June 29, 2011

Tahniah...

Hari ni rasa hepi sangat..


Hepi sebab dapat tahu kawan blogger dah pregnant..Alhamdulillah..


Berakhir penantian beliau dan suami..selama 3 tahun lebih menanti...


Aku memang selalu jugak jenguk blog dia ni sebab blog dia kaler cantik..kaler "Purple"..My Fevreeet bak kata Ucop Wilcha kita tu..


So ucapan sy smoga Shinnaz Ahmad Rasid sntiasa menjaga kesihatan agar mummy n baby sntiasa sihat shinggalah lahir nanti..Aaminn..


Tahniah ye dear..




p/s: walaupun hanya kenal di alam maya, tetapi aku tetap hepii bila dapat tahu orang yang dah lama kawin baru pregnant...Alhamdulillah dah sampai rezeki diorang..so who's turn next?..me..me..me..InsyaAllah..

June 26, 2011

Akhirnya..

Hah..Akhirnya apa tu??


Tajuk kontroversi tapi isinya tidak lah sekontroversi mana pun..hehehe


so..berbalik kepada cerita akhirnya ni..


Macam ni..tiap hujung minggu aku akan balik ke rumah mentua aku. So dipendekkan cerita masa husband aku g beli barang+cuci kereta, tinggallah aku ngan mak mentua aku jer dkt rumah.


So, masa tengah bersih-bersihkan dapur, mak mentua aku suruh potong buah nenas untuk desert. Desert la sangat. So, aku pun kupas n potongkan la buah nenas nan sebijik itu. Tiba-tiba dia pesan ngan aku jangan makan buah nenas tu. Dia cakap x baik untuk perempuan, lagi-lagi yang sudah berkahwin. Then aku pun cakap "Ok lah aku x makan"..


Maybe dia perasaan yang riak muka aku dah berubah. Then dia pun kata lagi 'Kalo teringin makan, makan la sikit supaya x kempunan"..Eits..dia perasan jugak yang riak muka aku mula berubah bila dia cakap yang x baik untuk pmpuan dah kawin makan. Sebenarnya bukan aku nak pun sangat makan nenas ni tp bila dia kata yang x baik untuk pmpuan yg dah kawin makan, aku dah mula rasa lain mcm.


Seolah aku dapat rasa dia mahu bagi soalan cepu emas tu. Ala soalan cepui emas tu..sndiri mau ingat la k..hehehe..Akhirnya..dia kata.."Kalo dah ada isi, lagi la x boleh makan buah nenas tu" sambil tu aku tgk dia mcm menunggu jawapan dari aku.


Aku pun dengan selamba ya ya nya jawab.."Masih tunggu lagi la mak"..Then riak muka dia terus berubah jadi eksaited then tnya "Masih tunggu??..Dah berapa lama x datang haid?"..Aku pun jawab balik " Bkan macam tu, maksud sy, saya masih tunggu period datang ke tidak".. Muka dia pun terus brubah..


Kesian aku dgr pertanyaan mcm ni, dah la dari mak mentua aku sendiri. Selama 6 bulan lebih berkahwin, belum pernah dia bertanya. Akhirnya hari ni dia dah mula bertanya. Mungkin selama ini dia menunggu waktu sesuai untuk tnya. Dan dan haritu husband aku pun x ada kat rumah, so memang chantek la timing dia nak tnya masa tu.


Aku pun dah x tau nak kata apa ngan dia. Memang aku dah x ada jawapan dia kan. So nak kata apa lagi. 


N to my surprise dia cakap macam ni "X apa lah. Ni semua kerja Allah, Allah sahaja yang berkuasa menentukan semua ni. Walau macam mana kita nak pun benda tu, kalo Allah tidak/belum nak bg, benda tu x akan DIA bagi sekarang. Banyakkan berdoa, InsyaAllah nanti ada jugak rezeki untuk kita."


Rasa nak menitis air mata aku dengar. Nasib baik aku dapat cover depan mak mentua aku. Then dia sambung lagi.."Dulu mak teringin sangat mahu ada anak perempuan, siap beli baju lagi kut-kut lahir nanti anak perempuan. Dulu-dulu kan x ada scan-menyecan ni..so mane lah tahu jantina baby dalam kandungan kan? Sehingga lahir anak ke tiga masih lagi lelaki dan akhirnya anak ke4 dia sudah pasrah dengan ketentuan ilahi yang mana dia telah ditakdirkan untuk mendapat zuriat kesemuanya lelaki.


Dia sambung lagi "Allah itu buat yang terbaik untuk kita. Mungkin ada hikmahnya, mcm Allah bg mak smua anak lelaki, kan mak mulut bising n ganas sikit,,sbb tulah Allah kasi anak yang boleh tahan dengan perangai mak." Lelaki kan x kuat merajuk n x slalu ambil hati bila mak bising2 ke, marah dorang ke? Sebab tu kot..


Pastu dia sambung lagi "Mulut orang ni memang x pernah habis bercakap. Itu salah ini salah. X de anak salah, ada anak semua lelaki salah, ada anak semua perempuan salah. Memang x akan ada yang sempurna dekat mata dorang. Dulu siap ada orang tanya lagi kat arwah bapa mentua aku. Dia tanya cenggini "X nak tambah yang lain ker? Mana tahu dapat anak perempuan pulak?"..Cis, kurang ajar btul orang tu. Mencadang yg bukan2. Maksud orang tu kawin lain, mana tau dapat anak perempuan. Isk, geram..


Then aku pun mula memberanikan diri bukak mulut. "Mak dulu brapa lama kawin baru mengandung?"..


Mak mentua aku pun jawab 'Lama jugak tunggu kira2 dalam setahun mcm tu. Dulu mak ada sakit sikit, sakit perempuan..lepas berubat then mak jadi gemuk. ingatkan effect ubat tu mak jadi gemuk. rupa-rupanya mak mengandung. Alhamdulillah"..


Serba salah aku nak tnya.. aku rasa nak tanya tapi mcam personal pulak kalo tanya dia sakit apa dlu..kan dia kata sakit perempuan?? lepas berubat baru dia dapat tahu mengandung. Pasal malu, aku pun matikan jer persoalan aku dekat sana. tapi sampai sekarang aku masih tertanya2. dulu dia sakit apa sebelum mengandung tu. ntah2 mcam kes aku jugak...


So kesimpulannya, aku rasa lega sikit bila tahu mentua aku pun pernah ada pengalaman "waiting game" dalam hidup dia. Dan dia pun turut mengerti persoalan rezeki dan ketentuan takdir yang Allah telah tetapkan untuk stiap umatNYA.


Dan pada masa yang sama, aku sedih kerana masih belum dapat memberi peluang untuk dia menjadi nenek. mesti dia heppi bila ada dapat cucu tambah2 lagi cucu perempuan. kan?? Sekiranya diizinkan Allah, nanti mak dapat jugak cucu tak kesah la cucu perempuan ke lelaki..InsyaAllah.


Walaupun mak mentua aku x pernah pun tgk intenet apatah lagi blogwalking aku masih nak cakap kat dia "Terima kasih mak kerana paham dengan keadaan saya, percaya pada qada dan qadar yang Allah telah tetapkan dan saya tahu mak sntiasa mendoakan kebahagiaan saya dan anak mak. Terima kasih...sayang mak..

June 15, 2011

PCOS ke tidak?

Seperti mana yang diwar-warkan kerajaan mengenai kekurangan doktor di Malaysia sememangnya benar dan kekurangan infrastruktur dan fasiliti juga harus dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Chewah tiba-tiba jadi macam pemberita pulak kan??

Oklah, back to hutang aku untuk bercerita mengenai appointment dengan doctor kemarin. Ya memang silap aku kerana tidak mengetahui pun nama doctor tu. But nevermind, benda tu tidak penting pun.

Macam mana aku nak mulakan penceritaan aku ni yer. Oklah, aku datang ke hospital wanita dan kanak-kanak sabah (HWKKS) seawal jam 8.45 pagi, awal 1 jam 15 minit daripada appointment aku.

Stelah habis sesi pendaftaran, aku sudah start menunggu doctor dari pkul 9.15 pagi. Masa tu nombor giliran 8501, nombor aku pulak 8510. memang sudah tahu akan lambat. Biasalah hospital kerajaan. Kena paham dan kena berkorban dengan orang lain yang juga menunggu macam aku.

Tunggu punya tunggu dan tunggu, nombor aku pun dipanggil. Masa tu aku tengok jam dah pukul 11.00 pagi. Nasib baik ada husband aku yang temankan aku dkt sana, kalo tidak sure boring tahap gaban. Terima kasih abg. I love you.

Akhirnya aku masuk dan happy bila tgk doctor yang ada kat dalam tu doctor perempuan. Bukan meragui kepandaian doctor lelaki cuma lebih selesa dengan doctor perempuan. Aku pun ceritakan kepada doctor perihal ke”spotting”an aku tu dan kesemuanya. Pastu dia tnya berat badan aku. Sejujurnya aku dah lama x cek berat badan aku. Masa diet2 tu aku timbang dalam 73kg, ragu-ragu dengan jawapan aku, doctor suruh bwk nurse untuk cek berat badan. Hurm memang bukan kejutan AF lagi bila tahu berat badan aku naik 3 kilo. Malas la nak ckp kan, korang sendiri kira la deyh..hehehe.

Pastu doctor siap kira BMI aku. Dengan ketinggian 160cm. Mesti lah obese kan kalo aku x silap? Dah..dah x payah kira mmg aku obese la tuh. N then dia nak buat scan, abdominal scan. Lepas tu dia suh baring, baru jer mau baring then dia suruh terus bukak sluar then kena pakai kain hijau tu sebab lepas ni mau buat TRANSVAGINAL SCAN (TVS) pulak. Alamak, berdebarnya aku, sebelum ni hanya dengar cerita2 orang, skrg ni aku pulak kena cek mcm ni.

Lepas tu aku pun ikut nurse tu ke bilik sebelah. Aku keluar jer dari bilik doctor terkejut tgk ramai sgat orang menunggu dkt luar. Segan pulak bila dorang semua tgk aku pakai kain spital yang warna hijau tu. Pastu bila dah masuk bilik sebelah, ingatkan bilik doctor aku tu jer yang share ngan doctor lain, rupanya bilik2 yang lain pun macam tu jugak.

Nurse tu pun bgtau aku, memang hari2 macam ni. Ramai pesakit, kurang doctor dan kurang tempat. Aku pun tnggu giliran untuk buat TVS. Macam mana la rasa kena TVS ni. N bila sampai turn aku, doctor ckp dia nak cek”_______” dlu. Hah? Apa tu? Sebenarnya aku pun tak dgr sgt apa yang nak dicek masa tu. Dia ada pakai satu alat then masukkan kat dalam “tut” aku tu lah. Lepas dia dah masukkan, dia cakap ‘ok, clear”. Apa yang clear pun aku x tau.

Pastu bila dah siap yang tu, dia dah masukkan alat panjang yang mcm kat bawah ni. 
Pastu dia masukkan dan gerak2kan. Senak jugak perut aku mcm mula2 ML dlu ngan husband. Hehehe. Pastu dia sebut “POLYCYSTIC OVARIES”..Huh, aku pun terus tanya doctor. “Apa doctor? Saya ada PCOS?” Doctor tu pun hairan then tnya aku ‘Eh, macam mana ko tahu pasal PCOS?. Saya tahulah doctor. Then dia pun cakap, “Looks like macam kamu ada PCOS.” Masa tu aku dah start sedih. Muka terus berubah. Ya Allah, selama ni aku dengar cerita orang pasal PCOS dan masa tu jugak aku berdoa dijauhkan dapat penyakit ni alih2 skarang aku pulak yang ada PCOS.

Bila doctor tgk reaksi aku dah berubah, dia pun comfort kan aku. Dia cakap “jangan risau, belum confirm lagi, bukan bermaksud ada PCOS tidak boleh mengandung, rahim kamu ok, good. TIADA APA YANG PERLU DIBIMBANGKAN.

Itu kata doctor, tapi apa kata hati aku. Mesti lah aku risau. Dah terbukti pun ada “biji2 kecil kat ovary aku. Memang aku tak nampak sbb screen bukan menghadap kat aku. Kalo dulu aku buat scan kat klinik kissey tu (klinik swasta) mmg ada 2 screen. Dah confirm2 ko boleh nmpak apa yang doctor nmpk jugak. Tapi skarang ni lain, ada 1 screen jer.

So doctor cakap dia nak ambik sikit sel dinding rahim aku. Masa tu aku pun dah pikiran dah melayang2, dah risau tak tentu pasal. Kalo korang jadik aku mesti korang macam tu jugak kan? Payah jugak aku tgk doctor nak ambik sel dinding rahim aku tu. Lepas dia dah ambik, dia cakap “u ada bleeding skit yer nanti”.

Lepas siap tu, aku pun balik ke bilik sebelah, bilik yang mula2 aku masuk tu. Doctor tu pun terangkan dengan aku dan asyik mention “TIADA APA YANG MEMBIMBANGKAN”. Asyik cakap mcm tu, mesti mau ambil hati aku la tuh.

Sebenarnya, masa dia terangkan tu, aku x berapa paham sangat. Masa dalam bilik sebelah dia kata aku ada PCOS. Pastu aku tanya “confirm ke aku ada PCOS? Then dia kata “kelihatan ovari kamu mcm ada PCOS. Apa pasal ada “kelihatan’..Aku pun bingung mana satu yang betul ni. Doctor bagitahu lagi, if you didn’t get your ideal weight, then your hormone akan  imbalance lagi. So you have to watch your weight. Unless right now, kamu dah menuju ke arah PCOS. That’s y period kamu jadi irregular. Tu smua sebab berat badan kamu berlebihan. Tadi ckp kelihatan ada PCOS, skarang menuju pulak. Aduss..

I really didn’t get this. I know you are super busy with lots of patient to attend, but please explain carefully to your patient. This is about their life. They deserved to know what is happening.

Dengan kebisingan doctor lain yang share bilik sama menerangkan dengan patient diorang aku betul2 jadi bingung dan tak paham. Doctor mungkin perasan yg aku tidak paham. Then dia explain macam ni. ‘PCOS ini hanya sindrom. Ada biji2 kecil dalam ovari kamu, sekiranya berat badan kamu tidak ideal, dia akan effect hormone kamu dan membuatkan this PCOS akan contribute masalah lain pulak antaranya susah nak conceive.

So if you have your ideal weight and your hormone balance n even PCOS is there but u still can get pregnant.

Aku pun jawab “this explanation I understand but am I really have PCOS?”

Doctor tu pun mcm dah bengang aku asyik tanya pasal PCOS. Then dia pun cakap. Jangan risau sangat pasal PCOS. If you still can’t get pregnant within 3 years, then we will investigate about this.

So, aku ada PCOS ke tidak ni... apasal selepas 3 tahun mencuba, baru nak investigate??? 3 tahun tu lama. Apa-apa pun boleh jadi.

So, aku pun terdiam lepas tu. X tau apa lagi yang harus aku tanya. Then doctor suruh choose, ada 2 solution untuk aku.

Pertama – doctor akan bagi ubat hormone untuk stopkan spotting2 aku ni dan tujuan utama untuk seimbangkan kembali hormone aku. But doctor kata sampai bila aku nak bergantung dengan ubat hormone ni. Pastu dia cakap pulak bila dia bagi ubat hormone ni “kamu tidak boleh mengandung”. Apa doctor “saya tidak boleh mengandung sampai bila2?” Doctor tu senyum n cakap ‘Bukan, pil hormone yg sy bagi tu “pil perancang”. Mcm mana kamu boleh mengandung kalo kamu asyik ambil pil perancang. Ok, itu aku paham.

Kedua- doctor suruh aku turunkan berat badan. Paling bagus dan ideal berat aku dalam 60kg. kalo tidak pun, at least berat aku dalam 65-70kg tu pun dah kita ok. Sebab apa doctor suruh turunkan berat badan, untuk membantu menyeimbangkan hormone aku kembali normal macam dlu dan menyenangkan aku untuk pregnant. Dia siap ugut aku lagi “hah, kalo kamu mahu pregnant kamu mesti turun berat badan yer, kalo tidak kamu susah mau mengandung nanti”.

So, aku kan nak sangat mengandung, mesti lah aku pilih SOLUTION YANG KE-2...

So, doctor cakap next appointment kamu bulan October nnt. 4 bulan dari sekarang. Make sure u turun berat badan macam saya cakap yer. Dengan nada cikgu suruh buat kerja rumah kalo tidak nanti cikgu denda. N cepat2 pregnant yer. Kalo boleh masa kamu datang nnt kamu pregnant. Ingat cepat2 pregnant as soon as possible. Doctor ni cakap macam tu, mcm la aku ni planning. Dia ingt aku nak honeymoon2, nak enjoy2 dlu ke?

Doctor, That’s y sy datang spital ni tnya kenapa asik spotting. Sbb aku rasa spotting ni yang buat aku susah nak pregnant. Kan? Tapi doctor ni beria2 suruh aku pregnant cepat2. ingat pregnant tu macam bila sardine dkt giant ker??

Masa aku keluar dari bilik doctor, sempat lagi doctor tu ingatkan. Cepat2 pregnant yer? Good luck.

Aku pun naik heran. Kenapa doctor tu asyik suruh aku cepat2 pregnant. Hurm, ye lah doctor, InsyaAllah kalo diberi rezeki, insyaAllah saya akan pregnant.

So, I just assumed I have PCOS n I have to REDUCE MY WEIGHT!!!!!!!!..So, bermula la cabaran aku dari detik ini untuk berdiet. My next appointment will be on 12 October 2011. Akan aku pastikan doctor tu tersenyum tengok penurunan berat badan aku nanti. InsyaAllah. (aku tahu bukan senang nak turunkan berat badan, tapi akan usahakan sehingga berjaya. Ya Allah Bantulah aku.)

Sekian terima kasih.

P/S:
1) Terpikir nak cek kat klinik swasta about this PCOS. Nak yang betul2 pasti.
2) Kawan2 yang ada PCOS, Macam mana korang dlu di diagnose ada  PCOS ni? Boleh share pengalaman? Kalo sudi nak share, please email me hartini_kamis@yahoo.com. Aku akan sentiasa menanti tips2 dan pengalaman korang about PCOS. THANK U SO MUCH MY DEAR.
3) I have PCOS n I am really sad..:(

June 8, 2011

Ada orang tidak paham perihal REZEKI



Last month a friend of mine was engaged with my childhood friend. I was so happy for them and even I wasn’t invited at the first place, I still came for their big day. Ok, I was invited but the very last minute okeyh..

There’s a bunch of my friends was invited too. Most of them were my friends at secondary school. Half of them came at my wedding and only 3 who didn’t show up.

Those 3 friends that didn’t come to my wedding excitedly asked how my life was after marriage and of course the most controversial and the most sensitive “Ada suda?” question.

Ok fine. I can accept “that question” at least. BUT...there’s one question asked from one of these 3 friends that make me speechless.

This time this “girl” asked me “KENAPA MASIH BELUM ADA?” with the expression like “orang lain lagi lambat kawin kot dari kau dah mengandung, yang ko lagi awal kawin ni apa pasal belum mengandung lagi. Apa hal?”

If I really have the answer, I can tell everyone even strangers or even they didn’t ask, I would definitely told them “why I still can’t get pregnant after 5 months married”. The thing is JODOH, AJAL, REZEKI are all set by Allah. I didn’t have the ANSWER. Only ALLAH has the answer.

Maybe they think most married couple definitely will have sex everyday and confirmed will get pregnant after that. But sometimes, it didn’t works that way dear. That was what we think and what we want.

If I asked you guys, is there any guaranteed your friend will get married first before you do because she is the first one to have boyfriend before anybody else. And you will become the last one married because at that moment you don’t have boyfriend. Is that what you really think?

Life is full of surprises. There is no guarantee, if you are the first one who have boyfriend and definitely you are the first one who will get married too.

If that’s the case, I will be the last person married becuz during sekolah menengah I don’t have boyfriend and zero experience about couple and lovey dovey things. The reality is I am among those who marry early compared to the others even they already have boyfriend during school and I don’t.

That same goes with REZEKI specifically ANAK. If you didn’t realize about this, it’s ok. But next time be really careful before you open your mouth. Please be sensible. How about one day you will be lucky to have this experience to be like me. After 5 months marriage but no single sign to be a mum yet. How do you feel?  I believe Allah is the most righteous about everything. It’s a karma thing. This time you put me into this “question”, one right day ada orang lain akan tanya you this same type of question too. And even worse you also don’t have the answer.

p/s: I don’t get A1 in my English. But I do love to try write in English. So, I hentam sahajalah yer...kalau ada broken English or any grammatical error, sy mintak maaf.

Buah Cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers