June 26, 2011

Akhirnya..

Hah..Akhirnya apa tu??


Tajuk kontroversi tapi isinya tidak lah sekontroversi mana pun..hehehe


so..berbalik kepada cerita akhirnya ni..


Macam ni..tiap hujung minggu aku akan balik ke rumah mentua aku. So dipendekkan cerita masa husband aku g beli barang+cuci kereta, tinggallah aku ngan mak mentua aku jer dkt rumah.


So, masa tengah bersih-bersihkan dapur, mak mentua aku suruh potong buah nenas untuk desert. Desert la sangat. So, aku pun kupas n potongkan la buah nenas nan sebijik itu. Tiba-tiba dia pesan ngan aku jangan makan buah nenas tu. Dia cakap x baik untuk perempuan, lagi-lagi yang sudah berkahwin. Then aku pun cakap "Ok lah aku x makan"..


Maybe dia perasaan yang riak muka aku dah berubah. Then dia pun kata lagi 'Kalo teringin makan, makan la sikit supaya x kempunan"..Eits..dia perasan jugak yang riak muka aku mula berubah bila dia cakap yang x baik untuk pmpuan dah kawin makan. Sebenarnya bukan aku nak pun sangat makan nenas ni tp bila dia kata yang x baik untuk pmpuan yg dah kawin makan, aku dah mula rasa lain mcm.


Seolah aku dapat rasa dia mahu bagi soalan cepu emas tu. Ala soalan cepui emas tu..sndiri mau ingat la k..hehehe..Akhirnya..dia kata.."Kalo dah ada isi, lagi la x boleh makan buah nenas tu" sambil tu aku tgk dia mcm menunggu jawapan dari aku.


Aku pun dengan selamba ya ya nya jawab.."Masih tunggu lagi la mak"..Then riak muka dia terus berubah jadi eksaited then tnya "Masih tunggu??..Dah berapa lama x datang haid?"..Aku pun jawab balik " Bkan macam tu, maksud sy, saya masih tunggu period datang ke tidak".. Muka dia pun terus brubah..


Kesian aku dgr pertanyaan mcm ni, dah la dari mak mentua aku sendiri. Selama 6 bulan lebih berkahwin, belum pernah dia bertanya. Akhirnya hari ni dia dah mula bertanya. Mungkin selama ini dia menunggu waktu sesuai untuk tnya. Dan dan haritu husband aku pun x ada kat rumah, so memang chantek la timing dia nak tnya masa tu.


Aku pun dah x tau nak kata apa ngan dia. Memang aku dah x ada jawapan dia kan. So nak kata apa lagi. 


N to my surprise dia cakap macam ni "X apa lah. Ni semua kerja Allah, Allah sahaja yang berkuasa menentukan semua ni. Walau macam mana kita nak pun benda tu, kalo Allah tidak/belum nak bg, benda tu x akan DIA bagi sekarang. Banyakkan berdoa, InsyaAllah nanti ada jugak rezeki untuk kita."


Rasa nak menitis air mata aku dengar. Nasib baik aku dapat cover depan mak mentua aku. Then dia sambung lagi.."Dulu mak teringin sangat mahu ada anak perempuan, siap beli baju lagi kut-kut lahir nanti anak perempuan. Dulu-dulu kan x ada scan-menyecan ni..so mane lah tahu jantina baby dalam kandungan kan? Sehingga lahir anak ke tiga masih lagi lelaki dan akhirnya anak ke4 dia sudah pasrah dengan ketentuan ilahi yang mana dia telah ditakdirkan untuk mendapat zuriat kesemuanya lelaki.


Dia sambung lagi "Allah itu buat yang terbaik untuk kita. Mungkin ada hikmahnya, mcm Allah bg mak smua anak lelaki, kan mak mulut bising n ganas sikit,,sbb tulah Allah kasi anak yang boleh tahan dengan perangai mak." Lelaki kan x kuat merajuk n x slalu ambil hati bila mak bising2 ke, marah dorang ke? Sebab tu kot..


Pastu dia sambung lagi "Mulut orang ni memang x pernah habis bercakap. Itu salah ini salah. X de anak salah, ada anak semua lelaki salah, ada anak semua perempuan salah. Memang x akan ada yang sempurna dekat mata dorang. Dulu siap ada orang tanya lagi kat arwah bapa mentua aku. Dia tanya cenggini "X nak tambah yang lain ker? Mana tahu dapat anak perempuan pulak?"..Cis, kurang ajar btul orang tu. Mencadang yg bukan2. Maksud orang tu kawin lain, mana tau dapat anak perempuan. Isk, geram..


Then aku pun mula memberanikan diri bukak mulut. "Mak dulu brapa lama kawin baru mengandung?"..


Mak mentua aku pun jawab 'Lama jugak tunggu kira2 dalam setahun mcm tu. Dulu mak ada sakit sikit, sakit perempuan..lepas berubat then mak jadi gemuk. ingatkan effect ubat tu mak jadi gemuk. rupa-rupanya mak mengandung. Alhamdulillah"..


Serba salah aku nak tnya.. aku rasa nak tanya tapi mcam personal pulak kalo tanya dia sakit apa dlu..kan dia kata sakit perempuan?? lepas berubat baru dia dapat tahu mengandung. Pasal malu, aku pun matikan jer persoalan aku dekat sana. tapi sampai sekarang aku masih tertanya2. dulu dia sakit apa sebelum mengandung tu. ntah2 mcam kes aku jugak...


So kesimpulannya, aku rasa lega sikit bila tahu mentua aku pun pernah ada pengalaman "waiting game" dalam hidup dia. Dan dia pun turut mengerti persoalan rezeki dan ketentuan takdir yang Allah telah tetapkan untuk stiap umatNYA.


Dan pada masa yang sama, aku sedih kerana masih belum dapat memberi peluang untuk dia menjadi nenek. mesti dia heppi bila ada dapat cucu tambah2 lagi cucu perempuan. kan?? Sekiranya diizinkan Allah, nanti mak dapat jugak cucu tak kesah la cucu perempuan ke lelaki..InsyaAllah.


Walaupun mak mentua aku x pernah pun tgk intenet apatah lagi blogwalking aku masih nak cakap kat dia "Terima kasih mak kerana paham dengan keadaan saya, percaya pada qada dan qadar yang Allah telah tetapkan dan saya tahu mak sntiasa mendoakan kebahagiaan saya dan anak mak. Terima kasih...sayang mak..

10 comments:

  1. bagus laa kalu MIL tinie tanya.. maksudnya dia care.. dia tetap ibu.. dia tanya sbb dia nak kan kepastian.. jgn terasa hati ye lalink kecik.. dulu MIL akak pon tunggu 3 tahun nak dapat suami akak.. dan dia tak kesah bila akak lambat pregnant.. tapi setiap kali balik kampung dia suka peluk akak then pegang perot tanya, dah ada ke belom? dan dengan sengalnya.. akak jawab.. on the way mak.. kembar 3.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam

    alhamdulillah MIL faham. Kalau MIL faham, tenang hati kita. biarlah orang lain tak faham. kalau kita dan orang terdekat ok.. itu dah cukup baik.

    harap2 boleh dia backing tinie kalau ada yg jahat mulut nanti. :)

    ReplyDelete
  3. bagusnya MIL awk...sgt memahami

    ReplyDelete
  4. Selalunya yg mulut puaka ni org luar. Kaum keluarga sendiri ok jer.Tengok mcm your MIL kan. Tak kisah la kan janji family rapat kita faham.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tinie... ur MIL just like mine. Beruntung dapat MIL yang memahami... Tak semua org dapat cam tu.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah tinie. dpt mentua yg memahami. mcm kwazi pun dorg x pernah tnya sebab mmg ari2 tinggal di rumah sama. so klau preg mmg akan terus bgtau la. haha. tp kalau mama kwazi dia suka tnya psl boleh solat ka tidak. tp kwazi fhm la soalan dia tu. hehehe. kwazi selalu ketawa2 jak kalau kena tanya.

    p/s: pandai tinie kupas nenas aa. kwazi belum pass lagi. selalu mengelak bilang x pandai. hahaha

    ReplyDelete
  7. moga terus kuat dan tabah..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dpt MIL yg memahami...
    MIL mama langsung tak pernah bertanya pun..
    MIL ke 2 pun pernah kata...takpe g....masih lum rezeki kita..enjoy berdua dulu ya..
    isk2...mana nk dpt lg MIL mcm ni... :)

    ReplyDelete
  9. Tinie, sabarlah mgkin Allah akan memberi hikmah di sebalik kelewatan kita mendapat zuriat..... akak pun sama. Dah 3 thn kawen lom dapat lagi....

    ReplyDelete
  10. kawan2 smua - terima kasih sbb sudi comment..alhamdulillah dapat MIL yang memahami, tapi btul kata Mar, slalunya orang luar yang mulut puaka kan? slalu bertnya2 x henti2..sbrnya MIL sy pun dah ckp "orang dah bnyk bertnya dia DAH ADA CUCU KE Belum?"

    Nasib baik dia jawab "KORANG NI ANAK AKU BARU JER KAWIN, X KAN LAH AKU DAH ADA CUCU"..pastu ada lagi yg lebih puaka cakap mcm ni "EI..MANADA BARU..DAH NAK DKT SETAHUN PON DORANG TU KAWIN, G BAWAK2 LA BERUBAT"..memandai je ckp setahun..entah dia tu x pndai kira kot. sy baru kawin 7 bulan la aunty..nak je sy ckp camtu..nasib baik masa tu sy x de..

    geram..tp x pe lah. Allah knows the best..kita sama2 doa yer kawan2 yg sy cyg...mudah2an ada rezeki untuk kita lepas ni. Aaminn..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers