March 24, 2011

Kisah aku dan berat badan...

Bermula daripada awal, aku dilahirkan dengan saiz yang kecik. Kalo aku x silap, mak bgtau berat aku masa lahir dalam 2.2 kg jer. Orang yang dia rasa dia manusia sempurna asik komplen, apa pasal anak ko kecik sangat, x bg susu ke x bg mkn ke? Mak aku pun apa lagi, smua petua2 org untuk besarkan badan atau naikkan selera mkn, smua dia palun kat aku.


Kalo satu x menjadi, cuba satu pulak,,kalo ini x menjadi, cuba tanya kat orang lain pulak. Itulah mak aku. X pernah putus asa. Until lah aku umur dalam 4 tahun, badan aku menjadi2 besarnya.. Dan dari sanalah bermula titik mula obesiti dalam hidup aku.


Tuhan jer tahu perasaan aku. Dulu orang asik persoalkan kenapa aku kecik sgt. Mcam x cukup zat. Pastu bila aku dah besar gemook la tu  pun orang masih mempersoalkan. Kadang2 aku rasa nak jer ckp kat dorang, "kalo aku gemuk, ko apa susah? Bkn aku nak minta mkn dari korang pun"..hish sakit hati tau..


Dulu keputusan UPSR aku agak cemerlang la.. then aku ditawarkan masuk ke Sekolah berasrama penuh. Pada awalnya aku mmg x nak masuk, tapi sebab bapa aku suruh jugak masuk, then aku pun masuk lah jugak dengan berat hati. Aku berat hati sebab mulut2 orang ni bercakap 'asrama ni menakutkan la, asrama ni boleh kena buli la dan macam2 la aku dengar"...tapi disebabkan aku ni suka dgr ckp mak bapak aku,, so aku pun turutkan jugak la kemahuan mereka tu.


Cabaran dan dugaan dkt asrama ni mmg tinggi. Masa tu fasa2 permulaan kita meningkat usia ke remaja. Mmg susah nak menyesuaikan diri dengan keadaan asrama dengan badan yang makin meningkat remaja, berdikari dalam segala hal, mencari rakan/kwn yang kamceng ngan kita mmg susah.


Dan cabaran terbesar bagi aku ialah dibuli secara mental dengan senior. Bkn senior perempuan tau..senior lelaki yang tua setahun dari aku. dorang asik buli n ejek aku.. ejek aku gemuk la..muka besar la..aku diam kan jer dalam hati. x pernah aku bgtau benda ni dengan mak bapak aku. Bkn apa, takut dorang risau. Aku x nak dorang dibebani masalah aku dan dan lagi aku jauh daripada diorang.


Kehidupan di asrama mmg agak meletihkan dan menduga fizikal aku. Kehidupan berjadual begitu memang memerlukan pengurusan masa yang baik. Mungkin masa form 1 n 2, aku x pndai lagi urus masa dengan baik. Oleh kerana itu, aku mmg slalu x berkesempatan untuk makan dkt dewan mkn skolah.


Slalu jugak gastrik aku dtg. Hampir tiap kali gastrik aku dtang, kawan baik aku, Daiyanni slalu menemani aku. Dia lah yang akan cepat2 ke kantin skolah untuk belikan aku horlicks atau buatkan aku susu. Trima kasih dai. Aku x penah lupa dgn jasa baik ko ni.


Dan disebabkan ketidak sempatan aku makan itulah berat badan aku susut sangat2. Seingat aku dlu, semasa darjah 6, berat aku pernah hinggap ke angka 80kg. Masya Allah..berat sgt kan..patutlah dorang asik ejek aku. Agaknya muka aku dah sebijik mcm bola. Dan berat aku yang susut tu...susut ke 54kg,, Meh buat calculation 80kg - 54kg = 26kg...26kg????.Kalo masuk biggest loser versi kanak2 mmg aku lah juara nya..hehe..


Pas daripada tu, hidup aku dah boleh jadi normal blk la..smua orang yg dah lama x nmpak aku smua tegur aku kurus..yang terkejut smpi terduduk pun ada tau..tu kawan aku eppy, terkejut sgt smpi x brani nak ckp ngan aku, terlopong jer dia.. Dia takut salah orang.


Tapi...Tapi...Tapi...masa tunggu keputusan SPM aku. Hampeh...berat aku naik blk ke 64kg..hehe..dok terperap kat rumah, itulah hasilnya..


Then after masuk matriks, then masuk UiTM..berat aku mesti statik dalam area 64-67kg...Until lah masa ambik Industrial Training dlu..berat aku naik ke 72kg...hurm...malas la nak crita kan..apa yang terjadi masa berat naik 72kg tu kan.??? Aku buat praktikal kat tmpt aku. bkn kat shah alam..so confirm2 la mmg tinggal dkt umah. kalo dah dkt umah, mmg sinonim la dengan makan..makan..makan.


oh..mesti tertanya2 kan berat bdan aku skrg berapa..hurm..malas la nak ckp..mestilah dah lebih dari 72kg tu..Dan dan lagi skrang ni dah ada duit sendiri..so kdg2 tu mkn x henggat la..


mcm mana la nak trun kan blk 26kg mcm dlu tu??....x kan la nak ambik paper julai untuk UPSR.tapi ada ke paper julai untuk UPSR..hehehe...then apply balik Sekolah Asrama Penuh tu...hehehe...mengarut jer aku kan.. kalau la boleh..mmg aku nak....


k lah tu jer nak share dengan korang smua...ceh, perasan...mcm ada jer org baca entry ni kan..kalo ada yg baca..sy ucap trima kasih sgt2..


bye2...

7 comments:

  1. keciknyaaa...mesti mcm anak patung dulu...
    skrg ni boleh nk kecik balik..tapi tu lah..azam tu kena teguh..iman dan nafsu perot tu kena kuat..heeh kalo tak jadilah mcm mama...aseklah ulang ayat nk diet nak diet...tp makin nk diet makin byk makan...adoyaiii

    ReplyDelete
  2. mama..sy pon sma..asik ckp nak diet..nak diet..tp smua pun ke laut..hehe..pas ni kena disiplin kuat2 ni..

    ReplyDelete
  3. hehe dulu ain dilahirkan dengan berat 2.1kg ajerk.. kecik moleh je.. tapi bilo org dok ngata ain kecik2.. mak ain jadikan ain experimen laaa.. hahahaha.. sama laa kita.. tp sampai skrg tak koros2.. dan x pernah kurus pon.. harap2 lepas bersalin nie.. dapatlaaa koross..

    ReplyDelete
  4. hmmmmmmm xtaw lak berat sendiri masa dilahirkan dulu...tapi rasanya memang kecik jugak la..maybe sebab memang baka kecik kot..hehehhehehehe

    ReplyDelete
  5. ain nazri - kak ain...entah bila boleh dpt rasa kurus kan??kan best kalo dpt jadi cam aizat tu..cuma sy ni disiplin x kuat..dlu penah x mkn nasi sbln lebih mmg berat turun dgn mendadak..tp mmg susahla nak avoid temptation mkn nasi

    ReplyDelete
  6. miss purple - ye ke kecik..sama la kite.tp tu masa baby je kecik..bila dah besar ni..besar lak..agaknya ubat-ubat, petua2 yg dlu mak bg sy mkn tu effect dia lmbt..skrg baru ada hasil..thats y gemok..hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh byk tu susut..

    takpe..blh dslmtkn blk tu dear..mcm akk ni dh beranak dua..mmg pyh nk kawal nfsu..mmg akk tgh usaha gile2 skng ni..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers