March 25, 2011

Mulut Orang & Nasib Perempuan

Semalam g kenduri rumah mak cik aku. Kenduri Kesyukuran bersempena dia selamat dioperation dan keputusan SPM  anaknya.


Sejak dua menjak ni, kalo aku diajak ke kenduri mana2 lah mesti aku rasa *humphhhh~~ malas sgt nak pegi..


Kenapa aku malas nak pegi?? Sebab...........mesti....orang...akan..tanya...."dah ada isi ke blum? bila lagi? Maw enjoy dulu ke?"


Ya Allah, aku cukup malas la orng asik tnya benda ni jer.. Tipikal soalan orang Melayu. Bkn aku malas ditnya sbb aku x nak..bukan..Mmg aku nak sgt2..tapi blum lagi diberikan rezeki.


Allah knows the best. Mungkin aku rasa aku dah ready. tp DIA rasa aku belum ready. Not just physically but mentally also. Thats y this isn't the time yet.


Tapi...Orang2 x paham dan x ingin memahami keadaan tu.. asik tnya smpi mengecilkan dan menyakitkan hati.. X habis2 nak pertikaikan nasib orang.


Nasib perempuan mcm tu lah.


Bila dlu masa blajar, orang asik2 tnya "Dah ada bf ke?"


Pas tu bila dah ada bf.."Bila nak tunang/kawin??
Mcm cousin aku, sangat menyampah okeyh dgn soalan2 ni. Cousin aku tu tua setahun jer dr aku. Thats y nenek dia asik bising2 napa dia blum kawin atau dirisik orang, sedangkan aku yang muda dari dia dah kawin dlu. Nenek dia tu siap suruh dia mandi bunga. Mandi Bunga supaya naik seri. Ya Allah, buat apa nak naikkan seri, cousin aku tu dah cukup berseri2. Cousin aku tu cantik, cuma itu smua ketentuan Allah. Jodoh aku dtg dlu, mungkin jodoh dia kemudian. Jodoh ni bukan nyer berdasarkan umur. Sape yg tua kahwin dlu. No Such Things like that dear...


Yang aku heran, kalo lelaki lmbt kawin, x de pun orang nak heboh kan sgt2. Ye, aku tau, lelaki lambat kawin pun bkn ada effect kat dia..mksd aku, kalo mcm org pmpuan, kalo mengandung masa umur dah tua skit, kan ada complication masa dia mengandung...tapi x yah la HIPERBOLA sgt kat pmpuan. Kalo lah perempuan ni ada kuasa untuk merisik, x de nyer la Anak Dara Tua kot..Ingt kami2 yang perempuan ni suka sgt ke x kawin?? cuma dah nasib perempuan, tunggu untuk dirisik, ditunangi dan dikahwini. x gitu??


Pas tu bila dah kawin pulak.soalan2 bonus ni lak ditanya..."Dah ada isi ke Belum? Merancang ke?? Nak Enjoy dulu eh?" Please la..walaupun aku baru 3 bulan kawin dah naik muak ngan soalan ni. Kalo lah kita ada kuasa untuk tgk kat rahim kita n tampal benih kat rahim kita tu..of course i will do it. Tapi itu sangatlah mustahil...kita ini hanya hambaNYA yang x upaya..Smua rezeki adalah dari Allah. Kita hanya mampu menadah tangan dan berdoa sahaja.


Pastu bila dah anak sorang..."Bila nak tambah? Bila nak bg adik kat c "senah/bedah/harun/ismail' ni?....sgt x habiskan? Bila lagi nak stop tnya peribadi orang lain. suka hati dia la nak tmbah ke nak rancang ke? Soalan ni bukan ditanya kat LELAKI tau..mesti dkt perempuan...


Pastu bila dah anak banyak sgt.."Dia tu asik beranak jer. Kesian jugak aku tgk kat anak2 dia yg lain. Mcm x terjaga dah. Tulah x merancang. X pndai nak mkn pil Perancang la tu..Ala bukan mahal pun pil perancang tu..Skrang pun dah berlambak2 farmasi."........................Tgk, x habis2 kan? Td x de anak nak suruh ada anak. Sekarang dah ada anak sorang, nak suruh ditambah lagi. Bila dah ada bnyk, sibok dok cakap dia x pndai nak jaga anak.


Aduh...kesian kan nasib kaum hawa ni. X henti2 orang dok cakap...Buat ini salah..buat itu salah..


So disebabkan ini, aku akan cuba jauhkan diri atau x nak ckp2 pasal hal orang. Cuba hormati dan doakan yang terbaik atas apa pun keputusan dan nasib yang telah ditakdirkan untuk dia.


Ok tu je untuk kali ni. nasib baik ada blog, leh ada tmpt untuk aku meluah.


Terima kasih encik blogspot....


bye~~

March 24, 2011

Kisah aku dan berat badan...

Bermula daripada awal, aku dilahirkan dengan saiz yang kecik. Kalo aku x silap, mak bgtau berat aku masa lahir dalam 2.2 kg jer. Orang yang dia rasa dia manusia sempurna asik komplen, apa pasal anak ko kecik sangat, x bg susu ke x bg mkn ke? Mak aku pun apa lagi, smua petua2 org untuk besarkan badan atau naikkan selera mkn, smua dia palun kat aku.


Kalo satu x menjadi, cuba satu pulak,,kalo ini x menjadi, cuba tanya kat orang lain pulak. Itulah mak aku. X pernah putus asa. Until lah aku umur dalam 4 tahun, badan aku menjadi2 besarnya.. Dan dari sanalah bermula titik mula obesiti dalam hidup aku.


Tuhan jer tahu perasaan aku. Dulu orang asik persoalkan kenapa aku kecik sgt. Mcam x cukup zat. Pastu bila aku dah besar gemook la tu  pun orang masih mempersoalkan. Kadang2 aku rasa nak jer ckp kat dorang, "kalo aku gemuk, ko apa susah? Bkn aku nak minta mkn dari korang pun"..hish sakit hati tau..


Dulu keputusan UPSR aku agak cemerlang la.. then aku ditawarkan masuk ke Sekolah berasrama penuh. Pada awalnya aku mmg x nak masuk, tapi sebab bapa aku suruh jugak masuk, then aku pun masuk lah jugak dengan berat hati. Aku berat hati sebab mulut2 orang ni bercakap 'asrama ni menakutkan la, asrama ni boleh kena buli la dan macam2 la aku dengar"...tapi disebabkan aku ni suka dgr ckp mak bapak aku,, so aku pun turutkan jugak la kemahuan mereka tu.


Cabaran dan dugaan dkt asrama ni mmg tinggi. Masa tu fasa2 permulaan kita meningkat usia ke remaja. Mmg susah nak menyesuaikan diri dengan keadaan asrama dengan badan yang makin meningkat remaja, berdikari dalam segala hal, mencari rakan/kwn yang kamceng ngan kita mmg susah.


Dan cabaran terbesar bagi aku ialah dibuli secara mental dengan senior. Bkn senior perempuan tau..senior lelaki yang tua setahun dari aku. dorang asik buli n ejek aku.. ejek aku gemuk la..muka besar la..aku diam kan jer dalam hati. x pernah aku bgtau benda ni dengan mak bapak aku. Bkn apa, takut dorang risau. Aku x nak dorang dibebani masalah aku dan dan lagi aku jauh daripada diorang.


Kehidupan di asrama mmg agak meletihkan dan menduga fizikal aku. Kehidupan berjadual begitu memang memerlukan pengurusan masa yang baik. Mungkin masa form 1 n 2, aku x pndai lagi urus masa dengan baik. Oleh kerana itu, aku mmg slalu x berkesempatan untuk makan dkt dewan mkn skolah.


Slalu jugak gastrik aku dtg. Hampir tiap kali gastrik aku dtang, kawan baik aku, Daiyanni slalu menemani aku. Dia lah yang akan cepat2 ke kantin skolah untuk belikan aku horlicks atau buatkan aku susu. Trima kasih dai. Aku x penah lupa dgn jasa baik ko ni.


Dan disebabkan ketidak sempatan aku makan itulah berat badan aku susut sangat2. Seingat aku dlu, semasa darjah 6, berat aku pernah hinggap ke angka 80kg. Masya Allah..berat sgt kan..patutlah dorang asik ejek aku. Agaknya muka aku dah sebijik mcm bola. Dan berat aku yang susut tu...susut ke 54kg,, Meh buat calculation 80kg - 54kg = 26kg...26kg????.Kalo masuk biggest loser versi kanak2 mmg aku lah juara nya..hehe..


Pas daripada tu, hidup aku dah boleh jadi normal blk la..smua orang yg dah lama x nmpak aku smua tegur aku kurus..yang terkejut smpi terduduk pun ada tau..tu kawan aku eppy, terkejut sgt smpi x brani nak ckp ngan aku, terlopong jer dia.. Dia takut salah orang.


Tapi...Tapi...Tapi...masa tunggu keputusan SPM aku. Hampeh...berat aku naik blk ke 64kg..hehe..dok terperap kat rumah, itulah hasilnya..


Then after masuk matriks, then masuk UiTM..berat aku mesti statik dalam area 64-67kg...Until lah masa ambik Industrial Training dlu..berat aku naik ke 72kg...hurm...malas la nak crita kan..apa yang terjadi masa berat naik 72kg tu kan.??? Aku buat praktikal kat tmpt aku. bkn kat shah alam..so confirm2 la mmg tinggal dkt umah. kalo dah dkt umah, mmg sinonim la dengan makan..makan..makan.


oh..mesti tertanya2 kan berat bdan aku skrg berapa..hurm..malas la nak ckp..mestilah dah lebih dari 72kg tu..Dan dan lagi skrang ni dah ada duit sendiri..so kdg2 tu mkn x henggat la..


mcm mana la nak trun kan blk 26kg mcm dlu tu??....x kan la nak ambik paper julai untuk UPSR.tapi ada ke paper julai untuk UPSR..hehehe...then apply balik Sekolah Asrama Penuh tu...hehehe...mengarut jer aku kan.. kalau la boleh..mmg aku nak....


k lah tu jer nak share dengan korang smua...ceh, perasan...mcm ada jer org baca entry ni kan..kalo ada yg baca..sy ucap trima kasih sgt2..


bye2...

March 21, 2011

Befday aritu..

Sambutan hari jadi aritu, ktorang buat simple2 jek..

Makan2..oo ya..mkn pun mee n ayam goreng je..mls nak pkir..pastu mkn kek..hehe..

Family tradition kami, bapa aku la bgtau, if ada sorang yg x de kat umah, x leh nk mkn sdp2 sgt. Sbb mana la tau, org tu x mkn lagi kat sana. Orang tu sebenarnya adik pmpuan aku. Adik pmpuan aku skrg amik fast trek Diploma+ Degree dkt UiTM shah alam..so thats y slagi x cuti skola atau cuti sem, ktorang jarang adakan mkn2 ni. sehingga la smua org ada kat umah.

Aritu ada janji nak bgtau dpat hadiah apa dari husband kan? hehe..hepi jugak la dpt hadiah ni. Alhamdulillah..tgk ja la gmbr ni...

 Disebabkan kat rumah aku skrg, pkai mesin basuh manual jer, dan dia kesian tgk aku angkat2 air pastu tuang kat mesin basuh tu, so dia hadiahkan la aku mesin auto ni spya senang nak basuh kain, x yah pkir lagi dan x yah angkat2 air lagi.

 Yang ke2.. jam..sbnrnya, aku ni ada msalah kulit allergic,,x bleh nak pkai jam sebarangan atau any accessories jewelery selain emas n silver tulen. Bkn nak berlagak, tapi dah mmg nasib mcm tu. Kdg2 jeles jugak tgk org bleh pkai jam pastu bleh match2 plak ngan baju. Alhamdullilah, pas pkai je jam ni yang mahal skit ni  baru la kulit aku x meragam. Haih la badan benda mahal jugak yg ko nak..nasib baik hubby aku mampu, kalo aku, tentu x mampu nak beli..

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 sbb masih diberi kesihatan dan keupayaan sewaktu ini. Alangkah baiknya kalo ada hadiah hari jadi ISTIMEWA dari Allah sempena hari jadi aku. Amin...Aku masih menunggu. Andai ada rezeki, InsyaAllah.

ok, jom layan 2 gmbr ni..(sorry x ambik bnyk pic, saya ni kan pemalu orgnya...hehe)



sila abaikan dagu sy yng 'double chin" itu...(itu kerana diet yang digembar-gemburkan selama ini hanyala omongan kosong smata2..jgn risau, pasti sy akan mulakan dan tamatkan dengan baik satu hari nnt..hehe)

March 20, 2011

Sabah tu..Salah satu negeri d Malaysia la..x kan x tau???

Tiap2 minggu aku ni WAJIB tgk Raja Lawak...dan hampir tiap2 minggu jugak la..JOZAN ni..buat pembukaan dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yg berada di MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPURA DAN SABAH SARAWAK???????????????????????? (Tu dorang yg ckp tau..bkn saya suka hati tulis..cuba cek kat youtube n dgr btul2 apa drg ckp)

wth??? BUKAN KE SABAH & SARAWAK TU MALAYSIA????? ops..sori terlebih sudah..ok..mari kita ingt blk apa yg kita blaja dolu2 masa KAJIAN TEMPATAN..

seingat aku subjek ni diajar seawal darjah 4 lagi...mungkin segelintir Malaysian ni lupa..btul lah TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD ckp..Melayu mudah lupa..ke drg ni x tau yg Sabah n Sarawak dah jadi one of state in Malaysia..c'mon Malaysian......WE (including ME) SHOULD READ MORE...


Bkn kali ni sahaja aku penah dgr pasal benda2 ni..mcm dkt UITM dlu..siap ada org tanya aku."SABAH GUNA MATAWANG DOLAR KE??????????????? HAH...biar betul budak ni..x kan la bleh dpt offer masuk UITM..pastu amik degree plak tu..tp still x tau yg SABAH ni guna matawang apa??? Kdg2 aku rasa mcm nk tergelak pun ada..kdg2 rasa kecik hati pun ada..seolah2 drg ni ME" ANAK TIRI" KAN Sabah n Sarawak...bnyk lagi sebenarnya dorang2 ni ckp,,cuma aku malas la nak ckp kat sini..

Apa akan jadi kalau drg ni tb2 di tanya oleh TOURIST..n drg bg information yg Salah,,tidak kah itu memalukan.......

aku buat entry ini bukan bertujuan untuk memalukan atau membuat kontroversi semata2..aku buat entry ni agar KITA RAKYAT MALAYSIA..lebih berpengetahuan pasal MALAYSIA ni..cukuplah tahu yang Malaysia ini mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan..kalo nak ingt lebih lagi..meh aku tunjuk peta Malaysia..


Walaupun Sabah dan Sarawak ni dipisahkan Laut China Selatan dengan Semenanjung MALAYSIA bkn bermaksud kita ini 2 negara yg berlainan..ye kengkawan..

TiDAK langsung terniat dihati saya untuk membuat isu perkauman di sini. Saya hanya ingin mengingati di antara satu dengan yg lain. Kerana saya cintakan Malaysia dan hargai semangat kesatuan yg kita ada selama ini. Sekiranya ada yg terkecik hati kerana entry ini, sy mohon maaf sgt2. Saya cuma ingin kami Sabah dan Sarawak diingati sebagai salah satu negeri di Malaysia. Itu hanya yg sy ingin. Sekian trima kasih.


Salam 1Malaysia.


p/s: jom cuti2 kat Sabah & Sarawak..x kenal maka x cinta..

March 18, 2011

Yang ke-5

Apa pasal smlm tu mcm kelam kabut jer eh??


Tapi sebelum2 ni ok ja pun...siap boleh gelek2 ngan juri mcm pak kassim musim lepas tu..tp semalam apa kes?? x habis pun lagi lawak drg tu..dah JoZan datang masuk..


Apehal ni?? tau la nnt ada MAHA raja Lawak..tp x kan la nak habiskan Raja Lawak 5 ni cepat2..apa pulak budak2 raja lawak ni rasa..mcm x dihargai jer.


aku rasa lagi baik masa show tu dipanjangkan. x payah ada karpet merah la karpet biru laut la...bukannya aku kisah pon..so mohon pihak astro buangkan jer la red karpet yg stat 8.30 tu..trus jer mula dari 8.30 tu..penonton pun rasa puas jugak nk tgk persembahan raja lawak final...bukan la nak kelam kabut. apa barang 3 minit???


tapi apa-apa pon..TAHNIAH kepada  PEMENANG RAJA LAWAK MUSIM KE-5 iaitu..........MAN!!!!!!!!!!!!!~~~

image googled

Mmg lawak dia ni sgt kreatif..smpi kdg2 aku terpikir cmana dia boleh pkir lawak2 tu..sudah mmg rezeki Man agaknya..Dia ni ekceli dah try msuk raja lawak since musim pertama lagi..dan terpilih untuk stage ala-ala prelude tu..tapi dah mmg BELUM rezeki dia masa tu..tulah mujarabnya SABAR..akhirnya dia dinobatkan sbg raja lawak musim ke-5..


sebenarnya aku suka kat BALAS...tapi smlm show drg x brapa UMPHHH.. la. mcm sebelum2 ni..tapi x pa la...bkn senang pun nak msuk FINAL 3..so, tahniah jugak la kepada R2 & BALAS...


So skrg ni aku x sbr mahu tunggu itu MAHA RAJA LAWAK...stat 1 April ni........so sama2 kita nantikan...


tata titi tutu~~~

March 11, 2011

lagu raja lawak tu..

hai2..kali ni bukan nak crita pasal lagu official raja lawak tu..ni lagu yg drg mainkan tym last speech for peserta yang disingkirkan tu..ala yang nyanyi tu DINA (gojes tau suara dia ni..i loike) feat ZIZAN (i love zizan,,)
jrg jugak la composer dkt Malaysia ni buat lagu pasal kawan/sahabat/member dan yang sewaktu dengannya kan?? asik2 buat pasal cinta, pasal cinta tiga segi, pasal gf/bf curang..humph..bosan~~
bagi aku lirik lagu ni sgt bermakna..okeyh la..ekceli lagu ni pun pasal cinta jugak..tp MORE kepada CINTA SEORANG TEMAN..sob..sob..sdih pulak..tringt masa zaman2 belajar dlu..kawan la no.1.. dlu mane la pndai cintan cintun ni..ade la skit2..secret admire la..cinta monyet dan kura2..tp tu dlu..skrg nehiiiii...so meh hayati lirik dia kat bwh ni..n videoo dia yg i insert tu..anyway thanks to en.youtube..
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal


March 10, 2011

Ada apa dengan 11 Mac??

Ada apa ya dgn tanggal 11 Mac??



Alhamdulillah..masih lagi dipanjangkan umur ke 24 tahun..Alhamdulillah. Its my birthday!!!~~

Sempena dgn hari jadi aku pada hari ni, aku ingin menadah tangan kepada Allah S.W.T ingin memohon supaya dipanjangkan umurku, dilimpahkan rezeki kami suami isteri, dimakbulkan doa2 kami, diberikan hidayah dan Nur dariMU agar hidup kami dunia dan akhirat diberkati olehMU ya Allah.

Dikesempatan ini juga Ya Allah aku berdoa agar Engkau mengurniakan zuriat kepada kami suami isteri Ya Allah. Amin..

Berikanlah kesihatan yang terbaik dan limpahkan rezeki kepada kedua ibu bapa ku dan juga ibu mertua ku, agar mereka sntiasa berupaya untuk terus beribadah kepadaMU ya Allah.

Berikanlah kehidupan yang terbaik kepada adik2ku dan adik2 iparku agar mereka sentiasa mengingati MU Ya Allah.

Sekiranya ada onak dan duri sepanjang tahun ini, aku mohon agar Engkau sentiasa berikan kami kesabaran yang tinggi semasa menghadapinya Ya Allah. Kuatkan lah hati kami ini agar mampu untuk menyelesaikan sebarang permasalahan tersebut.

Amin ya Rabbal Alamin...

P/s..dapat hadiah apa yer dari en. suami?? tunggu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


March 8, 2011

First Time Join Contest..

Aku dengan ini telah di "invite" oleh kak Alin Marlini untuk join 1st Giveaway Contest Alin Marlini beliau.

so, tanpa dengan segan silunyer, saya merasmikan diri saya untuk join contest ni..



Mula2,

1. Letakkan banner contest tu kat sidebar blog ni..- Done
2. Buat entry tentang contest ni - Done..(tgh buat la ni)
3.Tinggal URL and emel kat dlm comment box kak Alin tu - undone (jap lagi akan letak url and emel)
4. Tag seberapa ramai kawan anda untuk join contest ni.. - kejap lagi done..

ok dengan ini saya ingin menge"Tagged" kan penama2 dibwh ini;

-->> kak farrakak ainintanreenzierah (a.k.a adik aku)kak zelnursolehah dan lain2 dijemput hadir untuk contest ini..hehe

contest ni bermula dari 5 Mac - 5 April 2011.

sekian terima kaseh~~

untuk maklumat lanjut, sila click blog Alin Marlini.

March 4, 2011

aksi si budak nakal

salam...

smlm after went back from training data entry for MOHE MyQUEST tu, terkejut sgt bila kol mak n dia ckp yg drg dkt hospital. Ingtkan drg g klinik/hospital untuk usual monthly check up drg tu.. rupanya, budak nakal tu aka adik bongsu aku tu patah tangan.



adei,,tu la sbb nakal sgt. siap mintak hntr awal g skolah smata2 mahu bermain2, berkejar2an bersama geng bas skolah dia tu..terpaksa cikgu sekolah tu hntr dia blk ke rumah blk wlpun klas belum bermula..

kesian jugak dkt adik aku ni.. tp nk buat mcm mana kalo dah nasib badan. lama jugak tangan dia bersimen ni. lebih kurang 6 minggu...so, jadi good boy la pas ni wahai adikku...

hehe..meh tgk aksi budak nakal ni

menyesal x berguna lagi..hehehehe..

tgk tangan ku..bersimen kan..

kesakitan..

ops..apa ba ni..
oklah,..itu sahaja untuk kali ni..

tata titi tutu~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers