March 25, 2011

Mulut Orang & Nasib Perempuan

Semalam g kenduri rumah mak cik aku. Kenduri Kesyukuran bersempena dia selamat dioperation dan keputusan SPM  anaknya.


Sejak dua menjak ni, kalo aku diajak ke kenduri mana2 lah mesti aku rasa *humphhhh~~ malas sgt nak pegi..


Kenapa aku malas nak pegi?? Sebab...........mesti....orang...akan..tanya...."dah ada isi ke blum? bila lagi? Maw enjoy dulu ke?"


Ya Allah, aku cukup malas la orng asik tnya benda ni jer.. Tipikal soalan orang Melayu. Bkn aku malas ditnya sbb aku x nak..bukan..Mmg aku nak sgt2..tapi blum lagi diberikan rezeki.


Allah knows the best. Mungkin aku rasa aku dah ready. tp DIA rasa aku belum ready. Not just physically but mentally also. Thats y this isn't the time yet.


Tapi...Orang2 x paham dan x ingin memahami keadaan tu.. asik tnya smpi mengecilkan dan menyakitkan hati.. X habis2 nak pertikaikan nasib orang.


Nasib perempuan mcm tu lah.


Bila dlu masa blajar, orang asik2 tnya "Dah ada bf ke?"


Pas tu bila dah ada bf.."Bila nak tunang/kawin??
Mcm cousin aku, sangat menyampah okeyh dgn soalan2 ni. Cousin aku tu tua setahun jer dr aku. Thats y nenek dia asik bising2 napa dia blum kawin atau dirisik orang, sedangkan aku yang muda dari dia dah kawin dlu. Nenek dia tu siap suruh dia mandi bunga. Mandi Bunga supaya naik seri. Ya Allah, buat apa nak naikkan seri, cousin aku tu dah cukup berseri2. Cousin aku tu cantik, cuma itu smua ketentuan Allah. Jodoh aku dtg dlu, mungkin jodoh dia kemudian. Jodoh ni bukan nyer berdasarkan umur. Sape yg tua kahwin dlu. No Such Things like that dear...


Yang aku heran, kalo lelaki lmbt kawin, x de pun orang nak heboh kan sgt2. Ye, aku tau, lelaki lambat kawin pun bkn ada effect kat dia..mksd aku, kalo mcm org pmpuan, kalo mengandung masa umur dah tua skit, kan ada complication masa dia mengandung...tapi x yah la HIPERBOLA sgt kat pmpuan. Kalo lah perempuan ni ada kuasa untuk merisik, x de nyer la Anak Dara Tua kot..Ingt kami2 yang perempuan ni suka sgt ke x kawin?? cuma dah nasib perempuan, tunggu untuk dirisik, ditunangi dan dikahwini. x gitu??


Pas tu bila dah kawin pulak.soalan2 bonus ni lak ditanya..."Dah ada isi ke Belum? Merancang ke?? Nak Enjoy dulu eh?" Please la..walaupun aku baru 3 bulan kawin dah naik muak ngan soalan ni. Kalo lah kita ada kuasa untuk tgk kat rahim kita n tampal benih kat rahim kita tu..of course i will do it. Tapi itu sangatlah mustahil...kita ini hanya hambaNYA yang x upaya..Smua rezeki adalah dari Allah. Kita hanya mampu menadah tangan dan berdoa sahaja.


Pastu bila dah anak sorang..."Bila nak tambah? Bila nak bg adik kat c "senah/bedah/harun/ismail' ni?....sgt x habiskan? Bila lagi nak stop tnya peribadi orang lain. suka hati dia la nak tmbah ke nak rancang ke? Soalan ni bukan ditanya kat LELAKI tau..mesti dkt perempuan...


Pastu bila dah anak banyak sgt.."Dia tu asik beranak jer. Kesian jugak aku tgk kat anak2 dia yg lain. Mcm x terjaga dah. Tulah x merancang. X pndai nak mkn pil Perancang la tu..Ala bukan mahal pun pil perancang tu..Skrang pun dah berlambak2 farmasi."........................Tgk, x habis2 kan? Td x de anak nak suruh ada anak. Sekarang dah ada anak sorang, nak suruh ditambah lagi. Bila dah ada bnyk, sibok dok cakap dia x pndai nak jaga anak.


Aduh...kesian kan nasib kaum hawa ni. X henti2 orang dok cakap...Buat ini salah..buat itu salah..


So disebabkan ini, aku akan cuba jauhkan diri atau x nak ckp2 pasal hal orang. Cuba hormati dan doakan yang terbaik atas apa pun keputusan dan nasib yang telah ditakdirkan untuk dia.


Ok tu je untuk kali ni. nasib baik ada blog, leh ada tmpt untuk aku meluah.


Terima kasih encik blogspot....


bye~~

8 comments:

  1. mmg mulut org ni..mcm tu lah dear..ada je yg tak kena.. just ignore je.. u blh pgi kenduri, tp spesis mcm tu, u jauhkan, jgn lepak sama.. ;)

    ReplyDelete
  2. ish ish ish.. sabar sabar jgn marah2.. relax.. mulut org mmg x leh nak tutup.. dulu akak dah puas dah jawab soklan nie.. tapi akak dah ada standard jawapan.. "nak buat kembar 3 nie.. tu yg lambat sikit" semua org tanya tak kira lelaki ke perempuan ke itu gak laa kita jawab.. posotif kan jawapan.. sekurg2nya kita mendoakan juga tuk diri kita.. jgn risau.. Allah tahu yg terbaik dik..

    ReplyDelete
  3. kak farra n kak ain,,,tulah, mmg sakit hati tp terpaksa diamkan je la..trima kasih kak atas nasihatnya. really appreciate it.

    ReplyDelete
  4. Mmg geram sgt laa ni ek..hehe. org mcm tu, kalau kita dok jauh2 pun, snggup dtg dkat smata2 nak tnya soalan mcm tu. Kalau kte lumurkan mulut dorg ngan air Zam Zam pun, x berubah..hihi. Sabar lah ye, ade rezeki utk kamu nnt. Amiin.

    ReplyDelete
  5. terima kasih mommy..sy berdoa smoga sy lebih tabah menghadapi orang2 mcm ni..Aamiiinn

    ReplyDelete
  6. salam..hi saya baru baca ur blog...sbnarnya saya pun alami benda yag sama jugak..last weekend genap setahun saya kawen..tapi sampai skang belum ada tanda2 utk jd seorang ibu..tiap2 kali solat mmg x penah lupa berdoa..tapi DIA lebih tahu apa yg terbaik utk kita kan..saya dan hubby sentiasa positif sbb rezeki tu dari Allah...saya selalu pk mungkin DIA nak kami spend masa sama2 dulu before ada baby..so awak pun jgn pk sangat k..enjoy masa berdua to max k..insyaallah saya doakan pasni akan sampai giliran kita pulak insyaallah...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers