April 14, 2011

Kisah semalam

Salam...


Nak story psl g ultrasound @ scan smlm tu...


image dr google jek,,lupa nak ambik gmbr..sbb takut..


Tipu kalo aku cakap aku lgsg x takut smlm tu. Mmg takut. Takut dengan kemungkinan yang menakutkan. Aku cuba untuk mem"Positif" kan diri sebanyak yang mungkin..


Appointment aku pkul 2.30. Pagi tu aku mmg masih keja. Mintak cuti half day. Malas la asik2 cuti kan. Bajet nak cuti lama2 masa raya nanti..hehe..


So my asben mmg cuti satu hari semata-mata untuk temankan aku g buat ultrasound tu. Lagi pun Klinik Kissey tu aku mmg x tau d mana so kena la bawak dia spya kalo i sesat, x la sesat sorang2..hehe


So ktorang awal smpi kat Klinik tu, pkul 2 suda smpi wlpun appointment pkul 2.30 Pesan nurse dkt Klinik Panel kami tu, dia suruh aku minum sebotol air mineral yg 500ml tu. So sambil tunggu tu, aku pun minum la air tu smpi habis. Pasal dah habiskan sebotol air mineral tu, aku mmg btul2 dah x tahan nak terkencing. Nasib baik nurse tu pesan jangan kencing. Dia ckp spya senang nak nmpk masa doctor buat ultrasound tu.


Nasib baik turn aku x lama, tapi mmg btul2 nak terkencing la..berdebar jugak aku masuk bilik tu. Sib baik nurse tu tnya samada nak bwk husband ke x..mulanya aku mls nak bwk dia. tapi memikirkan doctor tu lelaki, baik bwk msuk jer my asben.


Azab jugak la aku menunggu dkt dlm bilik tu. Bukan azab apa, azab menahan kencing. Dah la bilik tu mcm bilik ais. Sejuk Bangeet...


Bila doc tu dah mulakan proses menye"can" ni..aku dah mula seram sejuk..Takut la kalo tb2 ternmpk ketulan ke tersekat ke..Nauzubillah. Mintak dijauhkan sgt2.


Mula2 tu doctor tu diam jek. Smpi aku pulak yg bertanya dlu.." So doc, mcm mana kandungan sy?" Ayat bukan main kan?? hihik...perasan lebih..itu ayat AUTA..ni ayat yang betul...


"So doctor, mcm mana sy? Ada apa2 masalah ke?..Mula2 dia diam..aku rasa mcm nak pengsan dia "Pause" mcm tu...


Then dia ckp " U ok.. i tgk x de mslah..so ni ovari u..kelihatan normal, left n right, x ada apa2 dlm rahim..rahim u pun normal"...Alhamdulillah...Terima kasih sgt Ya Allah... Aku takut jer something bad inside..


 Doctor tu smbung..'But i can see that maybe u r stress thats y ur period is irregular".. Untuk dapat baby, u kena relax,,jgn stress2..kalo stress tambah susah nak dpt. n kena excercise n kena maintain body weight..bla..bla.bla"..


Banyak jugak doctor tu nasihat. Antaranya;
1) Jangan stress. Be positive. Jangan terlampau pikir nak anak sahaja. itu yang membuatkan lagi stress.
2) Kena excercise slalu untuk hilangkan stress.
3) Bila stress, jangan jadikan 'Makan" sebagai aktiviti untuk hilangkan stress. Becuz, bila dah mkn bnyk2,,nnt badan makin naik dan itu akan mengurangkan chances untuk conceive.
4) Kena mkn benda2 berkhasiat. Elakkan mknn fast food.


Itu antara nasihat doctor tu. Doctor tu crita jugak dkt ktorang yg adik dia dah 10 tahun mencuba dan akhirnya baru dapat seorang anak. Kedua-dua dorang masing2 sudah cek sekiranya ada masalah tapi 2-2 pun ok. Cuma mungkin belum masanya. So orang2 yang kdg2 x phm dengan perihal rezeki dan cahaya mata ni HARUS dielakkan untuk mengelakkan berlakunya ke"stress"an..


Doctor tu siap pesan lagi, sekiranya bakal terserempak dengan orang2 yg dok tnya x henti2 ini, silalah memilih jalan lain agar dapat mengelakkan daripada bertembung dengan orang sebegini. hehehe..lucu jugak doctor ni. n dia jugak pesan spya jangan biarkan orang yang MULA BERTANYA tentang kita. Biar KITA YANG MULA BERTANYA perihal diri diaorang spya tidak timbul pertanyaan seperti " dah ada isi ke belum?..merancang ke?..Bila lagi??..dan sebagainya (WTH Question tu)..huhuhu.


Balik je rumah, mak aku pulak dok nasihat x henti2. Dah mula dah...dia ckp jangan dengar crita2 orang2 yang baru kawin dan suda mengandung tu...Rezeki orang lain2. sama macam jodoh, ada yg kawin awal ada yang lambat.. Dan yang paling dia highlight kan...Buang segala yang negatif dalam fikiran untuk menghilangkan stress tu. Lapangkan dan sucikan hati tu.. Jangan lagi ada perasaan, btul ke tidak tindakan aku untuk kawin awal tu. (aku mmg antara orang2 yang awal kahwin berbanding kawan2 aku yg lain)..Sila redha dengan jodoh dan ketentuan ini.


ok lah mak. Lepas ni saya akan sedaya upaya untuk mem"positif" kan dan me"nyah"kan ke"stress"an dalam diri sy. Smoga dengan itu, chance untuk menyeimbangkan kembali hormon2 dalam badan ini dan chances untuk mengandung amat tinggi. Sesungguhnya saya ini insan yang serba kekurangan dan lemah. Mmg saya tidak cukup kuat untuk melalui ujian sebegini. Cuma dengan harapan dan doa mak,bapak, family dan kawan2 yang boleh membuatkan saya terus kuat untuk melaluinya.


oo ya,,sbelum aku kluar dr bilik scan tu,,doc tu ada cakap " Saya doakan kamu akan dapat baby dalam tahun ini" Aaminnn..terima kasih doctor atas doanya.,,Smoga pintu langit terbuka semasa doc tu bercakap mcm tu.


Kawan2 yang baca, tlg doakan saya jugak yer...Aamiinn..


Bye~~

17 comments:

  1. Alhamdulillah xde apa2 :).

    Semoga kita cpt2 dpt baby :) wink3...

    ReplyDelete
  2. btul..jgn stress.. buat biasa2 je. jgn pikir sgt yer.. usaha hingga jaya yer :D

    ReplyDelete
  3. betul dik..
    jgn pikir eh..
    just enjoy it..
    hehhehe..
    ahkak pn enjoyyyy sesangat.. :P

    ReplyDelete
  4. sol - Aamiinn..sy doakan untuk sol jugak..thanks sis..

    ReplyDelete
  5. kak puanstoberi - tu la kak...skrg ni x nak pkir dah sgt. x nak stress. kdg2 sy smpi x nak bukak fb, sbb kalo bukak fb confirm ada org post pasal preknen la..so baik x yah bukak..

    ReplyDelete
  6. kak jiey - dah mls sgt nak pikir kak. yg penting skrg, nak dgr nasihat doctor tu, nak turunkan berat bdn ni..ni tgh dlm proses la ni..skrg dah turun 3kg.hehe..Alhamdulillah..anyway, akak tlg doakan sy yer..dgr2 doa org yang tgh preknen mendoakan org lain untuk preknan itu sgt mujarab tau. tlong doakan kami2 yg masih berusaha ni. tq

    ReplyDelete
  7. haa kan akak dah cakap.. xde apa2.. x semua org bunting pelamin dok non.. jadi kamu jgn stress2.. sila belajar tuk ada perasaan redha dik... bila kamu redha.. stress tu akan hilang tiba2.. trust me.. akak dah lalui dah..
    akak pon lebih setahun tggu tuk dapat cahaya mata..

    ReplyDelete
  8. kak ain - hehe..ye kak ain.. saya akan cuba sedaya yg mampu untuk tidak stress..ada benda yg buat sy stress sebenarnya. benda ni terjadi masa hari pernikahan sy kak.maybe thats y buat sy kdg2 x brapa redha psl perkahwinan sy. slalu orang masa selepas kawin adalah masa plg bahagia tp crita sy ada lain skit drpd org lain. hanya tuhan sahaja yg tau perasaan sy masa tu.tapi buat stkat ni mmg saya blum ready untuk cerita...nnt bila dah ready, saya akan post untuk new entry..anyway, thanks kak ain. thanks for the support

    ReplyDelete
  9. mudah-mudahan ye dear!..kena keje keras tau tiap mlm! hehehe... yg penting jg kesihatan..1st thing, kena sihat kan diri & ur minda..insylh..ada rezeki tu.. :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak farra.. all of ur words here really comfort me..terima kasih sgt2..

    ReplyDelete
  11. haha! part soalan 'mcmana kandungan sy doc' tu kwazi ketawa suda. lucuuu :D
    relaxla tinie, baru 4 bulan kan. kwazi lagi awal, belum ada lagi. hihihi. sama2 kita berusaha! insyaAllah :))

    ReplyDelete
  12. kwazi,,wlpun baru 4 bulan kawin, orang2 yang tnya tu anggap kita ni mcm la suda kawin 4 tahun..tapi mau buat cmana, bkn kita boleh halang org bertanya kan. sabar jak la..x apa, stiap kali doa, sy mesti doakan kwazi n saya cepat mengandung k..yg penting berusaha!! InsyaAllah...Aamiinnn

    ReplyDelete
  13. Wi....so...newlywedcouple...relax...
    Enjoy n cherish the moment...
    Gi bercuti sana...
    P/s: Scan abdominal eh? Hikhik, mmg penat minum ayor n tahan kencing.

    ReplyDelete
  14. Aamiin, Tini pregnant & ada baby nanti. Masa brusaha tu, jgn trfikr2 pregnant ke tak? nnt kita bleh stress sndiri. selalunya fikiran kita yg buat kita jd x positif..ambil masa utk diri sndiri.Insyaallah.

    ReplyDelete
  15. teringat pengalaman dulu...kita sama2 berdoa ek...semoga suatu masa nnati kita akan perolehi zuriat yang kita tunggu2 tu...amin..

    ReplyDelete
  16. salam,semoga awak tabah dan sabar byk2..
    same2 kita doa ek..
    saya pon mcm awk gak still menunggu baby..
    maybe next time leh share tips or ape2..
    visit my blog ek..

    ReplyDelete
  17. Insya Allah.. tak lama ade tu rezeki baby utk awak.. saya pon tengah menunggu rezeki terindah itu.. paling penting think positif ye :)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers