daripada pemerhatian aku la..negara2 mcm US,,kita jrg dgr kes-kes smcam ni terjadi..mungkin sbb drg lebih terdedah kepada protective sex dan juga mayb sbb majoriti penduduk bukan beragama islam.napa aku ckp mcm ni sbb kita sebagai org islam adalah haram untuk mmbuat seks sebelum kahwin..so bila benda2 ni dah terjadi sbelum bernikah,,org2 yg tertentu ini yang dah melakukan kesilapan ni rasa takut dan hilang arah dan tidak berfikir pnjg untuk membuat langkah seterusnya.nak nak lagi bila sebelah pihak x bertanggung jwb main lepas tngan jer mcm tu..cuba korang bygkan bila benda2 ni jadi kat diri korang sndiri,,mesti korang pun buntu n x tau nak wat ape kan..nak nak lagi mak ayah korang trus buang korang stelah tahu yang korang dah mengandung anak luar nikah..sedih bila kita fikirkan kita d tempat org tu..Ya..aku percaya yang dia sedar yang dia telah melakukan kesilapan..tp siapala kita untuk menghukum..
kalo aku la di takdirkan untuk menjadi ibubapa kepada si mangsa,,mmg ckup terkilan di sbbkan perbuatan anak sendiri,,tp itu darah daging kita sndiri..kalo tidak kepada kita,,kepada siapa lagi yang dia harus mengadu domba..kalo di fikirkan balik,,sekiranya ibubapa menerima anak mereka yang telah mengandungkan anak luar nikah ini,,perkara buang bayi ini x akan berlaku..mmg agak pedih untuk menerima tohmahan org lain..tp apakan daya kita untuk menutup mulut org yang bukan hak kita..lama-lama kalo dia dah penat,,berenti jugak la dia mengata,,daripada anak kita melakukan kesalahan dan dosa yang lebih besar,,kita la yang seharusnya menghalang dan membimbing mereka kembali ke pangkal jalan
kepada mereka yang telah membuat dosa sebegini,,harusla sedar dan beristighfar,,dan jgn menambah dosa yang ada,,sbnrnya kesemua kita harus memainkan peranan trsendiri untuk mengatasi masalah mcm ni...jngan hanya menuding jari kepada satu pihak shaja..kita yang x terbabit sharusnya memberikan sokongan moral dan juga memotivasikan diri dan mereka yang lain agar kes2 ni x akan berulang kembali.....
aku sendiri buat post ni untuk mengingatkan diri aku ttg hal ni dan menyedarkan satu sama lain ttg hal sebegini..bersama2 la kita berdoa agar dijauhkan perkara sebegini dlm kehidupan kita..
slalu aku berdoa kat Allah agar memberikan hukuman lain yang setimpal dengan dosa yang mereka telah lakukan dan jgnlah menghukum mereka yang telah melakukan seks sebelum bernikah ni dengan mengandungkan mereka..sbb ape,, ada psgn yang telah lama berkahwin tp belum lagi menerima zuriat sepanjang perkahwinan mereka..ckup sedih bila dgr bayi di buang begitu shaja sdgkan ada pihak yang bersungguh2 dan bermati-matian untuk mendapatkan zuriat tp belum berkesempatan untuk mendapatkan nya..menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk melakukan terapi kesburan dan persenyawaan in-vitro sedangkan org lain begitu senang sekali membuang bayi itu ibarat sampah..
aku cuma dapat berdoa dan berharap agar kita sma2 berubah dan menyesali apa yang telah terjadi..dan jangan lupa untuk membantu golongan yang telah terpedaya di luar sana..dan jangan mengeji org2 yang telah melakukan nya kerana mungkin satu hari nnt,,keluarga kita mungkin jadi "the next victim"..ingt2lah..foto2 dkt bwh ni aku selitkan untuk jadi renungan dan peringtan pada kita..
wassalam...
No comments:
Post a Comment