October 28, 2011

Orang dan Badan Sibuk

Kebelakangan ni aku selalu moody. Mungkin bukan jugak moody tapi perasaan tu lebih sensitif.

Jarang aku bercerita perihal keja dan opis di sini apalagi perangai orang di opis.

Sebenarnya orang2 di opis aku mmg kebanyakkan ok. Sebab kebanyakkan lecturer adalah lelaki. Paham-paham la lelaki, jarang mau ambil tahu sangat pasal orang lain.

Tetapi, di opis Manager aku seorang yang berjantina Perempuan. Well, kalo boss perempuan ni, korang paham-paham sajalah, mmg moody and badan sibuk sgt (bz body).

Manager di opis aku ni merangkap jgk our orang kuat HR. So, kalo psl cuti2 ni, dia lah yang incharge.

So sepanjang aku mengandung ni, banyak jugak lah aku berMC. So ini perempuan suka sindir2 psl aku slalu MC. Walaupun sindiran dia tu tidak lah straight to the point but masih lagi meninggalkan kesan dihati ini. hehe

Yang itu, aku masih boleh tahan tapppppppii yang aku tidak tahan, dia slalu banding2 aku dgn seorang lagi member opis aku yang sama-sama mengandung dengan aku. Member opis aku tu sama bangsa dengan dia (chinese). So ofkoz la dia akan menyebelahi member opis aku tu. Biarlah aku namakan member opis aku ni sebagai "A" sahaja.

A sudah berumur 42 tahun. A juga sedang mengandung anak pertama walaupun usianya sudah agak "lebih" daripada aku. A bernasib baik kerana diberi peluang untuk tidak menghadapi apa-apa masalah pun ketika dia mengandung. Mungkin Tuhan telah uji dia sebelum ini dengan dugaan sukar mendapatkan anak walaupun telah mendirikan rumah tangga sebanyak 2 kali dan telah berbelas2 tahun berkahwin. Sebelum kami berdua disahkan mengandung, selalu jugak dia berkongsi cerita tentang rawatan-rawatan yang dia telah lalui. Kesian jugak aku mendengar cerita-cerita dari dia.

Jika dibandingkan dengan aku yang ketika ini juga sedang mengandung seperti dia, aku lebih banyak diuji oleh Allah. Diuji dengan pendarahan kecil haritu, diuji sakit2 ringan yg seakan2 morning sickness tp tidak teruk. dan diuji dengan tekanan darah tinggi sekarang ini. Dan sekiranya dibanding seakan aku-3 dan A-0. Aku yang menang dengan ujian2 ini. Alhamdulillah untuk dia, dia x alami pun msalah2 yg aku alami skrang ni.

Walaupun begitu, bukan niat aku untuk meperkatakan atau menyoalkan takdir Allah ni. Malah aku bersyukur dengan segala ujian Allah ini. Bukan ke sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Smoga aku lebih tabah menghadapi dugaan mendatang.

Disebabkan itu, Manager aku tu (mari kita panggil dia mrs. W je la eh) selalu banding-bandingkan kami. Yolah kan, aku ni selalu MC, si A pulak tidak. Padahal dia jugak mengandung sama macam aku.

Pastu Mrs. W ni selalu banding-banding, perut siapa yang lebih besar. Yang ini yang buat aku tak tahan. Please la, apa guna banding-banding ni. So kalau la perut A lebih besar, kenapa? Dia nak bagi hadiah untuk siapa yang lebih besar? Atau dia nak tanggung belanja untuk beli kelengkapan baby ke? Yang tu ok lagi,,aku boleh tahan...

Yang ni aku sudah tidak boleh tahan. Dah lebih 2 kali kot dia (Mrs. W) persoalkan kenapa perut aku lebih kecil dari A tu, padahal usia kandungan lebih kurang sama kot. Heloo perempuan tua, si A tu due bulan 2 tau aku ni due bulan 3. mestilah perut dia besar sikit dari aku.

Kalau pun sama usia kandungan, what the heck ko nak sibok2, perut aku kecik dari dia ko ke yang susah kalo perut aku kecik. Disebabkan kesebokan dan keceluparan mulut perempuan tua ni, aku terus tanya kat doc, adakah baby aku berkembang seperti mana usia kandungan. Sbb aku risau jugak kalo perkembangan baby tidak seperti usia kandungan. Alhamdulillah doctor kata baby aku sihat dan dia membesar seperti usia kandungan.

Pastu semalam dia tanya lagi...Memang aku nak *pang* jugak perempuan tua ni. Dia cakap mcm ni "Why your tummy not soo big ya? I wonder oo y?"....Dah melebihi tahap kesabaran aku. Kalo dia nak sibok2 atau bz body psl benda lain aku tidak kisah pun, tapi yang dia tanya ni benda yang sensitif. Seolah2 dia tanya macam tu, macam la baby aku ada masalah sbb perut aku kecik. OO..mcm tu ke nak tgk baby ada mslh ke x. Tgk dari besar perut ibu dia jer ker...Kalo macam tu, baik jangan dicipta mesin SCANNER tu..tgk jer dari kebesaran perut ibu. Kalo besar maka sihatlah baby tu, Kalo kecik maka tidak sihat lah baby tu. Macam tu ke perempuan tua?? Mungkin ko ni tak pernah kot blaja sains. Tapi aku heran jugak, Mrs. W ni ada jugak anak 2. Tapi kenapa dia tak paham. Lain orang lain la cerita dia. Nak jer aku balas 'So you want my tummy to be big as in 9 months?? Or u want it big as what?"..Heloo perempuan tua, dulu ko mengandung besar perut ko mcm kembar 4 ke?. Mana gambar aku nak tgk perut ko tu besar mcm mana.



Tu pasal kebesaran perut. Yang INI pasal tekanan darah aku tinggi tu. Kalo korang la dengar cara dia bercakap ni. Berdesing jugak telinga korang dengar. Dia mempersoalkan kenapa aku ada tekanan darah tinggi sedangkan aku masih muda dan kenapa A walaupun dia dah 40 tahun lebih tapi dia tidak ada tekanan darah tinggi. Hey orang tua, kalo la aku tahu KENAPA? Mesti lah aku tak nak pun ada darah tinggi ni. Manalah aku tahu. Kalo ko nak tahu sangat ko tnya la Tuhan kenapa dia bagi aku darah tinggi ni. Aku pun tak nak aku ada darah tinggi ni, ke ko jeles aku ada darah tinggi. Kalo ko nak aku boleh kasi kau. Aku pang 12 das baru naik darah ko.

Sorry la kengkawan, sabar aku dah tahap maksimum dah, thats y aku tulis dkt blog ni. Aku mmg dah cukup sabar dengan perangai perempuan tua yang bz body melampau ni. Aku tidak suka dibanding-banding. Kenapa perlu banding-banding, bukan ada pertandingan pun. Aku pun tak suka ada sakit2 ni. Ko ingt aku suka sgt ke sakit2 ni pastu MC? Aku pun tidak suka hokeeyy.

p/s: Puas hati aku lepas geram dkt sini. Harap dia tu sdar sikit la ngan perangai dia yang dah senja tu..Insaf2lah. Tak payah nak jaga tepi kain org sangat, nnt takut tepi kain ko pulak yang ada tahi...

Wassalam...

12 comments:

  1. hehe tinie,
    saya faham,
    kkdg tu rasa lebih baik keje ngan org llki, sebab orng perempuan byk mulut! haha...

    Sabar la Tini,
    Kkdang, org tak bole tgk kite senang..

    Oh ye,
    saya pun penah rasa dibanding2kan,
    lagila teruk tini,
    sampai makan hati...

    Apapun
    bertahan OK=)))

    ReplyDelete
  2. salam tinie, cool down... bertenang.. hehehe.. dalam dunia ni, mmg kita akan jumpa org yg annoying begitu. ada jak masalah kita mau dicari. kalau kwazi, lari jauh2. tapi disebabkan tinie mmg tdk dpt lari dari dia, terpaksa tahan hati & pujuk hati sendiri to think positive k :)

    selagi tinie tau yg tinie tiada buat salah apa2, jgn beratkan fikiran tentang kata2 dia k. kwazi rasa tinie bukan org cpt terasa, tp mgkn sbb preggy tu yg jd sedikit sensitif kan.

    biarlah dia mau fikir apa pun, fikir jak yg nilaian manusia ni tdk akan bg kesan pun sama kita. tapi reaksi kita yg akan bg kesan sama diri sendiri. fikir yang happy2 jak k. nanti kesian baby :))

    dlm la Tahzan rasanya ada jgk topik2 yg begini. mesti jgn peduli apa dia ckp & jgn fikir2kan sgt k. sbb mmg tinie tidak buat salah apa pun :))

    ReplyDelete
  3. adeh...mcm2 kan...salotip je la mulut si bz bodi tu

    ReplyDelete
  4. Dear Anie, sy pun x suka dibanding2..maybe dia x paham yang stiap orang takdirnya berlainan, dia tu non muslim, dia x tahu apa tu qada n qadar..islam is the best kan?? xpa la Anie, sy akan pujuk hati supaya x dgr lagi niaian orang terhdap sy..pekakkan telinga je la...tima kasih Anie n kwn2 yang lain, trubat hati sy dgr komen2 korang smua..

    ReplyDelete
  5. kwazie, btul jgk kaka ckp, lepas ni sy x mau ambil peduli nilaian org, lantak diorang la apa dorang mau ckp, sy cuma risau baby dgr n dia kecil hati, tp slalu jgk ckp2 ngan dia supaya jgn dgr apa yg org tegur..mcm check up kali ni pun berat sy x naik, nurse pun heran napa x naik, dorang tanya jgk selera makan sy kurang ka, maybe baby merajuk dgr Mrs. W tu ckp2 perut sy x membesar,,sy slalu pujuk baby mkn, sy tkut dia kecik hati..harap2 lepas ni dia membesar la dgn sihat..risau sy..thanks kak..sy perlu baca la tahzan lagi ni spya sy x sdih2...skrg sy cpt btul trasa n fikir bnyk benda..

    thank u kak...cyg kaka..hehehe

    ReplyDelete
  6. eka, tulah...btul,cam nak soletep je berkali2 kat mulut dia..hehehe..smoga Allah memberi balasaan stimpal kat dia atas apa yg dia dah ckp kat saya..thanks eka for comforting...

    ReplyDelete
  7. eh, saya pernah tanya doc soalan yang sama "kenapa perut saya kecil. semua orang cakap perut saya kecil dari orang lain". doc saya cakap kalau ada orang tanya kau macam tuh, kau jawab dia "jadi perut saya patut besar macamana?". settle. hehe.

    ReplyDelete
  8. fiona...thanks for the idea...best sgt jwpan ni..kalo ada button like, nak je sy like 100 kali..sama jgk kes kita yer..sy risau jgk asik org tegur..tp x pe la..asalkan baby sihat kan? salam kenal fiona...

    ReplyDelete
  9. tinie, sama sangat macam vv. malas betul nak melayan, vv takmenjawab balik sebab nak jaga hubungan je, kalau tak memang macam2 jawapan dah tersedia dalam kepala ni.

    ReplyDelete
  10. eh eh..mummy jgn marah2 sangat..nanti darah naik.hehehe.
    jaga kesihatan sebaik baiknya aokey..

    ReplyDelete
  11. adoiyaiii...
    macam-macam hal..
    buat tak tahu je..

    ReplyDelete
  12. argh benci gila org bz body begituuu, klu sy mmg dh lama terlepas, fyi, my daughter is suspected with SGA (small gestational age) ms i mengandung thts y perut sy tak besar tapi alhamdulillah, wpun dia keluar kecil 2.8 kg, skrg dia membesar bagai johan! Ingat masa mengandung and pantang kurang kan dengar ckp2 org.

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers