April 10, 2011

Takut la..

Salam..


Lama x update blog. Kalau blog ni bilik, mesti suda lama bersawang. hehe..Ada benda aku nk story ni.


Sejak2 berkawin ni, period aku jadi x betul sangat. Contoh lepas kawin 12.12.2010 haritu, period aku datang 25.12.2010. Pastu masuk ke bulan januari 11.1.2011 aku dah period balik. Tapi darah x banyak, mcm spotting jer. Lama jugak la period a.k.a spotting ni dlm 10 hari mcm tu. Period ni x payah pun pakai pad. Cukup pakai panti liner shaja.


Then masuk bln februari, period aku datang blk 13.2.2011. Haa.. yang kali ni period yang datang memang betul2 darah period. Ada la dalam seminggu aku period. Pastu masuk bulan Mac, 3.3.2011, period a.k.a spotting aku tu datang balik. Spotting tu bertahan dalam masa 3 hari jer itu pun siang jer. Malam x hado langsung darah. Pastu period aku datang btul2 dalam 23.3.2011. Dan ianya bertahan selama 6 hari.


Pastu masuk bulan April ni, hari sabtu yang lalu iaitu pada 9.4.2011 aku ada spotting balik. Tapi mlm dah x ada.


Konpius pun ada kenapa period aku jadi tunggang langgang ni.Lepas kawin pulak tu. Then kerana kekonpiusan aku ni, aku pun p la jumpa doctor. Masa 5.3.2011 aku bertekad jumpa doc, siap puasa lagi sebab ingat nak suruh dia cek darah. Becoz daripada research aku dekat intenet, simptom2 tiroid pun boleh buat period jadi irregular.


Aku pun explain dekat doctor hasliza tu. Doctor ni sgt bagus. Ngam2 pulak mmg doc ni doc panel company bapak aku. So mmg sebelum kawin, aku mmg dah biasa dgn dia. So explain punya explain dia pun suruh aku balik n catat period aku dkt kalendar supaya dia leh nmpk mcm mana pola period aku ni. Penat jer aku posa, dia cakap maybe bukan tiroid sebab tanda2 tiroid yang lain x ada seperti susah nak tido, slera makan membuak2 n berat badan turun. Bab berat badan turun walau selera makan mencanak2 tu mmg x hado la kan..berat badan naik ada la.


So, next appointment aku dengan dia is 02.04.2011. Aku siap bawak kalendar aku spaya senang nak tunjuk dengan dia smua tarikh2 tu. Then after dia analysis skit, then dia cakap, spotting (darah yg kluar sikit2 tu) mungkin berpunca daripada telur aku yang nak kluar tu. Dia cakap, mmg ada prempuan yang akan kuar darah skit2 bila masa telur dia tu nak kluar. itu kesimpulan awal dia la. WALAU BAGAIMANA PUN,, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku disuruh untuk me "ULTRASOUND kan perut aku or SCAN perut aku untuk tengok keadaan rahim mcm mana.


Tu sebab la aku takut sekarang ni. Sebabnya, Klinik dkt Dr. Hasliza tu dah buat appointment dengan Klinik Kissey dkt area penampang untuk buat Ultrasound/Scan sebab dkt klinik Dr. Haslina mmg x ada service scan2 ni. So dia dah arrange masa n suruh aku pegi 12.4.2011 which is ESOKKK...


Aku takut la.. Takut nak tgk rahim aku sendiri. Paling aku takut sekiranya rahim aku ada blocking ke atau ada ketumbuhan ke..Nauzubillah.. Minta dijauhkan sangat2.


Tolong doakan aku yer kawan2. Tolong doakan rahim aku dalam keadaan sihat dan boleh mengandung. Skrang ni aku mmg takut, ntahla malam ni boleh tido atau x. Aku berdoa rahim aku dalam keadaan yang bagus2 sahaja.Aaaminnn...


Tolong doakan kesihatan saya. Thank u...

3 comments:

  1. U...i pun same.kawen 25/12/2010. than, datang period 2 x, last on january 22nd 2011. sampai skrg x period ag :(. tp bile wat urine test negative. pas2, last month g wat ultrasound.frusted sbb xnmpk ape pon......tp smpai skrg x period ag. bile, g klinik, doc said"relax. no need to take any pills utk period"..OOoooch...tp dlm hati tuhan je tau :( T_T

    ReplyDelete
  2. hai...thank u sbb read entry sy. mmg perasaan tu x tau dah nak kata apa kan. tapi yg penting u sbr k. ade jugak i baca kat intenet kes sma mcm u. mmg x dtg period tp bila g wat urine test negetif n buat ultrasound x nmpk. tp u tunggu dlu, kdg2 ada kes jugak awal2 x nmpk, tp bila dah 3 bulan lebih baru nmpk. u before this period regular x? kalo u mengandung, tahniah tau. jangan lupa doakan i pulak..aamiiinn

    ReplyDelete
  3. dik.. akak suka tgk rahim sendiri.. sbb nak tahu what really happen in there... so jgn cuak tau.. sila berexcited.. jgn pikir negative.. takut tiub kita tersumbat aje.. sila inform update terbaru.. akak ko excited ok..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers