June 15, 2011

PCOS ke tidak?

Seperti mana yang diwar-warkan kerajaan mengenai kekurangan doktor di Malaysia sememangnya benar dan kekurangan infrastruktur dan fasiliti juga harus dipandang serius oleh pihak kerajaan.

Chewah tiba-tiba jadi macam pemberita pulak kan??

Oklah, back to hutang aku untuk bercerita mengenai appointment dengan doctor kemarin. Ya memang silap aku kerana tidak mengetahui pun nama doctor tu. But nevermind, benda tu tidak penting pun.

Macam mana aku nak mulakan penceritaan aku ni yer. Oklah, aku datang ke hospital wanita dan kanak-kanak sabah (HWKKS) seawal jam 8.45 pagi, awal 1 jam 15 minit daripada appointment aku.

Stelah habis sesi pendaftaran, aku sudah start menunggu doctor dari pkul 9.15 pagi. Masa tu nombor giliran 8501, nombor aku pulak 8510. memang sudah tahu akan lambat. Biasalah hospital kerajaan. Kena paham dan kena berkorban dengan orang lain yang juga menunggu macam aku.

Tunggu punya tunggu dan tunggu, nombor aku pun dipanggil. Masa tu aku tengok jam dah pukul 11.00 pagi. Nasib baik ada husband aku yang temankan aku dkt sana, kalo tidak sure boring tahap gaban. Terima kasih abg. I love you.

Akhirnya aku masuk dan happy bila tgk doctor yang ada kat dalam tu doctor perempuan. Bukan meragui kepandaian doctor lelaki cuma lebih selesa dengan doctor perempuan. Aku pun ceritakan kepada doctor perihal ke”spotting”an aku tu dan kesemuanya. Pastu dia tnya berat badan aku. Sejujurnya aku dah lama x cek berat badan aku. Masa diet2 tu aku timbang dalam 73kg, ragu-ragu dengan jawapan aku, doctor suruh bwk nurse untuk cek berat badan. Hurm memang bukan kejutan AF lagi bila tahu berat badan aku naik 3 kilo. Malas la nak ckp kan, korang sendiri kira la deyh..hehehe.

Pastu doctor siap kira BMI aku. Dengan ketinggian 160cm. Mesti lah obese kan kalo aku x silap? Dah..dah x payah kira mmg aku obese la tuh. N then dia nak buat scan, abdominal scan. Lepas tu dia suh baring, baru jer mau baring then dia suruh terus bukak sluar then kena pakai kain hijau tu sebab lepas ni mau buat TRANSVAGINAL SCAN (TVS) pulak. Alamak, berdebarnya aku, sebelum ni hanya dengar cerita2 orang, skrg ni aku pulak kena cek mcm ni.

Lepas tu aku pun ikut nurse tu ke bilik sebelah. Aku keluar jer dari bilik doctor terkejut tgk ramai sgat orang menunggu dkt luar. Segan pulak bila dorang semua tgk aku pakai kain spital yang warna hijau tu. Pastu bila dah masuk bilik sebelah, ingatkan bilik doctor aku tu jer yang share ngan doctor lain, rupanya bilik2 yang lain pun macam tu jugak.

Nurse tu pun bgtau aku, memang hari2 macam ni. Ramai pesakit, kurang doctor dan kurang tempat. Aku pun tnggu giliran untuk buat TVS. Macam mana la rasa kena TVS ni. N bila sampai turn aku, doctor ckp dia nak cek”_______” dlu. Hah? Apa tu? Sebenarnya aku pun tak dgr sgt apa yang nak dicek masa tu. Dia ada pakai satu alat then masukkan kat dalam “tut” aku tu lah. Lepas dia dah masukkan, dia cakap ‘ok, clear”. Apa yang clear pun aku x tau.

Pastu bila dah siap yang tu, dia dah masukkan alat panjang yang mcm kat bawah ni. 
Pastu dia masukkan dan gerak2kan. Senak jugak perut aku mcm mula2 ML dlu ngan husband. Hehehe. Pastu dia sebut “POLYCYSTIC OVARIES”..Huh, aku pun terus tanya doctor. “Apa doctor? Saya ada PCOS?” Doctor tu pun hairan then tnya aku ‘Eh, macam mana ko tahu pasal PCOS?. Saya tahulah doctor. Then dia pun cakap, “Looks like macam kamu ada PCOS.” Masa tu aku dah start sedih. Muka terus berubah. Ya Allah, selama ni aku dengar cerita orang pasal PCOS dan masa tu jugak aku berdoa dijauhkan dapat penyakit ni alih2 skarang aku pulak yang ada PCOS.

Bila doctor tgk reaksi aku dah berubah, dia pun comfort kan aku. Dia cakap “jangan risau, belum confirm lagi, bukan bermaksud ada PCOS tidak boleh mengandung, rahim kamu ok, good. TIADA APA YANG PERLU DIBIMBANGKAN.

Itu kata doctor, tapi apa kata hati aku. Mesti lah aku risau. Dah terbukti pun ada “biji2 kecil kat ovary aku. Memang aku tak nampak sbb screen bukan menghadap kat aku. Kalo dulu aku buat scan kat klinik kissey tu (klinik swasta) mmg ada 2 screen. Dah confirm2 ko boleh nmpak apa yang doctor nmpk jugak. Tapi skarang ni lain, ada 1 screen jer.

So doctor cakap dia nak ambik sikit sel dinding rahim aku. Masa tu aku pun dah pikiran dah melayang2, dah risau tak tentu pasal. Kalo korang jadik aku mesti korang macam tu jugak kan? Payah jugak aku tgk doctor nak ambik sel dinding rahim aku tu. Lepas dia dah ambik, dia cakap “u ada bleeding skit yer nanti”.

Lepas siap tu, aku pun balik ke bilik sebelah, bilik yang mula2 aku masuk tu. Doctor tu pun terangkan dengan aku dan asyik mention “TIADA APA YANG MEMBIMBANGKAN”. Asyik cakap mcm tu, mesti mau ambil hati aku la tuh.

Sebenarnya, masa dia terangkan tu, aku x berapa paham sangat. Masa dalam bilik sebelah dia kata aku ada PCOS. Pastu aku tanya “confirm ke aku ada PCOS? Then dia kata “kelihatan ovari kamu mcm ada PCOS. Apa pasal ada “kelihatan’..Aku pun bingung mana satu yang betul ni. Doctor bagitahu lagi, if you didn’t get your ideal weight, then your hormone akan  imbalance lagi. So you have to watch your weight. Unless right now, kamu dah menuju ke arah PCOS. That’s y period kamu jadi irregular. Tu smua sebab berat badan kamu berlebihan. Tadi ckp kelihatan ada PCOS, skarang menuju pulak. Aduss..

I really didn’t get this. I know you are super busy with lots of patient to attend, but please explain carefully to your patient. This is about their life. They deserved to know what is happening.

Dengan kebisingan doctor lain yang share bilik sama menerangkan dengan patient diorang aku betul2 jadi bingung dan tak paham. Doctor mungkin perasan yg aku tidak paham. Then dia explain macam ni. ‘PCOS ini hanya sindrom. Ada biji2 kecil dalam ovari kamu, sekiranya berat badan kamu tidak ideal, dia akan effect hormone kamu dan membuatkan this PCOS akan contribute masalah lain pulak antaranya susah nak conceive.

So if you have your ideal weight and your hormone balance n even PCOS is there but u still can get pregnant.

Aku pun jawab “this explanation I understand but am I really have PCOS?”

Doctor tu pun mcm dah bengang aku asyik tanya pasal PCOS. Then dia pun cakap. Jangan risau sangat pasal PCOS. If you still can’t get pregnant within 3 years, then we will investigate about this.

So, aku ada PCOS ke tidak ni... apasal selepas 3 tahun mencuba, baru nak investigate??? 3 tahun tu lama. Apa-apa pun boleh jadi.

So, aku pun terdiam lepas tu. X tau apa lagi yang harus aku tanya. Then doctor suruh choose, ada 2 solution untuk aku.

Pertama – doctor akan bagi ubat hormone untuk stopkan spotting2 aku ni dan tujuan utama untuk seimbangkan kembali hormone aku. But doctor kata sampai bila aku nak bergantung dengan ubat hormone ni. Pastu dia cakap pulak bila dia bagi ubat hormone ni “kamu tidak boleh mengandung”. Apa doctor “saya tidak boleh mengandung sampai bila2?” Doctor tu senyum n cakap ‘Bukan, pil hormone yg sy bagi tu “pil perancang”. Mcm mana kamu boleh mengandung kalo kamu asyik ambil pil perancang. Ok, itu aku paham.

Kedua- doctor suruh aku turunkan berat badan. Paling bagus dan ideal berat aku dalam 60kg. kalo tidak pun, at least berat aku dalam 65-70kg tu pun dah kita ok. Sebab apa doctor suruh turunkan berat badan, untuk membantu menyeimbangkan hormone aku kembali normal macam dlu dan menyenangkan aku untuk pregnant. Dia siap ugut aku lagi “hah, kalo kamu mahu pregnant kamu mesti turun berat badan yer, kalo tidak kamu susah mau mengandung nanti”.

So, aku kan nak sangat mengandung, mesti lah aku pilih SOLUTION YANG KE-2...

So, doctor cakap next appointment kamu bulan October nnt. 4 bulan dari sekarang. Make sure u turun berat badan macam saya cakap yer. Dengan nada cikgu suruh buat kerja rumah kalo tidak nanti cikgu denda. N cepat2 pregnant yer. Kalo boleh masa kamu datang nnt kamu pregnant. Ingat cepat2 pregnant as soon as possible. Doctor ni cakap macam tu, mcm la aku ni planning. Dia ingt aku nak honeymoon2, nak enjoy2 dlu ke?

Doctor, That’s y sy datang spital ni tnya kenapa asik spotting. Sbb aku rasa spotting ni yang buat aku susah nak pregnant. Kan? Tapi doctor ni beria2 suruh aku pregnant cepat2. ingat pregnant tu macam bila sardine dkt giant ker??

Masa aku keluar dari bilik doctor, sempat lagi doctor tu ingatkan. Cepat2 pregnant yer? Good luck.

Aku pun naik heran. Kenapa doctor tu asyik suruh aku cepat2 pregnant. Hurm, ye lah doctor, InsyaAllah kalo diberi rezeki, insyaAllah saya akan pregnant.

So, I just assumed I have PCOS n I have to REDUCE MY WEIGHT!!!!!!!!..So, bermula la cabaran aku dari detik ini untuk berdiet. My next appointment will be on 12 October 2011. Akan aku pastikan doctor tu tersenyum tengok penurunan berat badan aku nanti. InsyaAllah. (aku tahu bukan senang nak turunkan berat badan, tapi akan usahakan sehingga berjaya. Ya Allah Bantulah aku.)

Sekian terima kasih.

P/S:
1) Terpikir nak cek kat klinik swasta about this PCOS. Nak yang betul2 pasti.
2) Kawan2 yang ada PCOS, Macam mana korang dlu di diagnose ada  PCOS ni? Boleh share pengalaman? Kalo sudi nak share, please email me hartini_kamis@yahoo.com. Aku akan sentiasa menanti tips2 dan pengalaman korang about PCOS. THANK U SO MUCH MY DEAR.
3) I have PCOS n I am really sad..:(

31 comments:

  1. tini, bagus jgk cek lagi kali. jumpa doc lain, mgkn lain jgk info yang kita dapat. sabar k tini, sekurang2nya tini suda tau awal & bole treat awal. semua tu kehendak Allah, kalau kita sabar dgn dugaan, insyaAllah besar ganjaranNya nanti :)) kwazi doakan tini baik2 saja. cari info banyak2 psl pcos k. & jom sama2 kasi turun berat! :))

    ReplyDelete
  2. tinie lalink.. jgn negative ye.. akak paham maksud doktor tu.. u di diagnosis bakal ada pcos IF @ SEKIRANYA kamu tak jaga hormon kamu.. dulu akak pon mcm nie.. cuma akak tak di diagnosis as PCOS.. akak doktor kata Ovary Disfunction..

    believe me.. mmg tinie kena kurangkan berat badan.. KENA>>KENA>>KENA>> WAJIB ok.. tu je laa tips yang pergi 1000 doktor pon jawapannya sama.. lost weight.. akak get pregnant pon sbb akak join kelas exercise jadi dia bantu balance hormon.. trust ur self dik.. jgn stresss ok.. sila usahakan yang lebih.. mari berdiet cara sihat ye lalink tinie.. tak moh sedey2..

    ReplyDelete
  3. eh lupa.. tahu tak sbb apa doktor tu dok pulun cakap.. get pregnant.. get pregnant... tu maksudnya dia nak tinie usaha keras tuk buang lemak2 degil di badan.. makin cepat tinie buang lemak.. makin cepatlah tinie dapat pregnant.. org gemok nie.. kalu susah pregnant jawapannya satu aje.. KENA KOROSKAN BADAN... tu sbb dia excited nak tinie koros + pregnant

    ReplyDelete
  4. Tini:
    takutnye dengar...Macam2 proses nye ye...
    berat badan saye pun naik gak lepas kawin ni...

    Saya faham perasaan Kamu Tini...
    walau ape pun, Kita kena lalui semuanya

    yela..
    saya pun sedang control berat badan sekarang ni...
    slow-slow...
    agak susah gak nak control kan..
    yg penting kita cuba...

    Sabar ye Tini...
    Tini, saya ade bagi Kamu Award, t ambik kat blog saye ye...
    http://sweetbitterepisode.blogspot.com/2011/06/award-istimewa-untuk-rakan-ttc.html

    ReplyDelete
  5. kwazie- InsyaAllah kak. Mula2 saya mcm x redha n x percaya sy ada pcos ni tapi siapalah saya untuk mngubah ketentuanNya. saya percaya pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. tolong doakan sy ya kak. terima kasih sbb slalu ada n support sy.(skrg tgh menangis) huhuhu.

    ReplyDelete
  6. kak ain lalink - dah puas saya nangis satu malam kak ain. puas saya pujuk diri sy untuk kuat. saya rasa sy mula redha dgn takdir tuhan ni. Saya percya pasti ada hikmahnya. saya sentiasa ingat kata2 kak ain yang suruh "yakin tapi jangan mengharap".saya akan berusaha untuk turunkan berat badan. mudah2an berat sy dpt turun. sbb sy dgr pcos ni mmg susah nak trun berat badan. tp persoalannya boleh ke sy nak trun kan berat badan, boleh kah sy usaha sendiri tanpa ada bantuan supplemen..

    anyway, thanks kak ain. doakan sy yer kak ain. doakan nama sy stiap kali akak doa spya sy boleh pregnant. saya tahu sy nmpk desperate tp nilah antara usaha sy kak. doakan sy lebih tabah

    ReplyDelete
  7. anie - trima kasih bg award tu. skrg sy think positif je Anie. kalo boleh sy nak focus untuk lose weight je skrg. x nak pikir yang sy ni ada PCOS. kalo sy pikir tu, nnt sy nak nangis jer. mcm2 sy pkir termasuk kalo nnt husband sy brubah hati kat sy sbb blum ada anak. Nauzubillah. Hati sedih kan tu yg terpikir bukan2. trima kasih yer Anie.

    ReplyDelete
  8. betul tu tini, fokus utk lose weight. msti akan lebih semangat sbb kita semangat mau ada baby kan. insyaAllah. mgkn 2,3 hari ni tini akan sedih terpikir2 psl itu sbb masih baru lg tini tau. lama2,mesti akan lebih tenang. baca la buku La Tahzan, insyaAllah boleh membantu. kwazi pun, bnyk belajar dari buku tu. tentang sabar, redha & lain2. insyaAllah bole praktikkan walau apa pun dugaan yg Allah bagi. jgn stress2 k tini, nanti efek hormon jgk. always be happy. kwazi percaya husband kita xkan semudah itu mau berubah hati semata2 kita belum pregnant. mgkn tini boleh jogging petang2. or jalan2 selama 30min ka. kwazi dulu masa praktikal, jalan kaki dari rumah p opis 30 min, boleh turun 6kg dlm 1 bulan. total turun 12 kg. xpyh diet2 pun. tapi skrg kwazi xtau mau jalan p mana. hehehe. tu yg berat naik balik ;) banyak2 mengaji & solat hajat. ini kwazi pun jarang buat, tp sama2 la kita usaha dan baiki diri kan. Allah duga kita sbb Allah mau kita lagi dekat dgn dia sebenarnya, tandanya Dia sayangkan kita :)) tini x sorang2, kami akan sentiasa support tini.

    ReplyDelete
  9. betul tu kwazie..sy rasa 2-3 hari ni sy mmg masih terpikir lagi benda ni. sy pun rasa excercise yg paling bagus tapi mslhnya masa sja lah. mengalir air mata sy baca kaka tulis "Allah duga kita sbb Allah mau kita lagi dekat dgn dia sebenarnya, tandanya Dia sayangkan kita". InsyaAllah kak. sy redha ngan dugaan ni...:)

    Di mana boleh beli buku "La Tahzan" tu kak?

    Saya tahu kak, kaka sentiasa support n care pasal sy. terima kasih sgt2 kak. Hanya Allah jak boleh balas smua tu dgn kakak. kaka baik btul. thank u so much. really appreciate it.

    ReplyDelete
  10. tini;chinta pun menghadapi masalah yang sama ngan tini..sebelum kawin berat chinta dalam 65kg je..tapi selepas kawen..berat naik mendadak sampai mencecah 90kg...ya alllah hanya tuhan saje yang tahu bila dr ckp chinta ada masalah pcos...masa tu peyed chinta x dtg langsung..bila bersama darah akan keluar...ok..1st chinta buat appointment ngan gynea..pas2 dr stopkan ubat perancang dan dr soh chinta turunkan berat badan..mmg mula2 amat susah...chinta terpaksa menhan nafsu makan dan byak bersenam...dan alhamdulillah berat dah turun menjadi 77 sekarang ni...dan chinta akan usahakan lg untuk capai target 60kg...skrang ni peyed pun dah teratur...skrang ni chinta masih lagi berhubung ngan gynea...dan tengah mkn ubat subur..chinta doakan semoga tini lebih kuat lagi k dear..

    ReplyDelete
  11. dear chinta - thank u chinta for your words. chinta rasa kenapa doctor x kasi ubat kat sy yer? dia just nak bg pil perancang untuk aturkan haid balik tp tu pun dia x brapa nak recommendkan sgt, thats y dia suruh sy turunkan berat badan dlu. paling bagus turunkan smpi 60kg. tapi susahnya nak turunkan smpi macam tu skali. mcm mana chinta boleh trunkan dr 90 ke 77?? terer la chinta. nnt share la chinta wat mcm mana smpi boleh trun bnyk camtu. atau chinta ada makan supplement tuk kurus ke? sbb sy pun nak jugak turun bnyk mcm tu...

    ReplyDelete
  12. sama2 tini :) buku tu kwazi pernah nampak di harris 1B. di bahagian motivasi & agama2 gitu ka. tp di kedai buku lain kwazi jarang pegi, mgkn ada jgk. xpa2, kalau kwazi ada masa, kwazi cari part2 yg best & share di blog k :)

    ReplyDelete
  13. hai tini... I AM PCOSer!...

    saya sebenarnya sangat tersentuh bila baca entri tini ni... takut kalau2 disahkan PCOS.. dun wori dear.. PCOS ni hanya sindrom saja.. masalah hormon tak seimbang.. bukan penyakit seperti sudah berakhirnya dunia ini... huhu.. enjoy membaca..
    keep update ye!

    ReplyDelete
  14. hai hikari..oo..thats the explanation yg doctor bg kat sy. tp sy x paham jugak masa tu. dia asik kata yg PCOS ini hanya sindrom..now sy paham yg PCOS ni hanya sindrom which is masalah hormon x seimbang..dan bknnya penyakit..thank u hikari sbb memahamkan sy..but berat badan mesti turun jugak walau macammana cara skalipun..wish me luck..

    ReplyDelete
  15. salam...hi hartini...saya un ada pcos juga, tp dr confirm melalui ujian darah n tvs...bila ada biji2 kecik kat ovari tu pcos la tu. pcos blh leads to diabetes. So kena jaga pemakanan betul2. kurangkan makan benda manis sebab insulin kita tu degil...bukan cam org normal...klu insulin tinggi so kebarangkalian tuk peod jadi irregular.

    so diet jangan tak diet

    p/s : saya skg tgh dalam perancangan utk membeli treadmill...nak kurus punya pasal. Tapi makan2 pill xelok la...better cara natural

    ReplyDelete
  16. Salam.. dr confirm saya ade pcos thru TVS. mmg ade cyst kecik (dlm 10) kt ovary & ovary enlarged dr biase. mcm2 dh try. pcos since 2006.
    step 1 : metformin + birth control pill(bcp) selama 6mth. bile period dh teratur, stop ubat. bertahan la dlm 3 bulan. pastu period xde blk.
    then saya buat surgery (ovarian drilling). for me, x membantu pn. period mcm tu jugk. last2 go back to step 1, bcp + turunkn berat. it helps. period normal blk.
    kesimpulan: turunkan berat (at least 10%). xde cara lain. jgn jd cm saya sampai surgery 6K stil x solve jugk

    ReplyDelete
  17. Tinie, clerk kakreen pun diagnose PCOS gak n ada poblem berat badan.
    So skang dia tgh pulun turunkan berat badan.
    Jadi akak rasa Tinie tumpukan utk tutun kan berat badan n toksah risau sgt pasal PCOS tu.
    Dan..moga2 ada rezeki Tinie utk pregnant. Dun wori yeh :)

    ReplyDelete
  18. Dear tinie...
    Sorry lama dah saya tak sempat nak bukak blog kawan2. Sama lah kita, but do not worry much okay. Anggap la PCOS ni normal je untuk generasi kita yang suka makan ayam KFC dan segala makanan segera ni.
    Focus on diet seimbang, try to get exercise regularly and, maybe if you need help to boost your metabolism, carila apa2 supplement. Tips kawan saya, avoid ayam dan daging. Banyakkan makan ikan. Okay! Ganbattekudasai!

    ReplyDelete
  19. Tini i really miss you! saya doakan ko sihat and sakit tu hilang..jangan sedih2 ya. Setiap kejadian ada hikmah iA...be strong ya. I just followed your blog :) keep in touch ya...tc

    ReplyDelete
  20. shizni - thanks dear for that info. i am avoiding that food now. but its so hard to avoid ayam. ayam is everywhere rite. so will work hard on that. thanks dear.

    ReplyDelete
  21. wawa dear - thank u wawa.. terharu baca kwn sendiri komen. really need your moral support.thanks dear..

    ReplyDelete
  22. mama pun rs nk pi jumpa dr..dh setahun kahwin ni lum ada apa2 lg tanda...rimas gak dgn soalan2 dr org2 di luar tu..huhuhu

    tini ~ mama harap usaha kamu berjaya ya... :)

    ReplyDelete
  23. Mama Gee- better g check la mama..kalo x kita x tau knpa kita x preknen2 lagi. mmg itu smua ada kaitan dgn rezeki dr Allah tp kita harus usaha kan? thank u mama...

    ReplyDelete
  24. betul betul betul. memang rezeki & semuanya dengan izin Allah. Gerak hati, ikhtiar & kemampuan semua pun dengan izin Allah. setiap langkah kita pegi wat treatment tu pun sama. macam kwazi ni lambat lagi mungkin, belum lagi Allah bg kesempatan pegi jumpa doc. hihi.

    ReplyDelete
  25. PCOS
    betul komen2 mereka yg di atas. PCOS syndrome ja tin. obesity, hyperandrogenemia the main thing.
    kita fikir je positif kan tini. at least tini tau knapa xdapat concieve. dan tau jalan penyelesaian dia. sbb byk je kes infertiility ni xda sebab.mesti lagi teruk dorg rasa kan.

    exercise rajin2 supaya BMI turun n stablekan hormon perempuan kita! syafakillah :)

    ReplyDelete
  26. Dr.Nurol...sangat tidak menyangka dr.nurol membaca blog sy yg x sberapa..huhu..thanks fa..sy sdg brusaha turunkan berat badan. doakan sy fa..sgt down bila tau ada pcos..tp heran kenapa doctor mau ambil masa yg lama untuk siasat pcos dgn sy..mau tunggu 3 tahun x dpt conceive baru dia siasat.napa mcm tu?.huhuhu

    ReplyDelete
  27. hehe tini ni~ blog ni comel apa!
    kajian menunjukkan kurgkan berat badan mmg boleh rawat sindrom ni.
    mungkin doc ni kat hosp kjaan, tu la dia tunggu smpai 3 tahun.sbb biasanya masalah xdapat conceive ni bermaksud = xdapat anak selama setahun mencuba,dgn cara yg betul,dgn pasangan yg sama.so patutnya xperlu tunggu smpai 3 tahun.

    ikut teori mmg ada ubat yg boleh induce ovulation dlm kes tini ni.mungkin jugak doc tu takut ada side effect kot,dia xnak cadang.

    apapun, good idea tini pegi consult dgn mana2 specialist private. second or third opinion kan.
    insyaallah Allah permudahkan :)

    ReplyDelete
  28. Ada copy paste drp blog ni.. sume sama kecuali tarikh.. see the link blog attached

    http://echa-rahim.blogspot.my/2015/11/i-am-pcos.html?m=1

    ReplyDelete
  29. Ada copy paste drp blog ni.. sume sama kecuali tarikh.. see the link blog attached

    http://echa-rahim.blogspot.my/2015/11/i-am-pcos.html?m=1

    ReplyDelete
  30. Saya kurus tp ad pcos dkat sbelah ovari mcm mne ye..sy xtau ap ptt bt..just jage mkn je

    ReplyDelete
  31. Sama la.sy kurus pun kena PCOS.Saya siap jumpa both doc pakar hospital kerajaan dan swasta utk kepastian.Tapi mereka cuma ckp takde apa yg prlu dirisaukan.Masalahnya sy yg yg rsau ni nanti nak kawin possibility nk pregnant tu susah.😢

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

:)

Lilypie Pregnancy tickers