni kelu tangan untuk menaip..hehehehe

Mula-mula sekali, saya ucapkan tahniah kepada kwn2 TTC yang dah berjaya pregnant. Yang terbaru ni Hikari...eh...dia dah ada blog baru pulak kan..so click kat c ni Hikari untuk g ke blog barunyer..Tahniah yer dear...

Kepada kawan2 yang lain, berusahalah lagi yer..aku tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kalian walau sedetik pun.

Update terbaru dari aku, sekarang kandungan dah 4 bulan lebih to be exact 18 weeks. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. Mungkin bagi korang, perjalanan kandungan aku x ada apa2 masalah walhal sebenarnya ada. Tapi apa sangatlah msalah ni jika dibandingkan dengan kesempatan dan kenikmatan yang Allah bagi dalam perjalanan mejadi seorang ibu. So i just shut my mouth up and mensyukuri nikmat yang Allah bagi ini.

But just for sharing purposes and not for complaining purpose, here i am to share to u guys.

1) At 15-16 weeks, i was suspected for Hypertension during pregnancy. My blood pressure at reading 130/80 was suspected to be Hypertension. So i was monitored everyday for my blood pressure. So terpaksa datang everyday for 1 week kat klinik kesihatan ibu dan anak kat KK ni. After 1 week, aku disuruh untuk datang selang sehari pulak untuk cek. Alhamdulillah, blood pressure dah boleh kira normal. Tapi masih dipantau la. Xboleh makan makanan masin2 sangat.

So kalo korang ada petua untuk menurunkan dan menstabilkan tekanan darah, sila la share nnt dkt aku k.Tima Kaseh..

2) Aku ada bleeding haritu. Maybe pasal bersama ngan suami dan maybe pasal ada hentakan sikit. Hentakan ni bukan berpunca daripada hubungan bersama suami tu yer, tapi lebih kepada hentakan kaki akibat daripada hendak menghalau kucing sesat yang tiba2 masuk rumah kami. Aku ni mmg jenis penakut kucing. So kebiasaaanya aku pun halau kucing la dengan mengherdik (ntah btul ke x ayat aku ni) dan menghentak kaki aku kat lantai so that kucing tu takut n kluar dari rumah aku. Lepas 3 jam dari hentakan tu, tb2 aku ada spotting kat panties, aku pun trus cuak n trus ajak husband g klinik.

Setelah jumpa doc and dia buat scan untuk tgk baby, Alhamdulillah, baby masih ok. Doctor nasihatkan untuk banyakkan berehat dan melarang untuk bersama dgn husband. Baik doctor.... Masa tu doctor tu x ada pulak bg sebarang ubat. cuma dia suruh rest banyak2. Then ptg pulak, ada lagi stompok spotting yang kaler coklat2, menangis aku smalaman sbb risau.

Then pagi tu aku pegi pulak klinik lain pulak, then doctor tu pun scan jugak sbb nak tgk baby ok ke tidak. Then masa tu baru dia perasan yang uri kelihatan ke bawah sikit. Masa tu dia bgtau jugak yg slalunya kalo rahim membesar uri tu akan tertolak skali ke atas. So dia kata skrang ni masih terlalu awal untuk risau. Nnt lepas kandungan 7 bulan then kita tgk smada uri naik atas atau tidak.

Lepas tu, aku diberi Duphaston untuk dimakan masa tu jugak, 4 biji pulak tu..Then dia bagi aku asid folik, duphaston bekalan slama 5 hari then multivitamin. Alhamdulillah, lepas aku dah habiskan duphaston tu, darah dah x ada. Alhamdulillah sangat2.

Tu jer la dugaan yang aku kena hadapi masa pregnant ni. Kadang ada masa aku lemah dan nangis bila hadapi dugaan macam ni. tapi aku sematkan btul2 kat hati dan pikiran aku. Apa sangatlah dugaan yang Allah uji ini berbanding nikmat yg telah DIA beri untuk aku menjadi seorang ibu. Cepat2 aku hilangkan perasaan sdih itu.

So aku mohon korang skiranya ada yg terbaca, bglah petua or any advice untuk kurangkan dan stabilkan tekanan darah dan naikkan uri baby ke atas. Aku pun nak mintak korang doakan lah supaya uri baby naik ke atas. Aaamiiinn..

Thank u yer kawan..Love u All..........

5 comments:

  1. Lama kwazi tunggu update ni. hehe. ngam2 tadi bukak blog, nampak update tini. semangat ni pegi baca. kwazi mmgla tiada petua kan. hehe.. tapi rehat cukup2 k. jgn hentak kaki halau kucing, walaupun perbuatan tu sgt comel. haha.

    kalau kwazi, halau pakai penyapu lidi sebab itu jak yg kucing2 d rumah ni takut. yang lain dorg buat xtau jak. huhu.

    banyak2 doa & redha dgn dugaan, Allah sayang kita. Allah mau kita lebih hati2 ba tu kan. mcm peringatan la, mgkn kita terlupa.

    bestnya tini, 4 bulan suda, x sangka kan cepat ja masa berlalu.. halfway suda mau jadi mama. kwazi plak tgh 2ww ni. harap2 ada rezeki kali ni. hihi.

    ReplyDelete
  2. 2ww skrg? harap2 ada good news ar kak...InsyaALLAH ada rezeki..tindakan refleks bah tu, habis tiba2 tu kucing ada kan, itulah tu trus menghalau..

    Allah sayang kita kak. sbb tu la dia sntiasa menguji kita. Alhamdulillah.. kaka doakan ya, smoga uri naik atas.

    thanks kwazie, sbb sntiasa follow blog sy wlpun silent blog..hehehe..

    ReplyDelete
  3. tu la..lama tgk tinie tak apdet.
    pepe pun, semoga selamat seme nya :))

    ReplyDelete
  4. tinie lalink.. meh nak pelok sat.. muah muah.. rindu betol sama kamu.. insyaallah baby ok.. tapi bab hypertension tu sila jaga ye... sbb leh ganggu baby kalu hypertension.. kamu jgn laa dok pikir itu pikir ini.. serabut2 pon not so good for baby lalink.. risiko kelahiran awal pon leh jadi kalu ibu hypertension.. kamu banyak2 mengaji.. kalu agak2 stress melampau sila cepat2 amik wuduk dan baca surah2 luqman, maryam, yusuf, yasin, taubat.. insyaallah reda laa stress tu.. perjalanan masih jauh lagik.. ada 5 bulan lagik.. so jaga diri leklok..
    *dah dpt tgk jantina baby?? selalunya 3 bulan dah dapat tgk dah.. especially kalu baby bg kerjasama.. jgn mcm baby 'Auf..dia mmg suka bg bontot setiap kali akak g check up nk tgk jantina.

    ReplyDelete
  5. tinie sy pon doktor bg mkn duphaston start dari 7week lagi..sebab doktor risau rahim xkuat..Alhamdulillah skrg dah 5bulan so far so good..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers