February 16, 2011

rasa bersalahnyer..

assalamualaikum..


baru2 ni ada terjumpa dengan blog seorang ustaz. best blog ustaz ni sebab bnyk bagi information yang sebelum ni kita x tau sgt. belek punya belek blog ustaz ni, aku tertarik sgt dgn crita ni. o ya sblum tu nak bgtau nama ustaz tu dlu. nama ustaz tu Ustaz Mohd Syauqi Arshad. sapa2 nak baca blog dia, bleh la pegi laman web ni -->> http://sobahicairo.blogspot.com/


berbalik kepada tertariknya aku terhadap salah satu post ustaz tu. tajuk post tu ialah "ha !! zina lagi? mesti korang nak tau kan ape yg bestnya pasal post ni. jom, baca sama2.

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...
HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN BERTERUSAN DALAM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya diambil sekiranya seorang gadis yang belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. 

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslimah (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara-mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat... .

Ini merupakan satu perkara yang serius. Oleh itu, fahami dan dalami betul-betul serta berbincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. 

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ.
" Islam Tercinta "



dah habis baca?? mesti dah kan..sebenarnya artikel ni diilhamkan dari Ustaz Rosli AlHafiz. mungkin Ustaz Mohd Syauqi Arshad ingin berkongsi pengetahuan ni bersama muslimin yg lain. sebab benda ni dipandang remeh dan sinis oleh masyarakat sekarang seolah2 shortcut yang terbaik untuk mengatasi masalah ni ialah berkahwin (bernikah secara tepatnya). 


memang aku x nafikan, aku mengenali hamba2 Allah yang telah berkahwin disebabkan mengandung. maksud aku mengandung dlu baru berkahwin. dari sudut pandangan keluarga, mmg kahwin lah jalan yang terbaik. di samping juga untuk menutup malu keluarga kedua2 belah pihak terutama pihak perempuan. tp kadang2 dek kerana ceteknya pengetahuan kita terhadap perihal keISLAMan ni membuatkan kita x meneliti ketepatan tindakan kita itu.


sebaik sahaja habis baca post tersebut, tiba2 aku merasakan takut yang teramat. dek kerana kealphaan kita dan kejahilan kita, kita x tau pun sebenarnya kita telah menambahkan lagi dosa kita. apa yang harus aku lakukan untuk berkongsi cerita ini dengan "org" tersebut. aku tidak ingin di akhirat kelak, aku akan dipersoalkan benda ni kerana mendiamkan sahaja perkara ni.


walau bagaimanapun, my hubby dah buat sikit research pasal benda ni dkt intenet. dan dia ada terbaca, sekiranya "org" tersebut menginsafi dan melakukan taubat nasuha yang sebenar2nya, InsyaAllah, Allah pasti akan mengampunkan dosanya. Allah itu kan MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI.


So, jalan yg terbaik bagi aku, kita bersama2lah menambahkan pengetahuan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T agar kita tergolong dalam golongan yang beriman. dan bagi aku saling ingt mengingati dan berkongsi pengetahuan yang kita ada satu dengan yang lain akan mengangkat kita dari kejahilan dalam perkara sebegini.


minta ampun dan maaf sekiranya ada yg terganggu dan terkecil hati disebabkan perbincangan ni. bukan niat dihati untuk mencaci dan menghina, cuma sekadar untuk peringatan bersama dan sebaik2nya kita mohon dijauhkan benda yang x baik seperti ni berlaku dalam kehidupan kita. 


~sekadar untuk berkongsi dan memperingati sesama Islam~

1 comment:

  1. perkahwinan SAH. Saya post untuk memberitahu tuan2 dan puan2 sekelian,hukum atau fatwa apa2 pun mesti ada dalil yg disandarkan kepada Quran dan Hadith. Bacalah dgn mata hati dan check semula sama ada sandaran Quran atau hadith. Kalau tiada dalil,tak perlu ikut. Ini dalil yg menolak hujah di atas.

    Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

    Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

    Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

    Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"

    Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

    لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح

    Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

    Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers